Sekeping gambar yang dimuat naik pelakon dan usahawan, Hanis Zalikha di Instagram semalam terus membuatkan pelakon cantik itu dihujani dengan ucapan tahniah.
Mana tidaknya, gambar terbaru Hanis dengan baby bump yang jelas ketara serta bersama anak keduanya, Alisa Aisyah selepas muncul memperagakan baju kaftan jenama keluarannya #BarbieXCakenis amat menarik perhatian ramai.
Menerusi satu perkongsian di Instagram anaknya, Hanis muncul dengan tema serba pink dengan menampakkan baby bump yang cukup jelas kelihatan.
Tidak dapat dipastikan hanya sekadar promosi atau benar, sehingga kini, tiada sebarang pemberitahuan mengenai kehamilan itu, baik Hanis mahupun suaminya, Hairul Azreen.
Ads
Tidak hanya ‘baby bump’ bahkan gaya comel kedua beranak itu tetap mencuri tumpuan ramai, apatah lagi gaya keletahan Alisa yang begitu disukai ramai.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat teruja dan gembira melihat perut Hanis yang nampak seperti mempunyai ‘baby bump’ malah mendoakan yang terbaik buat Hanis dan keluarga.
Terdahulu, Hanis mendirikan rumah tangga dengan aktor Hairul Azreen pada Jun 2015. Pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah.
Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.
Awal Februari lalu, video sambutan hari lahir suami yang dikongsikan oleh selebriti media sosial, Intan Salleh ternyata mendapat perhatian wargamaya bila mana dilihat ujian kehamilan yang turut dikongsikan Intan sebagai kejutan buat suaminya.
Pun begitu, Intan mengakui biarpun keputusan alat ujian kehamilan menunjukkan tanda positif, namun dia hanya dapat mengesahkan perkara itu selepas bertemu doktor.
Katanya, masih terlalu awal untuk berkongsi khabar gembira tersebut kepada umum selain akan sedia memaklumkan apabila sudah mendapatkan kepastian daripada pakar.
Namun dua keping gambar yang dimuat naik oleh Intan semalam di Instagramnya ketika bercuti bersama keluarga jelas menjawab segala persoalan.
“Bagi can la ek… tak tau nak tulis caption apa,” tulis Intan ringkas di kapsyennya.
Namun bukan kapsyen yang menjadi perhatian, sebaliknya baby bump ibu kepada dua cahaya mata ini yang menarik perhatian semua malah terlihat dengan jelas.
Biarpun tidak ada pengakuan atau pengumuman yang dikongsikan ibu cantik manis ini, namun sekeping gambar menjawab segalanya.
Ramai doakan Intan
Rata-rata seluruh pengikut Intan turut mengucapkan tahniah malah mendoakan kebahagian Intan selepas melalui waktu-waktu yang suram suatu ketika dahulu. Malah turut mendoakan agar kandungan Intan dipermudahkan hingga detik melahirkan kelak.
“Tahniah bonda❤️❤️. Semoga dipermudahkan kesihatan sepanjang kehamilan ni”.
“I see something❤️❤️❤️❤️❤️ wishhh yang baik-baik UTK bonda❤️❤️❤️❤️❤️❤️”
“Semoga di permudahkan sepanjang mengandung dan kesihatan yang baik”
“Mintak-mintak baby girl…. Aaaminnnn”
Semoga yang baik-baik sahaja untuk Intan dan keluarga. Semoga dipermudahkan segala urusan kehamilan hingga detik melahirkan kelak. Tahniah Intan!
Terdahulu, Intan mendirikan rumah tangga bersama suaminya Aizam Yahya pada 21 Disember lalu selepas melalui detik hiba, akibat kegagalan rumah tangganya bersama suaminya yang terdahulu.
Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selain rasa mual atau mabuk, ibu mengandung biasanya akan mengalami masalah pencernaan. Ia adalah perkara biasa yang berlaku dalam kalangan wanita yang sedang hamil. Gangguan pencernaan ketika hamil atau disebut atau dispepsia ialah seperti mual, muntah, kembung serta pedih hulu hati dan sembelit.
Gangguan ini disebabkan oleh perubahan hormon ketika kehamilan yang menekan perut anda. Sebanyak lapan dari 10 orang wanita mengalami gangguan pencernaan ketika hamil. Gejala yang berikut adalah masalah berkaitan dengan pemakanan yang biasa dihadapi bakal ibu dan cadangan beberapa cara untuk mengatasinya.
# Loya dan muntah
Loya dan muntah adalah gejala morning sickness. Hal ini berlaku kerana meningkatnya hormon estrogen dan progesteron. Anda dinasihatkan mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil, berehat sebentar pada waktu pagi dengan memakan biskut di tempat tidur selepas bangun dari tidur untuk mengelakkan kemualan.
TIP: Elakkan mengambil makanan pedas dan berlemak. Minum lebih banyak air kosong untuk mengelakkan dehidrasi. Makanlah makanan yang banyak mengandung kadar karbohidrat dan protein. Banyakkan buah dan sayur serta hindari makanan yang mengandung bau yang akan membuat anda mual dan muntah.
Minumlah segelas teh hangat untuk mengatasi gangguan mual dan muntah. Selain itu, elakkan pakaian yang ketat pada bahagian perut kerana akan membuatkan rasa ‘ditekan’. Hal ini akan menambah ketidakselesaan anda dan menyebabkan rasa loya semakin menjadi-jadi dan ingin muntah.
