Alat Memasak ‘Steamboat’ Meletup, Dua Kanak-Kanak Dikejarkan Ke Hospital

Share

Empat sekeluarga termasuk dua kanak-kanak berdepan pengalaman mengerikan ketika menjamu selera di sebuah restoran di Alam Mesra, di sini, apabila dapur gas mudah alih bagi memasak ‘steamboat’ tiba-tiba meletup, malam tadi.

Dalam kejadian jam 9 malam, kedua-dua kanak-kanak terbabit dilaporkan terpaksa dihantar ke hospital oleh orang awam untuk mendapatkan rawatan segera.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.06 malam.

Katanya, sepasukan 13 anggota dan pegawai bersama jentera dan van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) dikerah ke lokasi kejadian.

 

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa wanita dilaporkan cedera di bahagian tangan manakala mangsa lelaki pula melecur di tangan dan luka di kaki.

“Kedua-dua mangsa terus diberikan rawatan awal sebelum dihantar ke hospital menggunakan ambulans,”

Kata lagi, pasukan operasi kemudiannya melakukan pemeriksaan lanjut bagi memastikan tiada lagi bahaya lain di lokasi dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 9.40 malam.

Kredit: Berita harian

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

IKLAN