“Alhamdulillah Berita Gembira Di Hari Mulia” DS Siti Nurhaliza “Excited” Menantu Selamat Bersalin

Share

Penyanyi No.1 tanah air, Dato’ Seri Siti Nurhaliza menerusi akaun instagramnya mengumumkan bahawa menantunya, Tya Arifin telah selamat melahirkan cahaya mata kedua yang sangat comel.

Tya Arifin sebelum ini pernah meminta ahli keluarga dan peminat untuk meneka jantina anak sama ada lelaki ataupun perempuan. Ternyata DS Siti orang yang paling teruja menerima berita jantina cucunya itu.

Baca Selanjutnya:

DS Siti membuat repost gambar menantu dan cucu barunya di instagram dengan kepsyen bersyukur atas kelahiran tersebut.

Alhamdullillah .. Subhanaallah.. Berita gembira di hari yang mulia.. ..

Menerusi akaun instagram Asyraf Khalid pula, dia bersyukur kerana Tya selamat melahirkan anak perempuan mereka pada pagi ini, 9.21am. Bayi comel ini diberi nama Azzahra Jiwa Asyraf.

Alhamdulillah, @tyaarifinnw has safely given birth to our 2nd baby, a baby girl today at 9.21am. Praise to Allah. Welcome to the world baby Azzahra Jiwa Asyraf @azzahrajiwaasyraf .

Rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada seluruh ahli keluarga DS Siti& Datuk K atas kelahiran cucu mereka. Namun masih ada yang berteka-teki tentang jantina bayi tersebut. Tidak kurang juga yang memuji nama baby yang comel ini.

Boy Ke Tokti? Bukan Girl Ye?

Cantiknya Nama

Alhamudlillah baby girl, temanya aafiyah semoga menjadi anak yang soleha

Alhamdulillah, tahniah buat Datuk Siti, Tya & Keluarga

Tya Arifin, pelakon dari seberang mendirikan rumah tangga bersama Asyraf Khalid dikurniakan 2 cahaya mata iaitu Arif Jiwa Asyraf  (2 tahun) dan juga Azzahra Jiwa Asyraf yang baru dilahirkan hari ini,

Sumber: CTDK

IKLAN