Rumah kalau ada bunga bertambah sikit serinya. Cuma susun atur kena kemas baru sedap mata memandang.
Namun jika isteri nak buat sendiri rak bunga bertingkat agak terhad sikit. Jadi apa kata suami boleh tolong isteri realisasikan impian untuk rumah nampak cantik.
Perkongsian dari seorang suami, saudara Abdul Hadi dengan membuat rak pasu DIY dari paip PVC ini sangat cantik dan cukup mudah!
Kali ni nak share rak pasu diy dari paip pvc permintaan isteri tersayang.
Sambung-sambung paip PVC, alaskan kayu spin terpakai dan skru. Jadi lah rak pasu bunga ni. Sesuai untuk pasu yang agak kecil dan ringan.
Pemasangan fitting ni agak ketat. Memang tak guna gam langsung. Cuma kayu tu kita skru kan ke paip untuk lebih kukuh. Ada kayu yang disusun melintang, ada yang menegak untuk pastikan bahagian kiri, kanan, depan & belakang secure.
Ads
Cuma bab nak angkat kena pastikan hati-hati. Boleh tercabut kalau berat sebab tak gam.
Next time nak adjust tinggi atau extend mana-mana bahagian, boleh cabut semula.
Ads
Dan boleh juga kalau pasangkan roda untuk mudah alih. Supaya lebih selamat, ikatkan pada dinding belakang supaya tak mudah tumbang ke depan.
Fittting tu semua beli online kat shoppe saiz 3/4 inci.
Kalau dulu majlis konvo tu biasanya dibuat untuk graduan-graduan yang bakal terima diploma, ijazah dan yang seangkatan dengannya di universiti. Tapi sekarang budaya konvo ni bukan sahaja di peringkat institusi pelajaran yang tinggi sahaja, malah dari tadika sampailah sekolah menengah semua pakat berlumba buat majlis.
Dari dewan biasa sampailah ke hotel menjadi lokasi untuk membuat majlis-majlis sebegini. Sampaikan baru-baru ini tular beberapa kisah yang meruntun hati warganet. Ada yang terpaksa bawa motorsikal bos ke majlis konvo tadika anak dan ada pula yang ayahnya menyamakan jumlah untuk membeli jambangan bunga sama dengan 20 kilo beras. Ternyata trend ini bukan sesuai untuk semua orang. Bagi sesetengah pihak ia lebih kepada membebankan.
Bagaikan terpanggil untuk membuka mata ibu bapa tentang isu ini, perkongsian daripada seorang wanita di Facebook ada benarnya. Menurut Noridawati Awang majlis konvokesyen yang dahulunya dilihat gah serta eksklusif tidak lagi dipandang sebegitu susulan budaya terbaru yang memulakan majlis graduasi di peringkat tadika dan juga sekolah rendah.
Menurutnya lagi bukanlah salah untuk meraikan pelajar-pelajar itu tapi perlulah mengikut kemampuan ibu bapa mereka kerana tidak semua berasal dari keluarga yang senang. Wanita itu juga berharap perkongsian tersebut dapat membuka mata semua.
Tenyata perkongsian yang dibuat mendapat respon yang menyatakan persetujuan. Lebih daripada 5 ribu komen diterima dengan 14 ribu perkongsian dibuat. Ramai yang berkongsi pendapat masing-masing tentang majlis konvo untuk anak-anak kecil yang menjadi trend pada masa kini.
Dah nak habis penggal persekolahan tahun ini, moga tahun-tahun hadapan tak ada lagi isu sebegini. Seperti kata Noridawati, tak salah pun nak buat majlis konvo untuk anak-anak murid. Tapi kalau boleh buatlah yang ikut kemampuan semua.
Selalu sangat kita dikejutkan dengan kes penderaan yang berlaku sama ada di taska mahupun di rumah pengasuh. Hal ini menjadi dilema buat ibu bekerjaya kerana terpaksa meninggalkan anak untuk ke pejabat.
Terpaksa pujuk hati sendiri dan lapangkan dada ketika menghantar anak di bawah jagaan orang lain. Isu penderaan ini bukan saja menyebabkan kecederaan bahkan ada juga sehingga menyebabkan maut. Pelakon dan usahawan jelita, Nur Fazura turut terkesan dengan hal ini.
Fazura melalui akaun TikToknya telah memuatnaik sebuah video yang memberi pesanan kepada semua pemilik taska dan pengasuh untuk memegang amanah dan menjaga anak-anak asuhan dengan baik.
Tonton video ini;
Kata Fazura, sayangilah anak-anak asuhan yang diberi kepercayaan kepada para pengasuh dan pemilik taska oleh ibu bapa mereka. Turut mengatakan, jagalah anak-anak mereka dengan baik kerana Allah SWT sentiasa melihat.
“Saya geram dan sakit hati sebab lately ni banyak sangat isu bila ibu bapa hantar anak ke taska tetapi dalam masa singkat, anak-anak cedera. Kena pukul sampai meninggal dunia semua.
Pesanan ya untuk semua yang bekerja di taska, nak buka taska ke, kalau tak ada rasa nak jaga orang, tak payahah jaga. Tolonglah.”
