
Gambar Hiasan
Dalam cuaca tak menentu macam sekarang, keselamatan keluarga memang kena letak nombor satu. Kadang kita ingat cuti hujung minggu atau short getaway boleh hilangkan penat, tapi bila Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sudah keluarkan amaran hujan berterusan tahap BAHAYA, ini masa untuk ‘pause’ dan fikir balik.
Bila hujan sangat lebat berlaku tanpa henti, risiko banjir kilat, tanah runtuh, jalan terputus, pokok tumbang semua tu boleh jadi dalam beberapa minit sahaja. Kita mungkin rasa tempat yang nak pergi tu “ok je”, tapi laluan nak ke sana belum tentu selamat.
Dengan amaran rasmi yang melibatkan bebeberapa negeri jadi peringatan bersama demi keselamatan keluarga.
Kalau boleh, elakkan dulu travel yang tak penting. Simpan keluarga dekat dengan kita, pantau update cuaca, dan pastikan semua barang kecemasan ready.
Cuti boleh ditunda. Keselamatan keluarga tak boleh diganti.
Hujan sangat lebat berterusan dijangka berlaku di negeri Kedah (Kulim dan Bandar Baharu) • Pulau Pinang • Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak) • Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh) sehingga Selasa, 25 November 2025.
Hujan lebat berterusan dijangka berlaku di negeri Perlis • Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik dan Baling) • Perak (Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim) • Kelantan (Jeli, Tanah Merah, Machang dan Kuala Krai) • Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun) • Selangor (Sabak Bernam) sehingga Selasa, 25 November 2025.
I) Hujan berterusan dijangka berlaku di negeri Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong dan Temerloh) • Selangor (Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Gombak) sehingga Isnin, 24 November 2025.
II) Hujan berterusan dijangka berlaku di negeri Kelantan (Gua Musang) • Terengganu (Kemaman) sehingga Rabu, 26 November 2025.
Dikeluarkan pada: 4:15 petang, 23 November 2025
Sumber: FB Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)