Sama ada hidup senang atau sebaliknya, kita harus bersyukur. Ingatlah pada Tuhan yang mengurniakan segala kebaikan dalam hidup kita. Sentiasalah berterima kasih pada-Nya dengan sentiasa beribadat dan berdoa.
Suami ini berkongsi kisahnya yang alpa dengan kesenangan dunia yang dikurniakan. Solat diabaikan dan tidak menghargai apa yang dia ada sehinggalah si isteri hamil anak ketiga. Tapi sayang, dia kehilangan tiga orang kesayangannya pada masa yang lebih kurang sama (isteri dan anaknya serentak, kemudian ibunya pula meninggal dunia sebulan selepas itu).
Assalamualaikum, salam Ramadhan untuk semua. Nama aku Muhammad (bukan nama sebenar). Aku berkahwin pada tahun 2015, di kurniakan 2 orang cahaya mata dua-dua lelaki. Umur sulung 4 tahun dan bongsu 3 tahun.
Mcm orang lain, aku sangat sayangkan keluarga aku, dalam usia perkahwinan tu aku dah dikurniakan berbagai nikmat Allah swt yang sangat banyak. Nikmat anak, nikmat seorang isteri yang sangat baik dan patuh, nikmat duit, dapat beli rumah dan banyak lagi.
Sebagai suami aku rancang keluarga untuk masa hadapan, untuk orang yang aku syg kalau umur aku tak panjang itu semua akan aku tinggalkan untuk isteri dan anak2 aku.
Aku pun berharap supaya aku dapat sediakan semuanya untuk keluarga aku, isteri tidak perlu kerja duduk jadi suri rumah je.
Namun hari berganti hari, pelbagai nikmat yang Allah bagi, namun aku masih lupakan Allah swt, solat tak jaga, rasa bersyukur hanya di bibir tapi hakikatnya aku lupakan Allah swt. Aku rasa dalam zon sangat selesa. Aku seakan rasa hidup aku tidak diuji Allah swt.
Kisah bermula tahun lepas 2019, bila isteri aku mengandungkan anak aku yang ke 3 (anak perempuan), anak yang aku dan isteri aku impikan untuk miliki seorg anak perempuan sebab sebelum ni 2 lelaki.
Nampak tak, masih aku tak ingat kat Allah swt, tapi Allah masih kurniakan aku nikmat dan peluang untuk aku ada anak perempuan.
Dalam tempoh isteri mengandung kali ni, tak banyak masalah. Cuma aku pelik isteri aku tak beli baju untuk baby banyak. beli untuk keperluan sambut dihospital je. Aku tanya kenapa? Dia kata cukup la tu untuk sambut anak je, nanti beli lagi.
Aku ikutkan je kemahuan dia. Dan lagi 1, aku ni pun macam suami orang lain juga yang isteri2 dok komplen dalam confession ni, aku dulu kalau main game, melepak agak taik juga. Sampai kadang2 tak hiraukan anak bini.
Tapi bila isteri aku mengandung anak aku ke 3 ni, aku rasa nak berubah aku nak bagi masa dekat keluarga.
Ads
Aku dah mula2 buat kerja rumah tolong isteri aku, masak, tak melapak dah malam2. Dan banyak lagi kegiatan buruk aku yang aku tinggalkan. Sampai isteri aku perasan perubahan aku dan dia kata dia sukakan perubahan ni.
Bila isteri aku dah sarat 8 bulan anak dalam kandungan, isteri aku kelihatan agak normal macam sebelum ni. Cuma sakit2 badan orang sarat mengandung biasalah, dan dia mengadu demam dengan aku.
Aku bawak ke klinik dan check darah semua everything ok. Tapi demam die jadi on off, aku jadi tak sedap hati. Aku bawak ke G. H dan doctor tak dapat sahkan apa2, Cuma kata ada jangkitan kat paru2.
Dah masuk hari ke 3 warded baru doctor sahkan isteri aku kene denggi berdarah keadaan sangat kritikal.
Bayangkan isteri aku sarat mengandung nak berhadapan dengan denggi berdarah. Hati aku macam dicucuk laju dengan pisau dengar berita tu, kepala makin serabut banyak yang aku fikir dalam kepala aku. Mcm mana isteri ? macam mana baby? Mcm mana anak aku kat rumah?
Petang aku dapat berita anak dalam kandungan dah meninggal. Tinggal isteri aku yang masih ada harapan. Doktor bagi tau aku anak dalam kandungan tak dapat dikeluarkan sebab takut pendarahan banyak pada ibu. Jadi risiko untuk ibu meninggal tinggi.
