Muhammad Sher Harraz Hazmeer anak kepada selebriti, Chot Maharaja lawak mega dan isteri Siti Zafirul Azzah telah menghadap Illahi pada pukul 8.40 pagi ini. Anak beliau telah bertarung melawan sakit jantung sejurus selepas dilahirkan sehingga ke hari ini.
Dua hari lepas, pasangan ini sempat memeluk anak syurga ini. Itulah kali pertama mereka dapat memeluk anak mereka. Namun ketika itu, keadaan Harraz sudah lemah.
Januari, bulan kesedaran kanser serviks. Setiap tahun, bulan Januari disambut sebagai Bulan Kesedaran Kanser Serviks di seluruh dunia. Ia bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kanser serviks, punca-punca, langkah pencegahan, dan kepentingan diagnosis awal dalam mengawal penyakit ini.
Kanser serviks, yang juga dikenali sebagai kanser pangkal rahim, adalah salah satu jenis kanser paling kerap menyerang wanita. Menurut statistik kesihatan global, ribuan wanita dikesan menghidap penyakit ini setiap tahun. Namun, apa yang lebih membimbangkan ialah ramai wanita masih kurang maklumat tentang bahaya kanser ini dan bagaimana untuk melindungi diri mereka.
Kanser serviks terjadi apabila sel-sel di pangkal rahim mengalami pertumbuhan yang tidak terkawal dan menjadi malignan (berbahaya). Penyakit ini lazimnya berpunca daripada jangkitan human papillomavirus (HPV), iaitu virus yang merebak melalui hubungan seksual.
Walaupun begitu, tidak semua jangkitan HPV akan menyebabkan kanser serviks. Faktor lain seperti sistem imun yang lemah, merokok, dan tidak menjalani ujian saringan juga boleh meningkatkan risiko.
Kanser serviks sering tidak menunjukkan gejala pada peringkat awal, tetapi tanda-tanda berikut perlu diberi perhatian:
Pendarahan Abnormal
Pendarahan di luar waktu haid, selepas hubungan seksual, atau selepas menopaus.
Keputihan Tidak Normal
Keputihan yang berbau atau berwarna tidak biasa.
Sakit Pelvik
Rasa sakit di bahagian bawah abdomen atau ketika melakukan hubungan intim.
Kesukaran Membuang Air Kecil
Mungkin disebabkan tekanan daripada tumor pada saluran kencing.
Sekiranya anda mengalami mana-mana gejala ini, segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Vaksinasi HPV
Vaksin HPV adalah langkah pencegahan terbaik untuk melindungi diri daripada virus ini. Vaksin ini disarankan untuk remaja perempuan dan wanita muda, sebaik-baiknya sebelum mereka terdedah kepada jangkitan HPV.
Ujian Saringan Pap Smear
Ujian Pap smear membantu mengesan perubahan awal pada sel-sel serviks sebelum ia menjadi kanser. Wanita yang aktif secara seksual disarankan menjalani ujian ini secara berkala, mengikut nasihat doktor.
Amalkan Gaya Hidup Sihat
Berhenti merokok, makan makanan yang kaya dengan nutrisi, dan kekalkan berat badan yang sihat.
Elakkan Risiko Jangkitan Seksual
Menggunakan perlindungan seperti kondom semasa hubungan seksual dan mengurangkan bilangan pasangan seksual boleh mengurangkan risiko jangkitan HPV.
Bulan Kesedaran Kanser Serviks adalah masa terbaik untuk mengingatkan masyarakat tentang pentingnya langkah pencegahan dan diagnosis awal. Melalui kempen kesedaran, wanita dididik untuk lebih peka terhadap kesihatan reproduktif mereka dan mengambil langkah proaktif untuk melindungi diri.
Sokongan daripada keluarga, rakan-rakan, dan masyarakat amat penting untuk membantu mereka yang sedang berjuang melawan kanser serviks. Bagi pesakit yang telah disahkan menghidap penyakit ini, rawatan seperti pembedahan, kemoterapi, atau radioterapi boleh membantu merawat kanser bergantung pada tahapnya.
