Akhirnya wanita berusia 20 tahun diberkas polis selepas dipercayai membuang bayinya dalam mangkuk tandas di Hospital Selayang, dekat sini, petang semalam.
Wanita berusia 20 tahun itu ditahan selepas ada saksi melihat perbuatannya cuba membuang bayi itu ke dalam mangkuk tandas wanita bahagian Zon Kecemasan hospital berkenaan.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof, berkata saksi iaitu seorang wanita pekerja kilang yang melihat kejadian itu memaklumkan perkara itu kepada pengawal keselamatan.
Ads
“Tindakan segera saksi itu memaklumkan pengawal keselamatan berjaya menyelamatkan nyawa bayi yang mahu dibuang suspek.
“Bayi itu kemudian disahkan oleh doktor berada dalam keadaan stabil dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan.
Ads
Beliau berkata wanita terbabit dipercayai baharu melahirkan anaknya semalam namun siasatan lanjut akan dilakukan selepas suspek mendapatkan rawatan lanjut di hospital sama.
“Pada masa ini suspek ditahan di wad Zon Merah hospital sama untuk rawatan dan enggan memberikan kerjasama ketika ditemubual oleh doktor.
Ads
“Dia hanya menangis sejak ditempatkan di wad Zon Merah,” katanya.
Samsor berkata, semakan rekod mendapati suspek tidak memiliki sebarang rekod jenayah lampau dan siasatan diteruskan mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan.
Sumber: Berita Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sejak Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dilaksanakan 10 Jun lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kembali mengingatkan rakyat, fasa PKPP bukanlah tempoh untuk rakyat melupakan wabak Covid-19 ini.
Dalam perutusan khas beliau mengenai perkembangan terkini PKPP ini, beliau berpuas hati dengan perancangan dan langkah yang diambil oleh pihak kerajaan namun sedikit risau dengan sikap segelintir rakyat yang seakan lupa wabak ini masih ada.
PKP mungkin akan dilaksanakan jika kes meningkat
Muhyiddin mengingatkan masyarakat jangan terlalu alpa kerana sekiranya PKP terpaksa dikuatkuasakan semula, antara impaknya termasuklah unjuran pertumbuhan KDNK yang dijangka pada tahun 2021 mungkin tidak akan tercapai.
Perniagaan terpaksa ditutup semula dan kadar pengangguran di tahap 5.3 peratus bagi bulan Mei 2020 boleh meningkat secara mendadak. Ini adalah suatu keadaan yang mesti kita elakkan.
Pakailah pelitup muka
Jadi, apa yang mesti kita buat? Seperti yang saya telah sebutkan sebelum ini, kejayaan kita memerangi COVID-19 dalam fasa pemulihan ini adalah bergantung kepada diri kita sendiri. Ia bergantung kepada kesedaran kita, sikap kita dan amalan kita.
Amalan kebiasaan baharu atau new normal mesti kita teruskan. Jangan kerana
kes-kes COVID-19 semakin berkurangan, kita tidak lagi memakai pelitup muka di
tempat awam. Pakai lah. Jangan tak pakai.
Teruskan penjarakan sosial
Penjarakan sosial juga mesti diteruskan. Pastikan jarak anda sekurang-kurangnya satu meter dari orang lain. Elak tempat yang sesak dan sempit. Sentiasa
beringat untuk elakkan sentuhan badan.
Saya selalu berpesan supaya saudara-saudari semua elakkan berjabat tangan.
Saya tengok sekarang dah ada yang bukan sahaja berjabat tangan, malah berpeluk
ketika berjumpa sahabat-handai dan sanak-saudara.
Kerajaan juga sedang menimbang untuk mewajibkan pemakaian pelitup muka di tempat-tempat awam. Perincian mengenainya akan diumumkan apabila peraturan yang berkaitan dimuktamadkan oleh kerajaan.
Setiap individu kena main peranan jadi frontliners
Dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan atau PKPP ini, setiap individu, keluarga dan komuniti adalah petugas barisan hadapan atau frontliners. Ahli keluarga dan anggota masyarakat mestilah sentiasa nasihat-menasihati dan ingat mengingati antara satu sama lain.
Ibu bapa mesti sentiasa ingatkan anak-anak supaya sentiasa memakai pelitup muka ketika keluar dari rumah. Ingatkan mereka supaya jaga penjarakan sosial, sentiasa membasuh tangan, elakkan tempat sesak, jangan berjabat tangan dan lain-lain. Ingatkan mereka setiap hari. Tak mengapalah kalau dikata berleter pun kerana ini amat penting. Ini kerana kita semua sayangkan keluarga kita.
Kita baru sahaja melihat kesan positif daripada tindakan tegas kerajaan dan disiplin rakyat yang tinggi semasa tempoh PKP dilaksanakan. Ekonomi negara kita telah mula rancak kembali dan kita juga telah dapat menikmati semula kehidupan kita dengan mengamalkan kebiasaan baharu.
Namun, jangan kita lalai dan alpa. Saya nak mengingatkan sekali lagi pandemik COVID-19 masih belum berakhir. Jadi sama-samalah kita beristiqamah dalam mengekalkan kejayaan kita melawan wabak COVID-19.
Kredit Gambar: Sinar Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seorang bayi lelaki yang masih bernyawa dan bertali pusat dipercayai baru dilahirkan ditemukan berlumuran darah di bumbung sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Seri Dermawan, Bercham di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP A Asmadi Abdul Aziz, berkata pihaknya menerima panggilan mengenai penemuan bayi itu pada jam 12.35 tengah hari daripada orang awam.
Beliau berkata bayi itu dicampak oleh seorang remaja perempuan berumur 16 tahun dari tingkap biliknya yang terletak bahagian belakang tingkat atas rumah berkenaan dengan ketinggian kira-kira sembilan meter.
“Seorang saksi yang juga jiran suspek, mendengar bunyi kuat sesuatu terjatuh di bahagian bumbung rumahnya dan kemudian menemui bayi berkenaan sebelum bertindak menghubungi pihak polis,” katanya ketika dihubungi di sini, malam tadi.
Menurutnya, pemeriksaan di bilik suspek yang masih belum ke sekolah kerana baru sebulan berpindah ke rumah berkenaan dari Batu Caves, Selangor mendapati terdapat kesan tompokan darah pada jeriji tingkap serta cadar biliknya.
A Asmadi berkata bayi malang itu berada dalam keadaan kritikal serta mengalami kecederaan pada bahagian kepala dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi Neonatal, Kompleks Wanita, Kanak-Kanak dan Kardiologi, Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini.
“Suspek dibawa ke hospital sama untuk menerima rawatan lanjut. Keterangan lanjut masih belum diterima kerana remaja itu dalam keadaan lemah akibat mengalami pendarahan selepas melahirkan bayi berkenaan,” katanya.
Tambah beliau, soal siasat ke atas ibu dan dua adik suspek mendapati mereka tidak mengetahui mengenai kehamilannya remaja itu, malah semasa kejadian, dia tidak menunjukkan sebarang petanda mahu melahirkan anak, sebaliknya hanya memberitahu baru saja datang haid.
Beliau berkata saksi-saksi kes berkenaan akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan lanjut.
Sumber: BERNAMA
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dulu berdoa untuk kehadiran aafiyah, kini Datuk Siti Nurhaliza bersamanya di tempat itu semula. Peminat melahirkan perasaan sebak dan seolah merasakan kebahagiaan ibu ini.
Datuk Siti Nurhaliza yang kini sedang mengerjakan umrah bersama ahli keluarganya pada 23 Mei lalu bakal dan dijangka berangkat pulang pada 2 Jun 2019.
Aafiyah yang dilahirkan pada 19 Mac 2018 selepas penantian Siti dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa selama 12 tahun. Dalam usahanya untuk menimang cahaya mata sebelum ini, Siti mengakui telah melakukan rawatan in vitro fertilization sebanyak 5 kali dalam masa 10 tahun.
Datuk Siti Nurhaliza turut berkongsi beberapa foto dia bersama Aafiyah. Antara yang mendapat perhatian ialah yang menunjukkan dia bersama Aafiyah sambil membaca buku. Aafiyah kelihatan comel bertudung.
Turut dikongsikan ialah kunjungan mereka ke Masjid Nabawi.
Salam dan selawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad SAW. Alhamdulillah, ziarah kami kali ini dipermudahkan dengan kerjasama bersama @AmalbyMH . Aafiyah pun nampak teruja pertama kali ikut ibu ke Masjid Nabawi .. Alhamdullillah..
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.