Kandungan pun masih 8 bulan. Namun takdir Allah isteri yang aku cintai juga pergi meninggalkan aku selang sehari anak dalam kandungan meninggal. Arwah isteri dan baby dalam kandungan di tanam dalam satu liang, sedihnya aku Allah je yang tau.
Ads
Ya Allah.. kalau dulu satu satu nikmat ko beri pada aku. Tapi kali ni satu satu nikmat Allah tarik dari aku. Rasa terduduk aku yang sakit sangat nak terima kenyataan ni.
Aku harap arwah isteri dan anak perempuan syurga aku tak lupakan aku di akhirat kelak. Sambutlah tangan abah nanti nak, bawak abah bersama di syurga nanti insyAllah. Namun aku gagahkan juga diri.
Aku kuatkan demi 2 orang anak aku yang sekarang sudah yatim, amanah Allah swt dan arwah isteri yang ditinggalkan untuk aku jaga sebaik mungkin. Setiap yang hidup pasti akan mati, aku mula positifkan diri, aku mula jaga solat.
Kadang2 dalam doa aku, aku malu dengan Allah swt. Bila di uji sehabat ni baru aku sedar betapa kerdilnya aku di dunia ni. Keluarga aku banyak bagi semangat terutama mak aku. Aku bersyukur Allah masih pinjamkan aku seorang mak yang sangat memahami.
Namun Sekali lagi aku diuji, Allah jemput mak aku pula sebulan selepas arwah isteri aku pergi. Mak aku kene serangan Stroke. Apa lagi yang aku bole katakana, selain redha dan berserah pada Allah. Kali ni Nikmat seorang ibu Allah Tarik dari aku.
Hidup aku kini bersama 2 orang anak aku. Tapi aku masih positif, kekuatan datang dari pengalaman dan Solat yang aku jaga.
Aku mintak dengan Allah Swt kuatkan aku, aku percaya aku insan yang ko pilih untuk diuji. Aku rehda. Aku masih ada 2 orang anak aku untuk aku didik jadi manusia berguna kelak.
Ads
Rutin seharian aku berubah 360 darjah. Dari urusan anak, kerja, urusan rumah semua aku kene buat sendiri sekarang.
Sekarang Musim PKP, banyak masa aku dengan anak2 aku. Di sini dan waktu ni la aku belajar banyak benda. Banyak bende yang dulu aku terlepas pandang, aku terlepas pandang perhatian yang anak2 aku tagih dulu. Yang aku sebuk main game, sebuk melepak dengan kawan.
Dan aku dapat rasa kerja2 yang arwah isteri aku buat dulu secara total.. Hihi baru la kau tau dan faham kenapa isteri2 kuat membebel. melayan ragam anak 24 jam bukan mudah ye.
Bulan Ramadhan kali ni aku tanpa isteri dan mak, berbuka dengan anak2 lelaki aku je Rasa kurang sangat Ramadhan kali ni. Belum rasa Hari raya lagi. Tapi semua tu aku terima dengan hati yang lebih tenang.
Hidup aku seharian makin tersusun. Umur perkahwinan 4 tahun tu terlalu singkat untuk aku. Setiap yang berlaku ada hikmahnya, dan apa yang berlaku adalah kesan dari perbuatan kita sendiri. Mungkin ini cara Allah swt menegur kesilapan aku.
Aku akhiri, dengan sedikit nasihat. Sebagai suami, kita hargai la isteri dan anak2 kita. Sayang la kelurga kita. Sebab itu perkara yang tak dapat kita beli dengan wang ringgit.
Cantik atau tidak isteri kita, bijak atau pandai anak kita itu bukan ukurannya. Sentiasa la curahkan kasih sayang seorang suami dan bapa pada kelurga.
Dan lagi satu bersyukur selalu dengan nikmat yang Allah beri pada kita. Aku berdoa setiap hari moga Allah Swt jadikan aku seorang bapa yang baik. Sbb itulah persoalan yang selalu bermain di hati aku sejak aku jalani dugaan ni. “BOLEH KE AKU JADI BAPA YANG BAIK?”
Aku menulis untuk peringatan kita bersama, yang baik datang dari Allah, yang buruk itu sudah pasti dari saya hamba Allah swt yang berdosa.
Sekian, Salam Ramadhan dari saya.
