“Ambil Video Sebagai Bukti” Anak Sedang Tidur Tercampak Selepas Kereta Dilanggar Pemandu Mabuk

Share

Lagi kes kereta dilanggar oleh pemandu yang berada di bawah pengaruh alkohol dan kali ini video yang viral jelas sekali menunjukkan pemandu itu berada dalam keadaan mabuk.

Video yang dimuat naik oleh pengguna Facebook, Mhd Shah, bagaimanapun tidak menyatakan lokasi dan tarikh kejadian.

Berdasarkan klip video itu, mangsa berkata dia berada di dalam kereta bersama dengan isteri dan anak kecilnya menunggu lampu isyarat merah.

Secara tiba-tiba kereta mereka dilanggar dari belakang dan menyebabkan anak mereka yang sedang tidur tercampak ke depan.

Walaupun kemalangan itu tidak menyebabkan kerosakan yang teruk, tetapi keadaan pemandu wanita itu yang berada dalam keadaan mabuk mengundang kemarahan mangsa.

“Dahlah anak saya tengah tidur, tercampak. Ini siapa nak bayar ni? Bapak kau nak bayar ke?!” kata mangsa.

“Kalau anak I mati tadi macam mana?!” tambah isterinya.

“Ini sikit saja. Okey, tak mau cakap, boss mali,” kata wanita mabuk itu.

Jelas sekali dalam video itu wanita berkenaan berjalan dalam keadaan terhuyung-hayang.

Di media sosial, netizen menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap pemandu terbabit yang jelas sekali berada di bawah pengaruh alkohol dan video viral itu boleh dijadikan sebagai bukti.

Sumber: Thereporter,Mhd Shah

IKLAN