Sekian lama warganet mengikuti kes wanita yang dipukul suami sehingga koma dan terlantar, Jahidah Nordin, 44, dan hari ini Mahamah Rendah Syariah di Seremban telah meluluskan permohonan tuntutan fasakh yang dikemukakan pada bulan Februari yang lalu.
Memetik laporan di portal Sinar Harian, Hakim, Hamizan Mohd Nor membuat keputusan itu secara tertutup selepas mepertimbangkan keterangan bertulis yang dibuat oleh adik Jahidah iaitu Fauziah, 41.
Sumber foto: Sinar Harian
Sebelum itu, peguam Jabatan Bantuan Guaman Negeri Sembilan, Mohd Amirul Adam Ahmad menyerahkan kenyataan bertulis tujuh muka surat yang mengandungi 31 soalan kepada Hamizan.
Menurut Fauziah, keputusan itu sememangnya dinanti-nanti oleh keluarga memandangkan keadaan Jahidah yang sudah menderita hampir dua tahun.
“Alhamdulillah saya tak sangka mahkamah membuat keputusan hari ini, saya gembira sangat.
“Saya rasa terlepas sikit beban yang dipikul selama ini kerana selagi tiada kata putus berkenaan tuntutan fasakh ini, saya sentiasa rasa dihantui,”katanya.
Menurutnya, keluarga sememangnya sudah menerima keadaan Jahidah tetapi hanya mengharapkan pembelaan sewajarnya buat wanita itu.
Ads
Ditanya pandangan berkenaan isu keganasan rumah tangga, Fauziah berkata, seorang suami sepatutnya menjadi penjaga dan pelindung isteri.
“Tak sepatutnya sehingga dipukul seperti mana yang berlaku kepada kak Jahidah. Ini pun kita tak tahu dia boleh sembuh macam dulu lagi ke tak.
“Wanita yang jadi mangsa keganasan suami juga perlu berani ambil langkah buat laporan, jangan diam saja,” katanya.
Sementara itu, Mohd Amirul Adam berkata, sebelum ini pihak defendan telah dikehendaki hadir ke mahkamah namun tidak memberi kerjasama walaupun notis saman melalui iklan telah disiarkan di surat khabar pada 24 Februari lalu.
Sumber foto: Sinar Harian – Mohd Amirul (dua dari kiri) menunjukkan dokumen kepada media sambil diperhatikan Fauziah pada Selasa.
Bagaimanapun katanya, mahkamah berpuas hati dengan keterangan secara bertulis oleh pihak penjaga (ad litem) iaitu Fauziah dan dokumen-dokumen yang dikemukakan pada prosiding pada Selasa.
“Tuntutan fasakh mula dibuat pada 1 Februari lalu. Sepatutnya permohonan perlu dibuat Jahidah sendiri tetapi disebabkan keadaannya yang terlantar, jadi kita perlu buat permohonan penjagaan ad litem di Mahkamah Tinggi Syariah dan permohonan pengurusan harta di Mahkamah Tinggi Malaya.
“Berdasarkan penilaian dibuat, mahkamah berpuas hati dengan kedua-dua keputusan dua Mahkamah Tinggi itu dan pada hari ini (Selasa) memutuskan pernikahan Jahidah dengan Rosmaini difasakhkan bermula hari ini,” katanya.
Ads
Sumber foto: Sinar Harian – Mohd Amirul menunjukkan dokumen yang akan diserahkan di mahkamah pada Selasa.
Sebelum ini media melaporkan, dalam kejadian pada 4 Mei lalu, Jahidah yang menetap di Johor Bahru koma kerana kecederaan parah pada kepala dengan tengkorak terpaksa dibuang akibat pendarahan selain rahang, tulang belakang serta rusuk retak dipukul suaminya yang berusia 38 tahun.
Jahidah pada mulanya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru dan kemudian dipindahkan ke HTJ Seremban atas permintaan keluarga dan nasihat pihak hospital.
Pada 17 Jun lalu, suami mangsa, Rosmaini Abd Raof mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, Johor atas pertuduhan memukul isterinya yang hamil sehingga koma dalam kejadian pada 4 Mei lalu.
Bila cerita barang kemas ini, tentu buat ramai yang teruja. Terbaru Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman bikin gempar media sosial! Kali ni perkongsian beliau memang buat ramai teruja, mana taknya, hadiahkan rantai bernilai RM1.5 juta untuk isteri tersayang!
Video yang dikongsi oleh ushawan sensasi ni berjaya menarik perhatian netizen. Emas pilihan bukan calang-calang dari design moden, elegan, sampai la ke yang klasik pun ada. Semua cantik, semua berkilau, semua mengundang rasa nak beli!