– Muhammad (Bukan nama sebenar) via IIUM Confessions
Sekiranya anda ingin berkongsi sebarang cerita atau pengalaman, boleh klik KONGSI CERITA
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penyakit akibat air banjir semakin membimbangkan setiap kali musim banjir tiba, terutama bagi ibu ayah yang risaukan keselamatan dan kesihatan anak-anak.
Bahaya Kanak-Kanak Bermain Dengan Air Banjir
Setiap kali musim banjir, ramai ibu ayah risau tentang keselamatan fizikal anak takut arus deras, takut terpijak benda tajam, takut jatuh atau hilang.
Tapi ada satu bahaya lain yang sering terlepas pandang pencemaran air banjir, yang boleh membawa kepada penyakit serius.
Air banjir yang tercemar boleh menjadi punca penyakit tahap bahaya. Jika dibiarkan tanpa rawatan segera, ia boleh mengancam nyawa, terutama bagi kanak-kanak, ibu mengandung, dan golongan berisiko tinggi
Air banjir nampak macam air biasa, keruh dan berlumpur. Tapi sebenarnya ia dah bercampur dengan pelbagai jenis kotoran yang tak sepatutnya sentuh kulit kita pun, apatah lagi diminum atau dijadikan tempat anak bermain.
Apa yang ramai tak tahu, air banjir ini selalunya mengandungi najis manusia dan haiwan, sisa kumbahan, sampah, bangkai haiwan, bahan kimia dari kilang, minyak, racun, dan segala jenis kotoran yang hanyut tanpa kawalan.
Dan bila air macam ni masuk ke dalam rumah, kena makanan, botol susu, peralatan bayi, atau terkena luka risiko jangkitan meningkat berkali ganda.
Jenis Penyakit Akibat Air Banjir Yang Menyerang Kanak-Kanak
5 penyakit paling biasa dan sangat berbahaya ketika musim banjir adalah:
1. Demam Typhoid
Disebabkan oleh bakteria Salmonella typhi. Boleh menyebabkan demam tinggi berpanjangan, cirit-birit teruk dan dehidrasi.
2. Cholera (Kolera)
Jangkitan serius yang boleh menyebabkan cirit-birit berair yang sangat banyak, muntah dan kehilangan air dalam badan secara drastik. Kalau lambat dirawat, boleh membawa maut.
3. Salmonella Infection
Datang dari makanan atau air tercemar. Anak akan alami cirit-birit, muntah dan sakit perut yang kuat.
4. Jangkitan E. coli
Selalu menyebabkan sakit perut, muntah, cirit-birit berdarah dan boleh merosakkan buah pinggang jika teruk.
5. Penyakit Kulit & Luka Bernanah
Bila kulit terdedah kepada air kotor, bakteria lebih mudah masuk melalui luka kecil yang tak disedari.
Bagaimana Penyakit Akibat Air Banjir Menular?
Semua berpunca daripada pencemaran air banjir:
Air banjir bercampur najis
Loji kumbahan melimpah
Sisa pembetungan terkena pada nasi atau lauk
Botol susu jatuh dalam air banjir
Pinggan mangkuk tak dibasuh betul
Tangan anak pegang air banjir → terus masuk dalam mulut
Luka kecil di kaki terkena air kotor
Dan bila anak-anak main air banjir, risiko untuk dijangkiti sangat tinggi.
Tanda-Tanda Anak Terkena Penyakit Akibat Air Banjir
Ibu ayah wajib peka jika anak mula menunjukkan gejala seperti:
Cirit-birit berulang
Muntah berterusan
Demam tinggi
Perut sakit dan memulas
Anak jadi lemah dan tak aktif
Dehidrasi (bibir kering, mata cengkung, kurang kencing)
Sakit kepala
Najis berbau kuat atau berdarah
Kalau nampak tanda-tanda ini terutama selepas banjir cepat bawa ke klinik atau hospital.
Peringatan Penting Buat Ibu Ayah
Musim banjir bukan masa untuk anak “main air”. Walaupun nampak seronok, walaupun orang kata “alah budak-budak biasalah”, kesan dia sangat bahaya.
Jadi, tolong
❌ Jangan biarkan anak-anak bermain dengan air banjir.
Air tu bukan air hujan biasa. Air tu penuh bakteria, virus, najis, dan segala kotoran yang tak selamat. Ramai tak sedar betapa cepatnya penyakit akibat air banjir boleh menjangkiti anak-anak kecil.
