
Mula membersihkan mulut bayi beberapa hari pertama selepas lahir perlu untuk memastikan kebersihan mulut dijaga dari awal. Selepas menyusu, lap gusi bayi dengan tuala kecil yang bersih dan lembap untuk menanggalkan plak.
Ibu bapa perlu tahu kerosakan gigi boleh berlaku sebaik sahaja gigi tumbuh di dalam mulut. Satu keadaan kerosakan gigi yang serius di kalangan kanak-kanak kecil adalah “karies botol susu” yang berlaku apabila bayi itu dibiarkan menyusu secara berterusan dari botol susu, formula, air gula, atau jus buah-buahan semasa tidur atau pada waktu malam.
Sebagai ibu bapa, anda perlu jadikan rutin membersihkan gigi anak dan buang persepsi ‘baru gigi susu kalau rosak pun nanti tumbuhlah gigi baru’. Jika mentaliti ini ada dalam diri anda, bila dapat anak seterusnya pun anda akan fikir hal yang sama.
Jadi sebaiknya buat langkah ini untuk memudahkan anda membersihkan gigi dengan mudah.
• Mewujudkan rutin pembersihan mulut yang baik di peringkat awal usia.
• Menyelia pemberusan gigi kanak-kanak sehingga berumur enam tahun.
• Gunakan ubat gigi bersaiz kacang hijau untuk mengelak anak anda menelan secara berlebihan.
• Bagi membantu anak anda memberus gigi, berdiri di belakang mereka dan condongkan kepala ke atas supaya semua permukaan gigi boleh diberus menggunakan kaedah gosokan yang lembut.
ARTIKEL BERKAITAN [Tompok Putih Di Gigi Anak Tanda Awal Rosak. Buat Tak Tahu Boleh Berlubang]
Selain tip tersebut, anda mungkin boleh mencuba tip yang dikongsikan Lamy menerusi Kelab Soal Jawab Ibu & Bakal Ibu Comel yang menggunakan kayu sugi untuk membuang tompok putih di gigi anak.Saya nak berkongsikan pengalaman saya mengenai kayu sugi yang sangat berkesan menanggalkan kesan degil pada gigi anak saya. Anda boleh mendapatkan kayu sugi di kedai sensei dan ianya sangat murah.
Saya beli sepaket (20 gram) berharga 50 sen sahaja. Sebelum menggunakannya, rendamkan kayu sugi dalam air suam selama 10 minit, kemudian gosokkan kayu sugi itu pada kesan degil di gigi anak anda.
Kredit : ohd.moh.gov.my & Lamy via Kelab Soal Jawab Ibu & Bakal Ibu Comel
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jangan Angkat Bayi Apabila Tersedak Susu! Sebaliknya Mengerengkan Bayi Dan Tepuk Belakang Bayi.

Kes kematian bayi tersedak susu pasti akan berlaku setiap tahun di negara ini berdasarkan statistik yang diperolehi. Kebanyakkan kes ini ataupun kes tercekik makanan sering kali berlaku di pusat penjagaan kanak – kanak. Namun, tidak kurang juga yang berlaku di rumah.
Berpunca kelalaian ibu bapa tau penjaga, bayi yang baru sahaja mengenal dunia tidak dapat lagi meneruskan kehidupan. Malahan, emosi ibu bapa juga akan sangat terganggu kerana tidak mampu untuk menerima hakikat kehilangan anak tersayang akibat kecuaian mereka sendiri.
Tersedak susu biasanya berlaku apabila bayi berusia 6 bulan ke bawah, ini kerana salur pernafasan dan salur pemakanan bayi ketika itu terletak bersebelahan. Apabila bayi bayi kerap termuntah, ia sangat berisiko susu masuk ke salur pernafasan dan paru – paru.
Menurut Dr Kae Jo Wong atau Dr K, selepas bayi tersedak susu ramai ibu bapa akan mengangkat bayi secara tidak sedar dan ini merupakan Langkah yang sangat bahaya. Apabila bayi muntah susu, ia mudah tercekik susu semula. Jika segera mengangkat bayi, lebih banyak air liur dan susu akan disedut ke dalam saluran pernafasan.