Kanser serviks bukanlah hukuman mati, terutama jika ia dikesan dan dirawat pada peringkat awal. Oleh itu, mari kita jadikan Januari sebagai titik permulaan untuk lebih peka terhadap kesihatan diri. Luangkan masa untuk menjalani pemeriksaan kesihatan, berbincang dengan pakar perubatan, dan sebarkan kesedaran tentang kanser serviks kepada orang di sekitar kita.
Ingat, pencegahan adalah kunci kepada kehidupan yang lebih sihat dan bebas daripada ancaman kanser.
Kita rasa ujian yang Allah bagi kita dah cukup berat. Tapi, kita tak sedar yang di luar sana, masih ada insan yang diuji lebih hebat dari kita. Semoga setiap yang diuji, Allah kurniakan kesabaran tinggi.
Perkongsian dari seorang ibu, Puan Naizah Ismail mengenai tangan anaknya yang melecur ini boleh jadi peringatan bersama. Kadang hanya beberapa saat kita terlepas pandang, sekelip mata boleh berlaku perkara tak diingini pada anak.
Beberapa bulan yang lepas, Ahmad Furqan terkena periuk panas (Dia tekup tangan kat lubang yang keluar wap masa nasi tengah mendidih). Melecur jari dan telapak tangan.
Sehingga isi dah masak. Time kena, dia tak terus angkat tangan dan menangis..Melekat je tangan kat situ, sampai la abi dia perasan dia pegang periuk.
Bila tarik tangan, telapak tangan dia dah putih..Time tu baru dia menangis..Mungkin baru terasa sakit..
Orang kata, bila kena air panas, periuk panas dan seangkatan dengannya tak boleh siram tempat yang kena tu dengan air paip. Macam-macam la petua orang bagi. Kami yang tak ada ilmu ni ikut je la.
Nak dijadikan cerita, masa kena kami letak kicap. Selepas letak kicap, letak pulak ubat gigi..Dah macam ‘men-experimentkan’tangan anak sendiri..Puncanya sebab kurang ilmu..
Cara yang sebetulnya, bila dah kena, siram dengan air paip. Untuk elakkan panas tu dari terus merebak. Mungkin ada yang dah tahu dan mungkin ada yang belum tahu. Yang tak tahu, kena ambil tahu..Yang dah tahu, jangan kecam kami yang tak tahu.
Rata-rata yang persoalkan macam mana boleh kena. Ada yang kata kami tak pandai jaga anak. Macam-macam kecaman la yang telinga ni kena dengar. Apa boleh buat. Sabar je la. Mak mana yang nak tengok anak sakit. Lagi-lagi bila terpaksa ulang alik ke hospital.
Kadang-kadang rasa down..Tapi alhamdulillah ada suami yang positif..Setiap hari bagi rata-rata semangat..Time tu pkp..Allah je la yang tahu penatnya menunggu dalam wad..Suami nak jenguk pun tak boleh lama..Pesakit pulak aktif..Tak macam org lain. Asyik nak jalan je tak nak duduk kat katil..Ye la kan..Yang sakit tu tangan, bukan kaki..Malam je, pesakit susah nak tidur..Nak buat macam mana, selalu tidur bawah ketiak bapak..Tetiba kena tidur dengan mak.
Tapi alhamdulillah, skrg dah okay..Tangan dah baik..Hanya perlu follow pakar fisio je..Untuk jari yang dah bengkok sikit. Ye la,besi yang sepatut pakai 3 minggu hanya bertahan 2 minggu je.
Ujian ni tak seberapa..Masih ada kat luar sana yang ujian nya lebih hebat. Bersyukur sebab Allah beri ujian untuk hapuskan dosa2 kita masa kita masih kat dunia.
Hanya perlu ingat,bila diuji,terima dengan redha..Suami isteri kena main peranan..Kalau salah seorang down, yg seorang lagi tak boleh ikut down..Jadilah penyumbang kata-kata semangat.
Untuk orang sekeliling, jangan terlalu mengecam. Sebab kita tak tahu, ujian apa yang Allah sediakan untuk kita.