# Kembung perut
Kembung perut adalah simptom biasa yang dialami oleh wanita mengandung terutama pada trimester pertama. Puncanya ialah kerana perubahan hormon dalam badan. Hormon estrogen dan progesteron meningkat ketika kita mengandung dan hormon-hormon ini merehatkan tisu otot termasuk di bahagian gastrointestinal tract. Otot yang berehat ini yang menyebabkan perut anda berasa kembung dan tidak selesa.
TIP: Ia boleh dikawal dengan cara mengelakkan daripada memakan makanan yang menjadi punca angin atau makanan yang ‘sejuk’. Amalkan makan dalam kuantiti kecil tetapi kerap dan serta kunyah perlahan. Elakkan makan terlalu cepat untuk mengelakkan pengumpulan angin di dalam perut.
# Pedih hulu hati
Salah satu keluhan oleh para ibu hamil adalah heart burn atau rasa pedih padah hulu hati. Ia menyebabkan anda berasa seperti makanan berada di kerongkong walau pun makanan sudah lama ditelan. Hal ini berlaku kerana asid yang terkumpul di dalam perut naik ke kerongkong kerana bahagian perut tertekan apabila rahim semakin membesar.
TIP: Bagi mengelakkan daripada pedih hulu hati, ibu hamil disarankan untuk mengambil makanan dalam jumlah kecil tetapi kerap. Jika biasa anda mengambil tiga hidangan utama, pecahkan jumlah makanan kepada lima hidangan yang kecil agar ruang perut tidak terlalu penuh pada satu-satu masa. Selain itu, elakkan makanan yang memicu kepada gejala ini seperti makanan berlemak, kafein, masakan pedas, masam atau tajam.
Elakkan berbaring sejurus selepas makan serta kunyah makanan dengan perlahan. Apabila rasa pedih menyerang, cepat-cepatlah duduk dengan keadaan menyandar untuk mengelakkan asid perut naik ke bahagian kerongkong. Memakai pakaian yang longgar serta selesa juga boleh mengelakkan hal ini daripada berlaku.
# Sembelit
Sembelit terjadi akibat peningkatan hormon progesteron. Hormon ini selain mengendurkan otot-otot rahim, ia juga secara tidak langsung mengendurnya juga otot dinding usus sehingga menyebabkan sembelit atau susah buang air besar. Awas, sembelit yang terjadi secara berterusan akan menyebabkan buasir.
TIP: Untuk mengatasi masalah ini, anda perlulah ialah dengan memperbanyakkan pengambilan air kosong sebanyak lapan gelas atau lebih pada hari yang panas. Anda juga perlulah menambah makanan yang berserat tinggi seperti sayuran dan buah-buahan di dalam diet harian. Riadah teratur seperti berjalan kaki boleh membantu anda mengatasi masalah ini.
Bakal menerima kelahiran cahaya mata sulungnya sekitar bulan Ogos nanti, pelawak dan penyampai radio, Issey memaklumkan keadaan isterinya yang kini hamil empat bulan itu berada dalam keadaan baik dan sihat.
Namun kata Issey menerusi satu petikan, dia kini berpeluang merasai beberapa alahan yang dialami isterinya itu termasuklah hilang selera makan.
Paling menarik kata Issey, isteri kesayangannya itu kini tidak boleh makan makanan berasaskan ayam. Namun katanya, sebolehnya sebagai suami, dia akan melayani apa sahaja permintaan isterinya, lebih-lebih lagi ketika sedang hamil.
” Alhamdulillah isteri saya sihat je ketika ini. Usia kandungan dah masuk empat bulan lebih.
” Buat masa sekarang, isteri saya tiada mengidam apa-apa cuma sekarang ini dia tak nak makan ayam. Saya pun pelik. Nak dekat dua bulan tiada ayam dekat rumah.
” Saya sendiri tak tahu kenapa dia macam tu. Sekarang dia lebih suka makan ikan dan daging. Seafood pun boleh cuma ayam je dia tak lalu.
” Jadi kalau saya nak makan ayam, saya akan makan di luar. Saya tak kisah pun semua tu. Orang mengandung ni kita layan je apa kehendak mereka,” katanya berkongsi.
Berkongsi rasa terujanya, kata Issey dia tidak kisah mengenai jantina anak yang dikandung isterinya itu asalkan bayinya sihat.
“Kalau tanya saya, sebolehnya saya nak baby girl. Tapi saya tak kisah dan saya serahkan semuanya pada Allah. Saya reda apa-apa sahaja.
” Lelaki atau perempuan tak penting, yang penting anak itu selamat dan sihat. “Kalau tanya saya secara peribadi, saya nak baby girl sebab sekarang saya ada seorang anak perempuan, sekurang-kurangnya dia ada kawan untuk bermain. Dua abang dan adik,” kongsinya.
Biarpun sudah memiliki tiga orang anak tiri, namun kata Issey dia dan ketiga-tiga anaknya cukup teruja untuk menerima kehadiran orang baru dalam keluarga mereka.
” Tiga beradik ni pun seronok menanti kelahiran adik baru yang akan datang ni,” kongsinya lagi.
Terdahulu, Issey dan isterinya, Noor Aimi Mohamed Jamel mendirikan rumah tangga pada 22 Disember 2019 di Kota Bharu, Kelantan.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: Media Hiburan & @isseyfazlisham
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!