Sejak kepulangan Ainul Mardhiah di tanah air Ahad lalu, bapanya Ahmad Safiuddin berkongsi keadaan terbaru anaknya yang berusia 11 bulan itu. Ternyata perubahan positif itu telah mengembirakan semua pihak terutama buat kedua ibu bapanya.
Menerusi laman Instagram, Ainul yang selamat menjalani pembedahan bagi membuang ketumbuhan kanser di mulutnya itu kelihatan semakin sihat dan berisi.
“Sedapnya. Rasa manis-manis kat jari. Tapi air liur tu jangan lah sapu satu muka. Apa Ainul ingat air liur tu boleh skrub muka ke?,” katanya dalam nada mengusik.
Ads
Posting tersebut menerima pelbagai reaksi positif netizen dimana rata-rata bersyukur melihat keadaan terkini Ainul yang semakin membesar dengan sihat.
Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sejak 18 Mac lalu, Mazlan Ibrahum, 49 dari Pasir Mas, Kelantan tidak dapat meneruskan peniagaan menjual kuih manja di bandar tersebut.
Mempunyai dua orang anak istimewa, Muhammad Firash Mazlan, 6 dan Nurul Raesya, 3, yang menghidap penyakit saraf sejak lahir. Masa yang ada di rumah kini digunakan untuk bersama dua anaknya itu.
Kedua-dua anak kurang upaya itu hanya mampu terlantar dan menggerakkan tangan bagi meluahkan rasa tidak selesa kerana cuaca panas atau lapar.
Bapa kepada lima anak berusia antara 3 hingga 20 tahun itu berkata, setiap kali keluar mencari rezeki dengan menjual kuih manja di sekitar Pasir Mas dua permata hatinya itu akan diuruskan oleh isteri, Norizan Zakaria, 42.
“Dua beradik ini bukan sahaja tidak dapat mendengar, mereka juga tidak dapat bercakap dan menangis seperti kanak-kanak normal yang lain.
“Mereka akan gerakkan tangan apabila lapar dan tidak selesa,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.
Mazlan berkata, Muhammad Firash dan Nurul Raesya, bergantung sepenuhnya kepada susu untuk meneruskan hidup dan harga susu dua beradik itu mencecah puluhan ringgit satu tin.
Bagaimanapun, dia bersyukur dan lega masih mempunyai bekalan susu untuk diberikan kepada dua anak kesayangannya itu walaupun sudah lama tidak dapat keluar bekerja dan kantung kewangan makin menyusut.
“Alhamdulillah, bantuan bulanan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM350 untuk setiap anak digunakan sepenuhnya untuk beli susu dan lampin pakai buang.
“Klinik Kesihatan Bandar Pasir Mas juga bgai bantuan susu bulanan sebanyak dua tin seorang. Yang selebihnya saya akan cuba usahakan walaupun kami sekeluarga terpaksa mengikat perut sepanjang PKP ini,” katanya.
Menurutnya, bukan mudah untuk dia sebagai ketua keluarga untuk melalui PKP ini dengan kesukaran untuk keluar berniaga.
“Saya selalu berdoa supaya semua ini cepat berakhir demi memastikan dapur berasap,” katanya
Orang ramai yang ingin membantu keluarga ini boleh menyalurkan wang ke akaun Bank Islam milik Mazlan (03-027-02-056-4435).
Kita rasa tidak perlu, hakikatnya ubat cacing penting untuk melindungi anak kita dalam proses pertumbuhannya membesar. Pengambilan ubat cacing adalah langkah rawatan dan pencegahan yang sering diabaikan oleh kita sebagai ibu bapa.
Anak-anak kita sebenarnya mudah terdedah kepada jangkitan cacing kerana suka bermain di tanah, memasukkan tangan atau objek ke mulut dan kurang menjaga kebersihan.
Keadaan ini memudahkan telur atau larva cacing masuk ke dalam badan tanpa disedari.
Jangkitan cacing boleh memberi banyak kesan pada kesihatan anak. Antara tanda yang biasa berlaku ialah:
* Kurang selera makan
* Perut buncit, sakit perut atau cirit-birit
* Kurang berat badan
* Pertumbuhan terbantut
Jangkitan cacing ini jika dibiarkan berpanjangan tanpa ubat, kanak-kanak mungkin mengalami kekurangan zat besi. Malah untuk sesetengah kes ada juga yang berisiko sehingga menyebabkan anemia yang membuat mereka cepat letih, pucat dan sukar menumpukan perhatian ketika belajar.
