Usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri menimang cahaya mata keempat bila isterinya Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.15 kilogram semalam.

Aliff Syukri juga berkongsi gambar dan video perjalanan isterinya melalui fasa kelahiran anak mereka.

Terkenal sebagai suami yang romantik dan penyayang, Aliff menemani dan memberikan kata-kata semangat kepada Shahida yang sedang mengalami sakit kontraksi hendak bersalin.

Penyanyi lagu Abang Nak Tegur ini juga menginsafi betapa besarnya pengorbanan wanita bergelar ibu ketika mengharungi kesakitan bersabung nyawa demi melahirkan zuriat tersayang.

IKLAN

Keseronokan seorang bapa yang memang mengimpikan punya ramai anak dan penantian selama enam tahun kehadiran cahaya mata baru selepas mempunyai tiga orang anak akhirnya berakhir dalam kegembiraan.

Jutawan terkenal ini bersyukur kerana dapat menyaksikan kelahiran bayi lelaki yang diberi nama Yusoff Al Qardawi seperti nama ulamak terkenal dan berdoa agar satu hari nanti anaknya akan bergelar alim ulamak.

IKLAN

Ibu Aliff Teruja Sampai Tertanggal Kasut

Ibu Aliff Syukri yang juga pengasas produk Sendayu Tinggi, Rozita Ibrahim memuat naik video menyambut kelahiran cucunya di laman Instagram beliau.

Teruja sgt sy sampai xpakai kasut berkejar sambut cucu..senang sangat menantu saya bersalin selepas buka 4cm.. xsampai satu jam dia melahirkan bayi yang sangat comel..berat 3.15 tanpa jahitan..
.
Alhamdulilah cucu lelaki yg comel sgt2

IKLAN

Rozita menyatakan perasaan terujanya berkejar menyambut kelahiran cucu sampaikan tak sempat hendak pakai kasut.

Beliau juga berkongsi betapa mudahnya menantunya melahirkan anak keempat iaitu tak sampai satu jam dan selepas pintu rahim terbuka 4cm Shahida sudah melahirkan si comel.

Aliff dan Shahida telah dikurniakan tiga orang anak iait Ammar Ahyan, 10, Qadejah El Zahra,8, dan Ibraheem Adham, 6.

Pasangan ini juga ada mengambil anak angkat pada tahun lalu iaitu Ameena pada bulan Oktober yang kini berusia sembilan bulan dan Qayyum pada awal Disember yang kini berusia tujuh bulan sebelum Shahida disahkan hamil anak keempat

Sumber: Instagram bondarozitaibrahim & aliffsyukriterlajaklaris

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI