Penyanyi Alyah menyifatkan kehadiran anak angkatnya, Nur Izzara adalah hadiah dari Allah buatnya dan suami.
Malah katanya lagi, kehadiran anak kesayangan itu dalam keluarga mereka tepat pada waktu dan ketikanya.
Bahkan penyanyi bersuara merdu itu turut dilihat berkongsi pelbagai video bersama buah hatinya.
Terbaru Alyah memuat naik video dia meluangkan masa bersama suami dan anaknya. Paling tersentuh pastinya kapsyen pelantun lagu Kisah Hati itu yang menyifatkan puterinya sebagai pemberian terindah daripada Allah SWT.
“Hadiah dari Tuhan. Tiada yang terlambat, tiada yang terlewat.
Ads
“Semuanya tepat pada waktunya kerana Dia maha tahu bila dan bagaimana,” tulisnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut mendoakan kebahagiaan Alyah dan suami serta anak mereka.
Malah Tok Ram juga turut dipuji kerana setia melayani buah hatinya malah sikap penyayang yang ditunjukkannya dipuji ramai.
Ads
Terdahulu, Alyah dan Datuk Ramli MS mendirikan rumah tangga pada 18 Mac 2013. Alyah mencuri perhatian apabila berkongsi foto ketika majlis cukur jambul dan aqiqah Nur Izzara menerusi Instagram.
“Random sangat ini anak… nanti lah mama explain batu tu untuk apa.”
Ayat pendek tapi cukup melekat di hati para ibu yang menonton video viral dari TikTok @nuraz.66 ini. Dalam video berdurasi kurang dari seminit, kelihatan seorang ibu sedang berdepan gelagat “rawak” dari anak kecilnya yang mungkin keliru atau tertarik dengan seketul batu. Video yang kini telah mencapai 1.6 Juta tontonan ini buat netizen terhibur.
Yang paling menghiburkan ialah ruangan komen. Netizen bukan sahaja simpati dengan si anak, malah turut ‘berkabung’ bersama Air Selangor dan berkongsi kisah masa kecil mereka:
“Dikucupnya pulak batu nisan tu. Semoga arwah Air Selangor tenang di sana.” – @nabila
“Salam Takziah buat 150mm Air Selangor Sekeluarga.” – @Arif Abdul Khalik
“Betul la tu dia doakan Air Selangor, kan asyik takde je..” – @Mat ps
“Takpe dik bukan awak sorang, acik dulu umur 7 tahun pun ingat tu kubur lama.” – @meegorengbasah
“Jgn gelak kan dia, ingat kita dulu pun pikir kan tu kubur.” – @nur cinta
Komen-komen ini bukan sahaja mencuit hati, tapi menunjukkan betapa relatable dan penuh memori zaman kecil kita semua.
Daripada video ini, kita dapati bahawa apa yang mungkin nampak sebagai gelagat ‘rawak’ atau lucu dari anak kecil, sebenarnya adalah refleksi daripada dunia penuh imaginasi dan rasa ingin tahu yang tulus. Sebagai ibu bapa, kita bukan perlu tahu semua jawapan tapi cukup sekadar memberi ruang, mendengar, dan membalas dengan tenang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak-anak yang manja biasanya adalah paling sukar untuk anda minta pertolongan darinya sehingga kena tinggikan suara. Namun kalau nak meluntur buluh biarlah dari rebungnya. Kalau nak anak jadi rajin kenalah dilatih dari awal. Jadi bagaimana caranya ya? Untuk permulaan boleh cuba cara ini.
1.Pertandingan kemas rumah
Kanak-kanak memang suka bermain. Mungkin anda boleh lakukan tugasan di rumah sebagai suatu permainan yang menyeronokkan. Misalnya, permainan mengutip barang permainan yang bersepah. Siapa yang dapat mengumpul barang permainan paling banyak akan menjadi pemenang. Pastinya mereka akan seronok melakukan aktiviti ini bersama adik-beradiknya yang lain.
2.Ganjaran
Ganjaran dikatakan tidak digalakkan untuk kanak-kanak, namun tidak salah sekali kala memberi ganjaran kepada usahanya. Misalnya berjaya menyiapkan tugasan seperti mengemas bilik, lap meja makan dan membuang sampah. Atas kejayaannya anda boleh membawanya ke satu tempat yang menarik, memberinya kek atau makanan kegemarannya. Dalam pada itu, jangan lupa lihat hasil kerjanya dengan perasaan gembira walaupun ada yang anda tidak puas hati. Apa yang jelas, kanak-kanak akan berasa gembira apabila usahanya dihargai. Cara ini membuatkan ia berasa bangga dan yakin diri. Sebaliknya akan sedih dan kecewa apabila usahanya tidak dihargai dan mendapat cemuhan daripada anda. Apa yang pasti, dalam usia ini, kanak-kanak sepatutnya dididik supaya menghargai hasil kerjanya.
3.Tunjukkan pencapaian kejayaan
Bukan mudah untuk menyuruh anak terutamanya lelaki menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru tadikanya. Ada sahaja alasan tidak mahu melakukan kerja sekolah. Oleh itu, anda perlu tunjukkan kepadanya situasi bagaimana kejayaan jika bersikap rajin. Jelaskan juga kesan negatif jika bersikap malas. Katakan kepadanya, jika adik mahu berjaya menjadi angkasawan atau peguam mesti rajin baca buku dan menyiapkan kerja sekolah. Sebaliknya jika bersikap malas segala cita-cita yang diimpikan tidak akan berjaya.
4.Intonasi suara
Biasanya kanak-kanak yang rajin akan melakukan kerja yang diberi dengan kemas dan penuh keseronokan. Bagi kanak-kanak yang bersikap malas pula, hasil kerjanya tidak memuaskan dan tidak teratur kerana menganggap tugasan itu satu bebanan kepadanya.
Oleh itu, pastikan intonasi suara anda bukan keadaan marah semasa memberi arahan. Lumrah bagi kanak-kanak suka apabila dirinya diberi arahan dengan intonasi suara yang mesra. ‘Abang long, boleh tolong mama kemas meja makan ini sekarang.
5.Pujian
Kanak-kanak suka kepada pujian. Selepas selesai melakukan tugasan yang diberi, berikan pujian kepadanya. Lakukan begitu setiap kali berjaya melakukan tugasan dengan baik iaitu mengemas katil, bilik atau permainan yang berselerak. Jelaskan kepada mereka bahawa berjaya melakukan tugasan pada masa yang ditetapkan adalah seorang anak yang baik.
6. Membantu lakukan tugasan
Kadang kala, arahan anda tidak diendahkan oleh anak. Jangan mudah untuk meninggikan suara. Misalnya jika dia tidak mahu mengemas biliknya. Oleh itu, anda perlu melakukan tanpa membebel atau memarahinya. Pada masa yang sama mengajaknya untuk membantu anda. Tindakan ini adalah cara psikologi supaya anak akan merasa rasa bersalah apabila melihat anda pula yang mengemas biliknya. Lama-kelamaan, cara ini akan membuatkannya berubah sikap mahu melakukan kerja yang diberi oleh anda.
7.Persekitaran bersih
Kaitkan kehidupan dengan persekitaran yang sihat. Jelaskan kepadanya setiap manusia perlu hidup dalam suasana yang ceria dan sihat. Oleh itu, persekitaran rumah perlu bersih. Kaitkan dengan persekitaran yang bersih akan membuatkan badan sihat dan mengelak daripada batuk dan demam. Oleh itu, untuk menjadikan sihat, seorang itu perlu rajin membersihkan rumah supaya persekitaran bebas daripada bakteria. Badan yang sihat mampu meningkatkan sistem imun badan.
8. Idola pembakar semangat
Kanak-kanak memang terkenal dengan sikap yang suka meniru perwatakan orang lain. Untuk mendidik dirinya bersikap rajin, anda cuba mencari idola yang disukainya. Jelaskan sikap positif idolanya untuk dicontohinya misalnya rajin menolong ibu bapa mengemas rumah. Beritahu kepadanya bahawa jika bersikap rajin dirinya akan disukai oleh semua orang. Untuk memudahkan anak faham, jelaskan dalam bentuk yang ringkas dan mungkin penceritaan supaya anak anda mudah memahami perwatakan idola kesukaannya.
________________
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dalam hidup ini ilmu adalah penting. Bak kata pepatah kejarlah ilmu walau sampai ke negara China. Isteri kepada penyanyi Tomok, Rahayu Abas berkongsi di Instagram miliknya bahawa walaupun dirinya bergelar seorang suri rumah, namun dia tidak mengabaikan kepentingan ilmu.
Ayu berharap tidak ada pihak yang mempersoalkan keputusannya untuk jadi suri rumah. Malah dia sempat ingatkan para pengikutnya di Instagram bahawa ilmu itu penting dan menjadi salah satu jaminan untuk kehidupan yang lebih baik.
Jelasnya lagi, dia tidak pernah meninggalkan apa yang telah dipelajari sebelum ini dan akan pastikan akan mengajar anak-anak, menolong suami dan keluarga dengan ilmu yang ada.
Sempat menitipkan nasihat buat semua di luar sana agar terus menimba ilmu setinggi yang mungkin tanpa memikirkan apakah yang akan berlaku pada masa hadapan.
“Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Major : Rangkaian Komputer) -UTM Skudai, MRSM Pengkalan Chepa.
“Jangan tanya dibu why i became housewife with those cert i had…
“Pengalaman bekerja memang banyak dari profesional sampai lah orang bawahan tetapi saya gembira gembira.
“Sekarang apabila menjadi seorang suri rumah saya dapat menjaga suami, anak-anak dan juga ibu bapa saya.
”Walaupun hanya menjadi suri rumah tangga sepenuh masa. Ingat! EDUCATION tu penting it is sort of our INSURANCE of life..
“Tidak kira kat mana kita berada ilmu tu berguna. Kita tak tahu masa depan tapi kita mampu merancang.
“Saya tidak ‘membuang’ apa yang saya telah belajar sebelum ini tetapi saya akan pastikan untuk mengajar anak-anak saya, tolong suami dan keluarga.
“Tanpa ILMU saya tak rasa saya akan berjaya menguruskan kehidupan saya dengan baik. Ini adalah apa yang saya belajar menerusi pengalaman.
“Nasihat dibu untuk semua kat luar sana… Belajarlah dan timbalah ILMU setinggi mana yang kamu mampu tanpa memikirkan apakah yang akan kamu jadi pada masa depan.
“Tidak kira apa jantina atau status kamu tapi juga tidak bermakna kamu tidak mempunyai matlamat dan impian dalam kehidupan,” luah Ayu di Instagram.
Tomok dan ayu mendirikan rumah tangga pada 1 Julai 2011. Hasil perkahwinan pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata Arrianshah Akid, 8 tahun dan Andrashah Iman, 5 tahun.
Memang bijak-bijak anak-anak Tomok dan Ayu. Dari kecil memang suka tengok video-video yang dimuat turun oleh Ayu tentang cara dia mengajar anak-anaknya. Keputusan Ayu seharusnya dihormati semua, meninggalkan kerjaya menjadi suri rumah dan menjaga rumah tangga di samping membesarkan anak-anak adalah suatu pengorbanan yang cukup besar buat seorang wanita yang bergelar isteri.
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.