Dr K juga ada berkongsi cara – cara yang boleh dilakukan jika bayi tersedak susu. Jom lihat video perkongsian mengenai cara menangani bayi tersedak susu melalui akaun TikToknya.
@kaejowong_oe Elak langkah berbahaya apabila bayi tersedak susu ⚠️ #tiktokguru #tiktokmalaysia #tiktokindonesia #DrK #bayi #tersedak #tersedaksusu #baby #parents #parenting #dangerous #kecemasan #oeacademy ♬ So Cute – Kim Sung Hwan
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Perut Seperti Orang Hamil, Doktor Buang Cyst Sebesar 30cm. Lepas 4 Bulan Operate Mengandung

Menuju ke akhir tahun ke-2 perkahwinan, kami memutuskan untuk menimang cahaya mata, menjemput zuriat dalam keluarga kecil kami jika itu yang terbaik menurut aturanNya. Bermula dari sini, satu lembaran kisah hidup Dia bentangkan di hadapan kami.
Bagaimanapun, menurut Ummu Syahirah Derahman pada bulan Julai 2017, kami teruji dengan keadaan saya yang mengalami haid tidak teratur. Oleh kerana secara lumrahnya haid saya teratur bermula dari kali pertama, ianya mendatangkan kegusaran.
Ditambah dengan kesukaran untuk mengira waktu haid dan istihadah berdasarkan waktu haid yang sangat panjang, kami mula merujuk hal ini kepada pakar perubatan. Temujanji demi temujanji serta menjalani ultrasound, semuanya kelihatan normal, barangkali perubahan hormon yang temporary disebabkan stres atau faktor yang lainnya.
Januari 2018, saya mula mengalami heartburn yang boleh dikatakan teruk. Terkadang rasa seolah-olah tidak boleh bernafas dan dalam keadaan seperti itu, saya amat sukar untuk makan.
Di samping itu, dalam tidak sedar berat badan bertambah di luar jangkaan, walaupun amount and pattern diet saya tetap sama seperti sebelumnya. Suami, keluarga dan rakan-rakan tertanya-tanya adakah saya mengandung? Saya akui kerana persoalan itu dan ditambah dengan haid yang masih tidak teratur, saya kerap menjalani ujian air kencing untuk mengesahkan sama ada saya mengandung atau tidak. Dan terbukti, setiap ujian yang dijalani memberikan keputusan negatif.
Jun 2018, saya semakin mudah merasa kenyang setiap kali makan, dan saya juga semakin kerap mengunjungi tandas untuk membuang air dan perubahan itu disedari suami. Oleh kerana haid yang terus tidak teratur, kami meneruskan rawatan dengan merujuk pakar sakit puan di Kelantan. Disebabkan kekangan masa dan urusan pengajian, temujanji saya terpaksa ditangguh 2-3 kali.
19 Julai 2018, ketika ini saya dan suami sedang menjalani latihan perindustrian (praktikal) dan hari ini saya mengunjungi doktor pakar sakit puan ditemani ummi sy, Hapizah Soekis. Konsultasi dengan doktor berjalan lancar sehinggalah sy menjalani ultrasound sekali lagi.
Dengan riak wajah yang terkejut, doktor pakar berbincang bersama doktor pelatih (barangkali) serta jururawat yg ada bersama beliau. Dengan nada yang kedengaran berhati-hati, doktor mengatakan bahawa ada sesuatu di ‘kilang telur’/ovari saya. Dengan tenang saya terus mendengar penjelasan beliau. Beliau mengambil masa yang agak lama memeriksa ovari di kiri dan kanan sambil berbincang kemungkinan situasi yang saya hadapi. Dengan sedikit ilmu medical terms dan English, saya dapat meneka kemungkinan keadaan saya. Mood yang mesra, damai dan tenang di dalam kamar itu tadi tiba-tiba berubah.
Antara dialog yang berlaku ketika itu antara saya dan doktor tersebut-
Doktor: Ada ketulan ye di kilang telur awak, ovari.. Nampak mcm ada kat dua-dua belah tapi banyak di bahagian kanan. Nampak mcm ketulan-ketulan kecil yg bnyk.. Awak takde rasa sakit ke kat bhgian abdomen, perut awak ni?