Dah jaga kandungan selama 9 bulan sebaik-baiknya. Dah berjuang waktu bersalin. Sekarang tinggal proses pantang. Tapi sejak akhir-akhir ini isu pantang hangat dibincangkan apabila ramai yang percaya petua orang dulu berbanding apa yang disarankan oleh doktor.
Ada yang bagi macam-macam pendapat mereka hingga dipercayai bulat-bulat oleh ibu berpantang sehingga sanggup catu untuk makan dan minum demi untuk pastikan badan kembali langsing dengan cepat lepas bersalin.
Perkongsian dari Dietitian, Fizah Sobri ini mungkin boleh membuka mata semua wanita agar tak terlalu taksub dan sanggup mengorbankan kesihatan diri ketika tempoh berpantang.
Saya nak kupas selanjutnya dari segi diet. Mengapa catu makan dan air boleh memudaratkan waktu pantang
Mengapa doktor, dietitian tidak mencadangkan untuk amalan ini diteruskan?
Iye amalan ini boleh memudaratkan dan janganlah paksa ibu ibu untuk minum air sikit makan sikit hanya sebab nak ‘cantik’ dengan hilang berat yang naik waktu bersalin?
Kenapa bahaya?
1. Ibu sudah mengalami trauma kepada badan
Tahukan anda proses bersalin secara normal sama trauma seperti patah 20 tulang (57 del, uni kesakitan) sekaligus sedangkan manusia biasa hanya boleh tahan sehingga 45 del. Begitu sakitnya ibu mengandung yang melahirkan anak secara normal
Bagi ibu bersalin secara caesarean tak kurang sakitnya. Operation ini diklasifikasikan sebagai major operation dan perlu bedah 6 lapisan untuk keluarkan baby, maka ibu perlu pulih 6 lapisan abdomen sebelum mengandung semula.
Trauma ini memerlukan keperluan protein yang lebih untuk bantu proses baik pulih. Mengikut keperluan pesakit yang menjalani pembedahan / trauma keperluan protein boleh mencecah sehingga 2.0g/kg untuk elakkan muscle breakdown dan galakkan recovery.
2. Kehilangan air dan darah yang banyak sewaktu proses bersalin.
Dahla trauma, sakit yang tak boleh dibayangkan tambah pula kemungkinan dehidrasi dan komplikasi akibat kehilangan darah yang banyak.
Zat yang mencukupi sangat diperlukan untuk bina semula darah yang hilang, tisu dan otot yang koyak dan untuk membekalkan susu ibu yang mencukupi.
Perlu minum air semula untuk rehydrate air yang dah hilang. Jangan catu air…minum sahaja 8 cawan sehari.
3. Kurang bergerak, kurang makan serat dari sayur dan buah
Ni meningkatkan risiko untuk sembelit..dan sekaligus meningkat risiko untuk buka semula jahitan..nak kena jahit semula? Makan la sayur dan buah..masih lagi perlu amalkan suku suku separuh waktu berpantang ye..
Kurang bergerak pula akan lagi sukarkan najis lalu daaannn kurang pergerakan akan kurang peredaran darah yang optima.. Cik tak dak suruh mak mak pi angkat berat, exercise terus tapi ada ibu-ibu yang pantang extreme tak nak gerak sampai mandi pun setiap selang sehari baru mandi. Mau luka bersalin infected sebab tak jaga kebersihan..
Jangan la jadikan isu berpantang ini sebagai isu memecah belah. Tiada istilah pantang moden betul, pantang tradisi salah atau sebaliknya
Yang ada adalah adakah amalan tersebut membahayakan nyawa ataupun tidak. Rakan rakan saya dah explain bahaya amalan melalui sudut perubatan. Saya tambah pula dari segi diet.
Saya risau tengok Melayu senang sangat percaya dekat orang yang bukan ahli bidang hanya sebab isu berpantang. Yang bestnya orang tu tak pernah bersalin atau berpantang pun.
Jahitan bersalin terbuka boleh berlaku selepas melahirkan anak dan meningkatkan risiko jangkitan jika tidak dirawat. Ketahui punca, tanda bahaya, rawatan serta tip penjagaan luka untuk mempercepatkan proses penyembuhan.