Tambahnya lagi, bukan mudah untuk mendapatkan cahaya mata. Penat melalui proses melahirkan dan nak besarkan anak. Ada juga pasangan yang menunggu sehingga bertahun-tahun, bila hantar anak ke taska dua tiga hari, anak pula cedera teruk.
“Yang baru-baru ni sampai tempurung kepala cedera, koma dan ada yang sampai meninggal dunia. Lepas tu, terbaru kurung anak-anak kecil dalam bilik tanpa berikan makanan dan sebagainya.”
Pada perkongsian itu juga, isteri kepada aktor, Fattah Amin, juga mengakui dia marah dan terkilan dengan sikap pengasuh dan pemilik taska yang tidak bertanggung jawab.
Antara komen yang ada;
“Jangan pentingkan diri sendiri. tahu la nak cari rezeki, tapi carilah rezeki dengan ikhlas. Kalau tak nak kerja jaga bayi, tolonglah cari kerja lain.”
Akui Fazura, dia dia memang kecewa dan sakit hati. Sebagai ibu, dia terasa sakit hati dengan kejadian sebegini. Turut menitipkan pesanan, buat semua pengasuh dan pemilik taska, carilah orang yang betul-betul ikhlas untuk menjaga anak asuhan.
Siapa yang tak kenal dengan pelakon dan usahawan, Datin Almy Nadia sekali lagi berkongsi momen yang menyentuh hati kali ini mengenai kejayaan anak ketiganya yang menerima anugerah akademik di sekolah.
Kalau ikutkan, Almy memang rajin kongsi rutin harian sebagai seorang ibu; dari bab bangunkan anak awal pagi, hantar ke sekolah, bawa pergi kelas, ulang-alik ambil mereka walaupun jadual sendiri padat.
Ramai yang tahu, perjalanan seorang ibu ni bukan kecil anak letih, penat, dan kadang-kadang hilang ‘me time’. Tapi semua tu hilang bila nampak hasilnya.
Hari ini, hasil itu datang dalam bentuk satu pengiktirafan yang buat hati seorang ibu cair anak menunjukkan kecemerlangan dalam pelajaran. Bersyukur dengan rezeki ini, Almy berkongsi rasa hatinya di media sosial.
“Tahun ni Alhamdulillah syukur ada manis-manis di hujung tahun. Buah tangan daripada tiga beradik ini buat mama papa happy @fizzfairuzofficial. Alhamdulillah. Tahun depan usaha lagi ok anak-anak,” tulis Almy.
Kongsi Almy, kejayaan tiga anaknya menerima anugerah akademik menjadi motivasi buat dia dan suaminya untuk terus mendidik anak-anak dengan kasih sayang dan disiplin.
Sederhana tapi penuh makna, kerana hanya ibu bapa yang tahu betapa besarnya nilai satu sijil di sebalik pengorbanan masa, tenaga dan doa yang tidak pernah putus.
Aktres ini berkongsi foto Nur Afrina Arianna, 10; Nur Afrina Aurora, 9; Nur Afrina Ayra, 7; dengan trofi akademik cemerlang daripada pihak sekolah.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah buat tiga anak perempuan aktres siri popular Dunia Baru itu.
Anak tidak perlu belajar selama berjam-jam setiap hari. Cukup 20–30 minit tetapi secara konsisten. Konsistensi membentuk disiplin dan fokus.
Otak kanak-kanak tidak dapat berfungsi dengan baik jika kurang tidur. Pastikan mereka tidur awal supaya bangun segar dan fokus di sekolah.
Bukan sekadar menyekat penggunaan gajet, tetapi mengurangkan pendedahan supaya otak tidak terlalu terangsang. Kualiti belajar akan lebih baik.
Luangkan sekurang-kurangnya 10 minit sehari. Bila anak lihat ibu bapa suka membaca, mereka akan meniru. Tabiat membaca ini bantu akademik mereka secara konsisten.
Tidak perlu hadiah mahal — peluk, puji atau bawa anak makan aiskrim pun cukup. Penghargaan kecil menaikkan motivasi mereka.
Setiap anak unik. Ada yang visual, ada yang kinestetik, ada yang auditori. Faham gaya belajar mereka untuk memudahkan proses pembelajaran.
Tak perlu bilik khas. Meja kecil pun sudah memadai — janji kemas, tidak banyak gangguan dan anak tahu itu ‘zon belajar’ mereka.
Setiap anak berkembang pada kadar berbeza. Fokus pada kemajuan diri mereka sendiri, bukan perbandingan dengan orang lain.
Tanya guru tentang perkembangan anak. Kadang-kadang guru perasan perkara yang ibu bapa tak sedar di rumah.
Usaha dan doa mesti seiring. Kecemerlangan bukan sekadar A di atas kertas, tetapi hati anak yang lembut, beradab dan yakin diri.
Kisah Almy Nadia yang terharu dengan kejayaan anaknya ini memberi inspirasi kepada ibu bapa lain untuk terus mendidik anak-anak dengan sabar dan konsisten. Anugerah akademik bukan hanya simbol kejayaan, tetapi hasil daripada kasih sayang dan doa yang tidak pernah putus.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!