Saya: Ada doktor, kadang kuat jugak tpi sy rasa bearable, masih boleh tahan
Doktor: lama dah start rasa sakit?
Saya: Lebih kurang akhir tahun lepas atau awal tahun ni doktor.
Doktor: Awak ada ambik ubat putih atau kurus ke?
Saya: Tak pernah doktor.. sy tak makan benda-benda mcm tu..
Doktor: Dalam family, ada yg kena kanser ke?
Saya: Ada doktor, makcik sy.
Doktor: Belah mak atau ayah?
Saya: Belah mak.
Dialog itu berakhir di situ buat sementara.
Doktor mula kelihatan ‘kalut’ memberi arahan itu dan ini kepada jururawat serta beliau mengisi 3-4 borang dihadapan sy. Darah sy diambil sebanyak 6 botol darah. Kembali bertemu doktor, doktor menerangkan yg penyisatan untuk mengetahui keadaan sebenar sy perlu dilakukan melaui CT Scan, dan diagnos hari itu belum dipastikan dan hanyalah kemungkinan. Surat rujukan untuk menjalani CT Scan diberikan, tertulis di bhgian bawah surat tersebut adalah:
Possible diagnose: ovarian cancer
Selepas pertemuan hari itu, tarikh temujanji dimaklumkan pada suami, ummi dan keluarga namun diagnose hari itu dan matlamat temujanji seterusnya tidak dimaklumkan. Hampir 2-3 hari ianya disimpan sebagai rahsia. Memandang suami, keluarga terutama ummi ayah terasa begitu asing kerana memikirkan kemungkinan yg berlaku. Akhirnya ummi dimaklumkan terlebih dahulu dan kemudian suami. Dengan matlamat untuk menjadi lebih peka menjaga pemakanan, ibu mertua mengetahui hal tersebut dan tangisan di pipinya membuatkan air mata sy yg bergenang di kelopak mata juga tidak dpt dibendung. Tangisan sy seka dan senyuman diukirkan. Suami mula resah, merujuk ke sana dan ke mari, bertanyakan kemungkinan yg akan berlaku kepadanya sy.
“Alhamdulillah.. terima kasih Ya Allah kerana memilihku menjadi insan yang diuji” – Itu suara hati yg sy pegang sejak menerima berita tersebut.
13 Ogos 2018, CT Scan dijalankan.
29 Ogos 2018, temujanji dengan doktor pakar sakit puan untuk mengetahui keputusan CT Scan. Kemungkinan sy mengalami kanser ovari ada,namun ianya hanya dapat dibuktikan apabila sampel ketumbuhan di ovari sy dikeluarkan dan diuji. Tarikh pembedahan ditetapkan dan keputusan yg dicapai adalah untuk membuang ketumbuhan yg ada serta membuang ovari kanan sy. Dengan penjelasan bahawa peluang sy untuk mengandung tetap ada memandangkan masih ada ovari kiri, suami menerima keputusan tersebut.
1 Oktober 2018, kami mengambil cuti selama seminggu untuk urusan pembedahan dan hari ini sy dimasukkan ke dalam wad untuk tujuan pembedahan keesokan harinya, dan ditemani kakak tercinta Ummu Husna Derahman. Petang itu, sekali lagi ultrasound di jalankan, sy dimaklumkan tentang doktor-doktor yg akan menyertai pembedahan sy, sy mengisi borang kebenaran untuk dibius penuh serta sy diterangkan tentang proses pembedahan esok hari. Berdasarkan pemerhatian melalui ultrasound serta dibantu oleh imej dari CT Scan, doktor seolah-olah merasakan keadaan sy lebih teruk dari yg sebelumnya. Pada ketika itu, secara professional doktor berdialog;
Doktor: Okay Puan Ummu, puan tahu ye tujuan pembedahan esok?
Saya: Ye saya, doktor..
Doktor: Okay, esok kita kan buat operation di panggil laporotomy dan kita kan belah bahagian abdomen awak secara vertical ye (sambil menunjukkan bahagian yg beliau maksudkan).. kita akan belah dari bawah pusat dan kebawah, kira-kira 10 cm, dan kalau cyst tu besar, mungkin kita akan belah sikit dari ke atas pusat ye..
Saya: Ok doktor..
Doktor: Esok siapa penjaga yg akan ada msa operation ye?
Saya: InsyaAllah mak ayah sy dan suami akan ada sekali.
Doktor: Ok baik puan.. sebab mcm ni ye puan, cyst puan ni kami rasa dah merebak jauh dan bukan berada berdekatan ovari sy, cyst tu dh hampir ke kawasan buah pinggang dan menolah bhagian atas puan ye.. jadi kami tak pasti samada bhgian mana lagi yg terlibat smpailah kami bedah buka dan lihat sendiri. (Sy hanya mengangguk mengiyakan). Sebelum ni puan dimaklumkan bahawa ovari kanan puan akan dibuang bersama ye puan?
Saya: Ye doktor..
Doktor:.. baik, jadi ye puan esok ada kemungkinan kita terpaksa untuk buang kedua-dua ovari dan kalau ianya dah merebah ke bahgian rahim, kami terpaksa untuk buang rahim puan sekali..jadi, kami perlukan persetujuan dari suami puan esok, kalau perlu..
Keadaan wad terasa sunyi, dalam keadaan terkesima sy mengiyakan dan doktor membenarkan sy kembali ke katil selepas memaklumkan bahawa sy perlu menandatangi surat persetujuan untuk menjalani pembedahan dan dibius penuh.
Dengan fikiran kosong, sy disapa kakak dan sy bertindak biasa. Sy kemudian berwuduk dan solat Asar. Sujud kali itu terasa lama, tangisan dalam diam mencurah di dada sejadah. Doa terasa sukar dilafaz. Ketika itu, terasa seolah-olah hamba yg sangat dhaif dan hina di hadapanNya, hamba yang sedang memahami aturanNya dan dalam keadan bertawakal terus mensyukuri nikmat ujian itu.
Memandangkan sy hanya ditemani ummi, ayah Derahman Yusoff dan kakak semasa urusan kemasukan wad, petang itu suami dtg seawal waktu melawat bermula. Sy menyambut dengan senyuman namun hati yg gundah. Selepas usikan dan jenaka antara sy, suami dan kakak, suami duduk di hadapan sy dan memandang tepat wajah sy, seolah membaca riak wajah sy untuk berkomunikasi dengannya.
Dengan hati dan lidah yg berat menuturkan kata, sy menceritakan apa yg sy lakukan tadi. Menyampaikan maklumat untuk pembedahan esok kemudian mengkhabarkan kemungkinan yg bakal kami hadapi esok. Sy ingin dia menjadi yg pertama dimaklumkan, kakak ditepi mendengar dengan tenang.
Wajah suami kekal tenang namun tangisan sy tak dpt dibendung. Hakikatnya sy tak mampu untuk menzahirkan kata, tapi sy memujuk hati. Dia menenangkan sy bahawa itu hnya kemungkinan dan bukan kepastian. Saya memaklumkan bahawa dia akan membuat keputusan tersebut esok jika diperlukan. Air mata sy terus mengalir laju, memandang wajah suami dengan bayangan “syg mungkin tak mampu beri b anak..”, ianya terasa begitu pahit dan pedih. Terlintas di hati, andai benar itu takdir yg bakal tersurat, sy berazam untuk minta dilepaskan kelak agar suami mampu memilik isteri yg dpt memberinya zuriat. Suami menemani hingga ke habis waktu melawat dan pulang dengan riak wajah yg tenang dan menasihati untuk sy terus bertilawah untuk menenangkan hati.
Malam itu, mesej dari teman-teman bertanyakan khabar dan mendoakan tidak putus tiba. Abang Muhd Mustafa Siba’ei dan adik Ammar Irfaan yg kejauhan membuat video call serta menghantar pesanan bahawa mereka sentiasa bersama walau berjauhan. Sokongan moral dari kakak ipar Ira Faziera juga diterima menerusi telefon pintar sy. Tidak di duga, pesanan ringkas dari kakak ipar Azliza Aziz Liza dan adik ipar Wawa Aziz II menambah hiba dan mengudang tangisan yg terhenti.
