“Alhamdulillah! Terima Kasih Allah”. Officially Ainul Dah Jadi Kakak

Share

Tepat jam 3.40 petang, Khamis (9 Julai) dengan izin Allah, akhirnya buah hati rakyat Malaysia, Ainul Mardhiah yang bakal menginjak usinya 2 tahun pada 13 Ogos ini telah menjadi kakak.

Menerusi kemas kini walid Ainul, Ahmad Safiuddin, dia berkongsi rasa syukur apabila kelahiran adik Ainul dipermudahkan dan kedua-duanya sihat.

Hanya memuat naik status yang ringkas dah cukup mengambarkan perasaan gembira dan  bersyukur atas kelahiran anak kedua ini.

Semua warganet mengucapkan tahniah dan gembira dengan perkongsian walid Ainul.

Alhamdulillah dah sepasang!

Melalui perkongsian walid Ainul sebelum ini, kehadiran bayi lelaki ini telah menyempurnakan keluarga kecil mereka.

Ainul dah ada bodyguard 

Tahniah untuk keluarga Ainul dan diharapkan kehadiran seorang khalifah dalam keluarga Ainul akan memberi sinar kebahagiaan buat semua.

Sumber: Ahmad Safiuddin  

IKLAN