Seniwati Fauziah Ahmad Daud berkongsi berita duka tentang pemergian adik lelakinya, Fazal Ahmad Daud, yang meninggal dunia akibat komplikasi batu karang dalam hempedu.
Menurut Fauziah atau lebih dikenali sebagai Ogy, arwah menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Taiping, Perak, sekitar jam 7 pagi tadi.
Tambahnya lagi, arwah telah lama menderita penyakit tersebut namun memilih untuk menyimpannya sebagai rahsia daripada pengetahuan adik-beradik lain.
Saya kehilangan adik lelaki saya hari ini’ – Fauziah Ahmad Daud
“Allahyarham sudah menjalani pembedahan tetapi keadaan kesihatannya semakin merosot sebelum menghembuskan nafas terakhir.
“Saya kehilangan adik lelaki saya hari ini. Saya memohon ampun maaf bagi pihak arwah Fazal Ahmad Daud, jika ada salah silap selama di atas muka bumi Allah.
“Jika ada hutang piutang boleh hubungi kami. Kepada sesiapa nak ziarah boleh ke rumah kami. Insya-Allah kami akan uruskan pengebumian arwah adik hari ini,” katanya yang tidak dapat menahan sebak.
Jenazah Allahyarham telah dibawa ke kediaman Fauziah di Taman Melawati sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Melawati, Hulu Kelang.
Fauziah, yang juga seorang aktres dan guru lakonan berusia 62 tahun, turut memohon agar orang ramai mendoakan segala kebaikan untuk Allahyarham.
“Sebagai kakak saya mohon ampun dan maaf. Dia anak, adik, abang, suami dan ayah yang baik.”
“Fazal, Kak Ogy sayang sangat kepada Fazal, Fazal berehat ya di negeri abadi. Jangan risaukan kami. Kak Ogy akan sentiasa merindui Fazal tau.
Allahyarham Fazal merupakan pelakon kanak-kanak dan pernah membintangi filem Hati Batu di sisi Ogy.
Sekadar info, selain Fazal, Ogy memiliki seorang lagi adik yang juga pelakon Fazlina, 49.
Mereka adalah anak kepada seniman Datuk Ahmad Daud dan primadona filem Melayu, seniwati Datin Saadiah.
Penangan bantal busuk ini bukan biasa-biasa. Sehari tanpa bantal busuk ibarat setahun lamanya menunggu. Gelisah dan resah.
Inilah yang berlaku kepada seorang wanita, Maxine Marsha Suil yang tertinggal bantal busuk kesayangannya di sebuah homestay ketika menginap di situ bersama suami.
Kasihan dan bimbangkan keadaan isteri, suaminya menebalkan muka untuk bersemuka dengan pekerja homestay terbabit bagi mendapatkan semula bantal busuk milik isterinya yang tertinggal.
Wanita berusia 25 tahun yang menetap di Kuching, Sarawak itu memberitahu, bantal busuk tersebut dimilikinya sejak kecil.
“Bantal busuk ni sejak saya baby lagi, hampir 25 tahun. Saya hanya perasan tertinggal bantal tu apabila unpack barang-barang sewaktu di homestay lain.
“Eh mana bantal busuk? Tiba-tiba hilang. Saya minta suami telefon pihak homestay untuk mereka periksa dan tolong simpankan sebelum kemasukan guest lain.
“Satu malam tertinggal kat hosmestay dan malam itu juga saya susah tidur. Tidur pusing sana, pusing sini… memang tak tenang,” katanya berkongsi.
Menerusi video yang tular, Marsha mewakilkan suaminya untuk turun kereta mengambil bantal busuknya daripada pekerja homestay keesokkan harinya.
Malah katanya lagi, dia pernah nyaris tertinggal bantal busuk tersebut ketika hendak menaiki penerbangan dari Kuching ke Kuala Lumpur suatu ketika dulu.
“Saya malu nak ambil dan pesan pada suami jangan beritahu itu bantal isteri. Mujur suami sporting sebab dia pun tidur tak tenang sebab saya susah tidur,” kongsinya lagi.
Dicuci bersih dan ganti sarung baru
Walaupun bantal tersebut berusia lebih dua dekad, Marsha yang lebih setahun mendirikan rumah tangga berkata, bantal itu dijaga dengan baik malah sentiasa dicuci dan digantikan sarungnya.
Berita Bung Moktar meninggal dunia mengejutkan negara. Ketahui perjalanan hidup, keluarga, legasi politik dan sisi peribadi tokoh Sabah ini yang dikenang ramai.