“Utamakan diri adik sebelum fikirkan tentang org lain.. kami sekeluarga menerima apa-apa keputusan seadanya.. Zuhdi dan Zuhaira syg cik Ummu..”
“I know you’re strong kak Ummu… we all love you and I love you too, my sister..”
Begitulah ringkasan dari mesej mereka yg panjang. Malam itu terus berlalu.
2 Oktober 2018– Hari pembedahan. Seusai solat subuh, suami, ummi ayah, abg Mohd Amir Hadi Derahman sudah sampai ke wad dan bersama ketika itu adalah kakak ipar Hawadah Shafii yg setia menemani dari semalam. Kemudian kakak dan abg ipar Najahuddin Fuad Yusoff turut hadir, mengambil cuti belah pagi untuk menemani sepanjang pembedahan. Pembedahan sy adalah yg pertama dan dijadualkan pada pukul 8 pagi.
Suami dtg dan duduk bersama di atas katil. Dia menyusun atur. Kemudian dia bersuara, memaklumkan bahawa dia telah berbincang dan befikir, apa jua keputusan yg perlu diberikan hari ini, dia akan memilih apa yg terbaik utk kesihatan sy. Andai menghilangkan peluang untuk kami mendapat zuriat sendiri itu yg terbaik untuk sy, maka dia kan memilih keputusan itu. Di akhir kata, dia berkata sambil bercanda, “kita boleh dapatkan anak angkat..ma dan semua kat rumah pun bersetuju dan menyokong pendirian b”, sekali lagi air mata sy mengalir, terharu dgn layanan dan sokongan dari suami dan keluarga beliau. Pukul 8 pagi, sy dibawa ke dewan bedah diiringi anak-anak buah dan keluarga memberikan sokongan.
Ayah bersuara dalam ruangan sebelum ke bilik bedah, “Ayah tahu Syera anak ayah yang kuat..”, sebak di dada di tahan, flying kisses dari ummi, dan ciuman di dahi diterima dari ayah dan suami. Ahli keluarga yg lain menunggu di luar.
Alhamdulillah, pembedahan hanya mengambil masa lebih kurang 20-30 minit dan kira-kira 2 jam kemudian, sy dibawa keluar dari dewan bedah menuju ke wad. Saat terjaga sy sempat merasa perubahan di bahgaian abdomen di mana perut sy menjadi begitu kempis. Sempat berbicara dgn doktor walau sy dlm keadaan lemah, beliau memaklumkan hanya cyst yg dikeluarkan serta ovari sy pun tidak dibuang bersama kecuali sedikit sahaja yg bersambung dengan cyst. Berbanding dengan teori awal bahawa cyst sy merupakan ketulan-ketulan kecil, hakikatnya ianya merupakan satu kantung yg sangat besar bersaiz 30cm X 30cm dan dipenuhi cecair yg akan dikenalpasti kemudian.
Mendengar penjelasan dari doktor dan menerusi gambar yg sempat di ambil suami ketika dipanggil seusai cyst tersebut berjaya di keluarkan, alhamdulillah, kelihatan kelegaan dan kegembiraan di raut wajah suami. Allah menguji dengan kami dengan sangkaan yg kami tidak akan dapat menimang cahaya mata sendiri, namun Allah hakikatnya seakan mencuit hati kami untuk mensyukuri kebenaran yg rahim sy bahkan kedua-dua ovari sy dlm keadaan baik. 5 hari kemudian sy dapat pulang ke rumah dan meneruskan recovery phase di rumah. Sy mengambil cuti pengajian untuk satu semester untuk tujuan fokus pada pemulihan.