Buat ibu ayah, didiklah anak untuk sentiasa menjaga kesihatan diri. Antara yang boleh diterapkan rutin harian anak:
* Ajar anak cuci tangan dengan sabun sebelum makan dan selepas ke tandas.
* Pastikan kuku sentiasa pendek dan bersih, telur cacing mudah melekat di bawah kuku.
* Mandikan anak setiap hari bagi mengekalkan kebersihan diri.
* Jaga kebersihan makanan dan minuman, basuh buah serta sayur sebelum dimakan, masak daging dan ikan hingga betul-betul masak.
* Galakkan anak memakai kasut atau selipar apabila bermain di luar rumah, elakkan bermain tanah atau pasir yang tercemar najis.
* Beri ubat cacing secara berkala mengikut nasihat doktor atau jadual yang disyorkan WHO.
* Perhatikan tanda jangkitan cacing seperti gatal di dubur, perut buncit walaupun kurus, selera makan berkurang atau berat badan tidak naik. Jika gejala muncul, bawa anak berjumpa doktor untuk pemeriksaan.
Ubat cacing wajib setiap enam bulan
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesyorkan rawatan pencegahan atau deworming diberi kepada kanak-kanak setiap enam bulan, terutamanya di kawasan tropika seperti Malaysia dan Indonesia.
Ubat seperti albendazole atau mebendazole lazimnya digunakan dan boleh diberi kepada kanak-kanak berusia setahun ke atas mengikut dos yang betul.
Beberapa jenis cacing yang biasa dijumpai:
* Cacing gelang (Ascaris lumbricoides): panjang, bulat, berwarna putih kekuningan, hidup di usus kecil. Gejala termasuk perut buncit, muntah cacing dan selera makan berkurang.
* Cacing kerawit atau tambang (Hookworm): menembusi kulit, menghisap darah dalam usus menyebabkan pucat dan cepat penat.
* Cacing cambuk (Trichuris trichiura): melekat di usus besar, menyebabkan cirit-birit berdarah dan sakit perut.
* Cacing kremi (Enterobius vermicularis): kecil, putih seperti benang, menyebabkan gatal kuat di dubur terutama waktu malam.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Lagi lama ibu menyusukan bayi, lagi rendah risiko kencing manis. Anda pasti terkejut dengan fakta ini kan? Betul ke ibu yang menyusukan bayi mampu menurunkan risiko menghidap diabetes?
Menurut Dr. Ezairy M.Sallih, data yang diperoleh ke atas 1238 wanita berumur 18 hingga 30 tahun dalam suatu kajian selama 30 tahun semenjak pertengahan tahun 1980an. Hasil daripada kajian tersebut mendapati tidak ada seorang pun daripada mereka mempunyai masalah diabetes. Semua mereka telah mempunyai sekurang-kurangnya seorang anak, menyusukan bayi dan mereka telah menjalani follow up sekurang-kurangnya tujuh kali selama tiga dekad!
Kajian yang disiarkan di Journal JAMA Internal Medicine ini merumuskan bahawa ‘protection against diabetes’ meningkat dengan jangka masa seorang wanita itu menyusukan anaknya.
Ibu yang menyusukan anaknya untuk sekurang-kurangnya tempoh enam bulan didapati menurunkan risiko mendapat kencing manis sebanyak 47% berbanding dengan dengan wanita yang tidak menyusukan anak!
Risiko juga berkurang 25% bagi mereka yang menyusukan kurang daripada enam bulan!
Puan-puan, kakak dan adik-adik semua…
Disamping faedah baik yang dibuktikan ini, anda secara tidak langsung sedang mencipta ‘bonding’ bersama anak. Lagi lama tempoh penyusuan, lebih dekat anak-anak dengan si ibu. Ini dah tentu lebih elok kan?
Bagi yang memang susu tak banyak macam mana? Mudah dapat kencing manis ke?
Bukan ini persoalannya. Ada susu ke, tak ada ke bukanlah suatu isu yang ingin saya ‘highlight’kan di sini. Yang penting, para ibu harus sedar dan tahu akan maklumat ini. Supaya daya tolakan, agar keperluan serta kepentingan untuk menyusukan anak diberi perhatian. Itu saja.
“Alaah, tak apa lah. Susu saya memang selalu tak banyak, lagi pun nanti dah kerja susahlah nak pam-pam. Susu botol je senang,”
Eh, jangan ingat tak ada ibu-ibu yang seperti ini? Bukan bermakna tidak sayang anak. Bukan bererti kasih kepada anak dikurang-kurangkan. Tapi lebih kepada kurangnya pendedahan dan kesedaran akan pentingnya susu ibu. Itu yang dirisau.
Firman Allah dalam surah al-Baqarah Ayat 233:
“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu”
Merujuk kepada ayat al-Quran di atas, secara asasnya dapat kita fahami bahawa Allah menggalakkan para ibu untuk menyusukan anak-anak mereka sejak mereka lahir hinggalah mereka berusia 2 tahun.
Beberapa tip mudah yang boleh saya kongsi di sini untuk para ibu, kakak, adik-adik dan kawan-kawan di luar sana yang baru nak belajar-belajar teknik breastfeeding yang sesuai.
1. ‘Observe’ dan ‘set up support’.
Ini penting. Sebab ramai di kalangan ibu muda khususnya gagal untuk melalui proses ini. Pastikan anda mendapat sokongan yang kuat daripada suami dan keluarga. Lihat bagaimana mereka yang lain menyusukan anak. Belajar bagaimana teknik, cara dan gaya kehidupan mereka. Kehidupan anda akan bertukar 360 darjah sebaik sahaja bayi yang anda kandungkan lahir nanti. Ibu muda kena sedar ini!
Cuba sedaya mungkin mulai susukan bayi dalam sejam atau dua jam pertama kelahiran. Ini dapat membantu pengecutan rahim anda disamping memberi susu colostrum yang mengandungi banyak khasiat kepada bayi. Penting ini.
Ini penting terutama beberapa hari selepas kelahiran. Enam minggu pertama lazimnya waktu yang mencabar bagi ibu. Ada yang berputus asa. Tenang. Kerapkan hubungan sentuhan dengan anak. Ini semua membantu.
Ibu-ibu perlu sentiasa bersedia untuk menyusukan anak terutama dalam tempoh awal selepas kelahiran. Susu akan bertambah masuk hari ketiga dan keempat dan seterusnya. Jangan takut-takut. Jangan teragak-agak.
Sekurang-kurangnya lapan ke dua belas kali sehari untuk yang baru lahir. Anda boleh perhatikan tanda-tanda bayi anda inginkan susu seperti kerap memegang mulut, mencari-cari puting, menangis, tidak selesa, dan sebagainya.
Cuba elakkan guna apa-apa puting selain natural breastfeeding. Ini akan mengganggu proses normal penyusuan ibu. Take note!
Ibu perlu minum banyak air. Ini penting. Tapi ramai yang tak sedar. Pastikan anda mendapat air secukupnya setiap hari bagi memastikan susu sentiasa sihat dan sedia untuk anak.
Cuba menyusu di kawasan yang tenang dan tidak terlalu ramai orang. Ini akan membantu proses penyusuan anda khususnya ketika baru-baru proses kelahiran.
Perkara ini nampak biasa. Macam remeh kan? Siket-siket positif. Ya, tapi jika kita dikelilingi oleh orang yang negatif, yang selalu memomokkan cerita yang tidak elok even sebelum kita melahirkan anak, sudah tentu akan mendatangkan idea tidak elok kepada kita. Justeru, sentiasa kekal positif, jauhi mereka yang negatif! Pergi jauh-jauh!
Saya doakan anda semua sihat bersama keluarga, suami dan anak-anak tentunya. Silakan #SHARE untuk kebahagiaan dan manfaat kita bersama.
Rujukan : Lactation Duration and Progression to Diabetes in Women Across the Childbearing Years: The 30-Year CARDIA Study, Gunderson E et al, JAMA Internal Medicine Kaiser Permanente Diabetes UK
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
T. Vishakan mencipta rekod MBOR selepas berjaya menjawab 53 soalan sifir dalam masa satu minit. Ketahui kisah kanak-kanak berusia enam tahun yang memiliki bakat luar biasa dalam matematik.