Akira Juwita Zahra Jadi Rezeki Hebat Shuib & Watie, Raih RM81K Dalam Live!

Share

Pelawak terkenal, Shuib Sepahtu dan isterinya, Watie Hanafiah yang selamat menimang cahaya mata perempuan pada petang Isnin menamakan cahaya mata sulung mereka dengan nama cukup indah, iaitu Akira Juwita Zahra.

Kata Shuib menerusi sesi siaran langsung di TikTok, nama itu dipilih kerana mempunyai persamaan nama dengan anak kedua mereka, Dzakira Thalita Zahra, 13.

Nama Akira Juwita Zahra Dipilih Dengan Makna Tersendiri

“Nama Akira Juwita Zahra dipilih oleh Watie kerana hendak samakan dengan nama Thalita,” dedah Shuib.

Pemilihan nama ini bukan sahaja unik, malah membawa maksud yang indah serta kesinambungan dalam keluarga mereka. Ia juga mencerminkan kasih sayang pasangan ini terhadap anak-anak mereka.

Baby Akira Juwita Zahra

Rezeki Akira Juwita Zahra Raih Perhatian Ramai

Namun apa yang menariknya, rezeki bayi yang baru dilahirkan ini benar-benar mencuri perhatian ramai. Ketika sesi siaran langsung di TikTok, pasangan ini menerima pelbagai gift daripada peminat dengan jumlah terkumpul melebihi RM80,000.

“Ya ALLAH, awak nak bayarkan bil hospital ke ni? Ya ALLAH. Awak betul-betul hendak bayarkan bil saya ni.”

“Akira, rezeki Akira,” kongsi Shuib dengan penuh rasa syukur.

Kehadiran Akira Juwita Zahra dilihat membawa tuah tersendiri kepada keluarga ini, terutama apabila sokongan peminat datang tanpa henti sepanjang sesi tersebut berlangsung.

Jumlah Sebenar Gift Cecah RM81,418.48

Sementara itu, Watie juga mendedahkan jumlah sebenar yang diterima pada malam tersebut adalah sebanyak RM81,418.48. Memang lumayan!

Ucapan Terima Kasih Buat Peminat

Shuib dan Watie menutup sesi siaran langsung mereka dengan berterima kasih kepada peminat yang memberikan pelbagai hadiah sepanjang sesi itu berlangsung.

“Alhamdulillah rezeki baby malam ni, terima kasih yang support beg kuning mommy dan daddy,” titipnya.

Sokongan ini bukan sahaja memberi kegembiraan kepada pasangan ini, malah menjadi kenangan indah buat Akira Juwita Zahra apabila dewasa kelak.

Latar Belakang Keluarga Shuib & Watie

Untuk rekod, Watie atau nama penuhnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah selamat melahirkan bayi di sebuah pusat perubatan swasta di Damansara.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 23 Jun 2023. Kehidupan rumah tangga mereka sering menjadi perhatian ramai, apatah lagi dengan kehadiran cahaya mata baru ini.

Shuib sebelum ini mempunyai empat orang cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu bersama penyanyi Allahyarham Siti Sarah Raisuddin iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra, Ariq Matin dan Ayash Affan.

Kini, dengan kehadiran Akira Juwita Zahra, keluarga ini semakin lengkap dan bahagia. Ramai peminat turut mendoakan agar bayi ini membesar dengan sihat serta menjadi anak yang solehah.

 

Published by
SRM