Pelbagai pengajaran yg sy dapat perolehi dan simpulkan dari sebahagian kisah hidup sy ini. Saya bila mengetahui tentang keadaan sy sebelum ini, sy menjadi lebih peka dan belajar tentang mereka-mereka yg diuji dgn cyst ini. Sedikit kesimpulannya adalah:
Simptom cyst:
1) Mengalami kesakitan pada bahagian pelvis, ketika melakukan hubungan kelamin dan sakit ketika haid (/)
2) Mengalami masalah membuang air kecil atau besar (…)
3) Perut membesar dan terasa ada ketumbuhan di perut/kembung perut tak terkawal (/)
4) Rasa kenyang atau perut penuh (/)
5) Rasa mahu terkencing sepanjang masa (/)
6) Sakit di belakang atau paha (…)
7) Payudara menjadi lembut (…)
8) Pening dan muntah (/)
9) Period/haid tak teratur (/)
(/) utk simptom yg sy alami dan (…) utk simptom yg sy tak ingat atau tak perasan sy alami huhu
Konklusinya, sentiasa alert dengan anugerah kesihatan yg diberikan kepada kita and never take it for granted. Jangan ambil remeh dengan perubahan atau kesakitan yg tubuh kita alami especially perempuan (sebab perkongsian sy ini fokus pada wanita). Diri sendiri dan suami terutamanya, serta kaum keluarga perlu alert dengan apa-apa perubahan yg berlaku dan cepat-cepat rujuk pada pakar.
Latest update: Baru jumpa doktor untuk follow up case ni, doktor terkejut sebab Alhamdulillah sy dah mengandung 4 bulan. Tapi, bukan salah sy la doktor sebab doktor tak bagi amaran kena jarakkan dulu waktu ke apa.. meanwhile suami sy dah nak baby hahaha.. However, Alhamdulillah doktor kata bayi dlm keadaan yg sihat dan tempat cyst pun masih dlm keadaan baik. So, doakan moga-moga kandungan ini insya-Allah sentiasa dlm keadaan yg baik dan bayi akan dilahirkan kelak dlm keadaan sempurna dan baik-baik saja kerana tarikh jangkaan bersalin bulan November nanti.
Itu saja perkongsian sy, moga ada manfaat dan peringatan untuk semua especially kaum suami dan wanita.
“Mencari yang sempurna itu mustahil, namun bagi menyempurnakan insan lain itu adalah sebahgian dari anugerah Tuhan buat kita, manusia.”
Sumber: Ummu Syahirah Derahman
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Masa Pantang Boleh Tidur Dalam Aircond?” Pencerahan Doktor Buat Ibu Lega!

Panas berpeluh-peluh dan kadangkala sampai basah baju. Sepanjang berpantang rasa tidak selesa dek kerana larangan membuka kipas, jauh sekali penghawa dingin. Soalnya benarkah penghawa dingin ini sama sekali dilarang dan mendatangkan kepada kepada ibu berpantang?
Menurut Dr Muhammat Izzat Abd Razak, ibu berpantang sepatutnya harus kekal selesa mengikut kemahuan mereka sendiri. Barulah dapat berpantang dengan baik dan menjayakan penyusuan dengan sebaiknya.
Jangan keliru dan ini pencerahan dari doktor mengenai hal ini.
Sesetengah ibu berpantang akan ada berpeluh malam. Even duduk dalam aircond pun tetap berpeluh kekadang.
Perubahan ni adalah normal dan dijangka akan kembali kepada keadaan asal dengan masa. Slow but surely.
Kalau duduk dalam aircond pun boleh berpeluh dan berlengas, apatah lagi kalau tak pakai aircond kan?
Nak pakai aircond atau kipas jenis sembur air tu pun takda masalah. Buat la apa-apa untuk keselesaan semasa berpantang.
Satu lagi, Malaysia panass uiii. Takde masalah pun nak guna aircond atau tak.
Ikut suka. Angin tak meresap masuk ikut kulit.
Beli Kitsui Fedloss Fibre Dtox Set Di Sini
[su_button url=”https://www.goshop.com.my/products/health-food/kitsui-fedloss-fibre-dtox-set-20162141″ style=”flat” background=”#2defdd” color=”#ffffff” size=”6″]Kitsui Fedloss Fibre Dtox Set[/su_button]
Menarik: Anak Nakal & Lasak Itu Normal, Tapi Lasak Ni Mak Ayah Perlu Lebih Perhatian, Jangan Biarkan
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Untuk mendaftar, klik https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-detik-indah-bersama-si-manja/
Mama jom rileks jap, klik link NI!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI