Baru sahaja disahkan hamil beberapa hari, pelakon cantik jelita, Amyra Rosli terpaksa reda kandungan ketiganya mengalami keguguran.
Perkara itu disahkan sendiri oleh Amyra menerusi akaun Instagramnya pagi tadi.
Tambah ibu kepada dua cahaya mata ini lagi, dia reda dengan kehilangan itu malah sudah bertemu dengan doktor untuk proses selanjutnya.
“Awak singgah sekejap je dalam perut mommy pastu awak pergi. Comel la awak ni,” tulisnya di kapsyen.
Ads
Biar pun tidak punya rezeki untuk menambah zuriat ketiganya namun kata Amyra dia akur dengan ketentuan Ilahi dan tetap positif dan menganggap masih belum punya rezeki untuk menambah cahaya mata ketiga mereka bersama suami.
“Tak ada rezeki.
Ads
“Xpe, kita focus rezeki yang ada sekarang & shooting dulu! Lets go,” tulisnya.
Menerusi entri yang sama juga, Amyra turut mengesahkan kehilangan itu menerusi doktor yang merawatnya di sebuah hospital.
Ads
Menerusi tanda pagar yang dikongsikan Amyra, difahamkan Amyra mengalami chemical pregnancy yang merupakan keadaan di mana keguguran berlaku pada peringkat awal kehamilan sejurus selepas inflantasi berlaku.
Terdahulu, Amyra dan Amar Baharin mendirikan rumah tangga pada 11 November 2016. Pasangan ini dikurniakan dengan dua orang cahaya mata, Afeeq Anaqi dan Ayra Aryssa.
Anemia atau lebih dikenali sebagai masalah HB rendah banyak dihadapi oleh ibu-ibu hamil. Walau pun ia masalah yang biasa, perkara ini tidak semestinya diambil mudah. Dalam jangka masa panjang jantung ibu boleh jadi lemah dan rosak!
Pemeriksaan paras HB sememangnya menjadi rutin setiap kali ke klinik ibu dan anak. Ini menggambarkan betapa pentingnya paras sel darah merah kepada ibu hamil dan janin. Rendah atau kurang memberikan impak yang besar kepada kesihatan ibu dan anak. Ia perlu diatasi segera.
Dr Aimi Jaafar dari Klinik Taqwa Bangi berkongsi mengenai anemia kepada wanita hamil. Antara fakta yang dikongsikan ialah jantung ibu boleh rosak (heart failure) selepas beberapa tahun.
Anemia Pada Wanita Hamil KESAN ANEMIA
Anemia adalah keadaan di mana darah merah dalam badan tidak cukup dari segi kuantiti atau kualiti untuk membawa oksigen (makanan) kepada sel di seluruh badan. Apabila sel tidak dapat oksigen yang cukup, ini boleh mengganggu banyak fungsi penting dalam badan, termasuk organ-organ tertentu.
ANEMIA MENJADIKAN DARAH IBU CAIR
Wanita hamil memang berisiko mendapat anemia ini, disebabkan badan menghasilkan lebih banyak darah untuk disalurkan kepada 2 tubuh. Sekiranya ada kekurangan nutrisi tertentu pada ibu, darah boleh menjadi terlalu cair, dan menyebabkan Hb rendah.
Seperti air kopi yang ditambah air, tapi tidak serbuknya. Ianya boleh jadi kondisi yang ringan dan mudah dirawat, tapi boleh juga menjadi masalah serius.
PARAS HB IBU HAMIL
RINGAN : HB 9 – 10.9
SEDERHANA : 7 – 8.9
BERAT : 4 – 6.9
SANGAT BERAT : <4
HB BAWAH 7g/dL JANGAN AMBIL RINGAN
Anemia tidak seharusnya diambil ringan ibu hamil, terutamanya yang sangat rendah (Hb < 7g/dL).
Komplikasi anemia kepada anak dalam kandungan:
1. Boleh menyebabkan pertumbuhan anak terbantut.
2. Anak gugur.
3. Anak meninggal dalam perut.
Komplikasi anemia kepada si ibu:
1. Jantung lemah dan rosak (heart failure), kalau tak nampak sekarang, akan kelihatan dalam masa beberapa tahun akan datang.
2. Mudah dijangkiti kuman, disebabkan sistem imun badan yang lemah.
3. Kontraksi pra matang.
4. Masalah kesihatan lain.
LANGKAH RAWATAN
Selalunya doktor akan berikan nasihat pemakanan dan nutrisi dahulu, termasuk supplement. Kalau memang iron yang terlalu rendah, ada juga iron injection. Jarang diberi, tapi tengok kes.
Kalau hb terlalu rendah, beserta dengan gejala, dan perlukan transfusi darah, teruskan lah. Ia bukan sahaja untuk menyelamatkan nyawa anda dan bayi sekarang, tapi untuk akan datang juga.
P/s: Ada beberapa kes saya jumpa yang enggan menerima blood transfusion walaupun bacaan Hb hanya 6 lebih. Saya tak pasti apa sebab keengganan ini. Tapi memang amat merisaukan.
Sumber: Dr Aimi Jaafar
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Isteri hamil perlukan peranan suami sepanjang kehamilan. Hal ini kerana wanita lebih sensitif semasa sedang hamil yang disebabkan oleh perubahan dalam hormon mereka. Semasa hamil, isteri perlu menanggung kesakitan, kerap berjumpa doktor dan kadang-kadang sering keletihan. Justeru itu, sebagai suami, anda perlulah menunjukkan sokongan anda kepada pasangan dan meringankan beban kehamilan isteri.
Baby yang dikandung isteri adalah anak bersama. Tak rugi suami menunjukkan kasih sayang pada isteri. Isteri yang bahagia akan melahirkan anak yang stabil emosinya.
Tonton video ini:
Wahai para suami, please take note. Kasihanilah isteri kalian. Fahami keadaan ibu mengandung, pelajari bersama-sama ilmu kehamilan dan kelahiran . Isteri bahagia akan jadi ibu yang hebat.
Para suami perlu ambil tahu dan main peranan dalam memastikan isteri dapat melalui fasa kehamilan dalam keadaan tenang sehinggalah saat melahirkan. Terdapat 7 perkara yang boleh dilakukan oleh suami mengikut saranan Doktor Lily:
Anemia ialah suatu keadaan di mana ada kekurangan kandungan sel darah merah di dalam darah. Apabila berlaku, ia boleh mengakibatkan si pesakit kelihatan pucat dan mudah rasa penat. Atas sebab inilah, para wanita hamil perlu sentiasa menjaga paras hemoglobin (Hb) agar tidak rendah.
Sekiranya tahapnya rendah atau di paras yang berkemungkin akan terus turun serta tidak dirawat daripada awal, ketahuilah kesan yang bakal menyelubungi anda adalah bayi boleh dilahirkan awal (pramatang), bayi lahir dengan berat lahir yang rendah atau bayi itu sendiri berkeadaan pucat.
Risiko kepada diri anda sendiri pula bakal mendedahkan kepada proses pemindahan darah. Hal ini perlu dilakukan kelak bagi memastikan anda cukup darah. Selain itu ada juga kes di mana wanita hamil yang mengalami anemia ini lebih cenderung untuk mengalami masalah kemurungan selepas bersalin.
Pasti anda tidak mahu ia berlaku ke atas diri anda, bukan? Paling membimbangkan ialah anemia turut menyumbang kepada kes di mana rahim lambat mengecut selepas kelahiran. Keadaan ini turut dikenali sebagai uterine atony.
Antara makanan yang disarankan untuk naikkan HB ibu hamil;
Tembikai
Buah ini kaya dengan vitamin A. Selain daripada terkenal sebagai berkesan dalam memperbaiki kesihatan mata, ia juga berkesan membantu meningkatkan jumlah sel darah merah. Ia dapat menolong zat besi dalam hemoglobin untuk mengikat oksigen.
Jambu batu
Buah-buahan mempunyai vitamin C yang membantu dalam fungsi penyerapan zat besi ke dalam tubuh. Dikatakan, jambu batu memiliki kandungan viramin C dua kali lebih banyak daripada yang terkandung di dalam buah oren.
Buah-buahan kering
Ia amat sesuai untuk jadikan kudapan kerana ia juga membantu menambah darah. Ambillah kismis, kurma, prun, aprikot dan buah tin. Kesemua jenis buah-buahan kering bukan sahaja sedap, malah ia turut memiliki kandungan zat besi yang baik untuk meningkatkan hemoglobin dalam darah.
Ikan
Ikan mengandungi asid lemak omega-3. Sebagai contoh, ikan salmon. Ia turut mengandungi vitamin B12 yang bagus untuk fungsi pembentukan sel-sel darah. Lebih daripada itu, apa-apa jenis ikan pun baik untuk wanita hamil kerana ia adalah makanan yang rendah kolesterol.
Daging merah
Daging merah seperti lembu, kambing dan kerbau kaya dengan protein dan mengandungi banyak zat besi serta mineral lain termasuklah vitamin A, D, K, B2, B3, B6 dan B12; asid amino, omega-3 dan selenium yang diperlukan oleh golongan ibu hamil. Kesemua ini mampu meningkatkan hemoglobin.
Sayur-sayuran berdaun hijau
Sayur mengandungi zat besi yang tinggi adalah terdiri daripada sayur yang berdaun hijau. Contohnya, bayam, brokoli, kangkung dan sawi. Selain daripada itu, sayur-sayur ini mengandungi kandungan asid folik semula jadi yang baik untuk kesihatan ibu hamil dan perkembangan bayi dalam kandungan.
Kentang
Sayur berubi ini mengandungi zat besi dan vitamin C yang boleh membantu meningkatkan penyerapan zat besi dalam tubuh.
Kuning telur
Telur mengandungi protein, kalsium, vitamin, mineral dan zat besi. Sebaik-baiknya dapatkan telur yang telah diperkaya dengan omega-3.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!