Kelihatan Alif Syukri memakaikan rantai bersaiz besar di leher isterinya. Malah menegur bahawa jangan anggap dia ia rekaan untuk ‘makcik-makcik’ tetapi sesuai untuk gelaran isterinya sebagai ‘Datin Sri’ .
“Ni Terus Macam Datin Sri, Bukan Makcik-Makcik…
Dalam pada itu, walaupun isterinya menghalang Alif dari membeli dengan jumlah yang banyak, namun Alif menyifatkan ia sebagai pelaburan buat anak-anak apabila mereka telah tiada.
Menerusi kapsyen perkongsian isterinya, menjelaskan bahada dia tidak menyangka suaminya sanggup berhabis untuk membeli barang kemas.
Syukur hari ni apa ntah mimpi @aliffsyukriterlajaklaris nak belikan barang kemas. Ya Allah baramg kemas dekat @kedai_emas_merchant9 ni semua lawa lawa ya. Dari anting2, gelang, rantai, cincin sampai gelang kaki semua ada. Yang minat emas memang wajib datang sini. Design dia yang paling saya suka. Nampak moden dan terkini. Boleh dikatakan ini lah syurga untuk wanita wanita. – Datin Seri Nur Shahida
Khairul Aming diberi kebenaran ambil barang di Mydin bantu mangsa banjir. Situasi banjir di Kelantan semakin kritikal. Terpanggil membantu meringankan beban mangsa-mangsa banjir, pempengaruh, Khairul Aming turun padang memberi bantuan.
Khairul Aming Diberi Kebenaran Ambil Barang Di Mydin Bantu Mangsa Banjir
Dalam pada itu, syarikat pemborong dan peruncit terkenal, Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) telah mengambil inisiatif untuk memudahkan urusan Khairul Aming bagi meneruskan pemberian bantuan kepada mangsa banjir di Kelantan.
Menerusi sebuah video yang tular di TikTok, Pengarah Urusannya, Datuk Ameer Ali Mydin memberi jaminan untuk membenarkan usahawan itu mengambil barangan di premis miliknya bagi membantu rakyat terkesan.
“AWAK BOLEH AMBIL BARANG SEBERAPA BANYAK AWAK NAK, TAK PERLU HANTAR ORANG ATAU KAD KREDIT, 20,000 ATAU 100,000, NANTI SELEPAS BANJIR AWAK BAYARLAH,” KATANYA.
Situasi banjir yang dilihat semakin kritikal melanda negeri Kelantan sehingga mencecah hampir 100,000 mangsa.
Ia mendapat perhatian ramai sehinggakan pempengaruh media sosial dan beberapa usahawan tempatan termasuk Khairul Aming turun padang membantu mangsa banjir.
Khairul Aming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman menerusi Instagram miliknya memaklumkan sebaik tiba di Kelantan pada Sabtu, dalam tempoh dua jam dia berjaya kumpul bantuan untuk 2,000 mangsa banjir di Pasir Mas.
Dalam pada itu, pihak Mydin turut memberikan sumbangan berbentuk barangan kepada mangsa.
Dikenali kerana watak antogonis, lakonan Zul Huzaimy tidak perlu dipertikaikan lagi. Tidak pernah gagal menjiwai satu-satu watak yang diamanahkan kepadanya, pelakon serta pengarah berbakat besar ini mempunyai peminatnya sendiri.
Memiliki raut wajah yang serius, siapa sangka Zul mempunyai anak perempuan yang sangat comel hasil perkahwinannya yang kedua bersama Nur Ernawati Mohamad Nor sekitar tahun 2015 yang dinamakan Indah Armani.
Pasangan ini juga mempunyai seorang anak lelaki yang dinamakan sebagai Indra Arjuna. Bukan hanya Indah bahkan Indra juga mempunyai rupa paras yang cute dan sangat fotogenik. Kalau dilihat, kedua-dua mereka mempunyai gabungan wajah Zul dan Erna yang membuatkan rupa mereka unik dan comel.
Menerusi laman Instagram Zul dapat dilihat perkongsian foto Indah Armani yang kini berumur tujuh tahun. Anaknya juga sebenarnya model cilik yang banyak terlibat dengan sesi fotografi.
Antara video ketika Indah menjalani sesi penggambaran;
Puteri sulung Zul dan Ernawati ini juga turut terlibat dengan penggambaran iklan dan sebagainya. Ternyata, Indah mengikut jejak langkah ayahnya yang aktif dalam bidang seni. Tak mustahil Indah dan Indra akan menjadi pelapis pelakon berbakat besar di dalam industri seni Malaysia.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.