Percutian bersama keluarga terutama bawa anak kecil mesti rancang awal. Bukan sahaja perlu cari tempat yang sesuai tapi harus fikirkan keperluan anak untuk makan atau keselesaannya juga.
Jika semua ini diambil kira, tiada masalah. Bagi pelakon Amyra Rosli dan Amar Baharin, percutian ke London dengan membawa anaknya, Aqeef Anaqi antara satu pengalaman menyeronokkan.
Melihat keletah Anaqi yang dah pandai bawa diri, tiada masalah untuk Amyra dan Amar menguruskannya.
Apa yang menarik, dalam mood sedang bercuti, Amyra tetap menyediakan makanan berkhasiat untuk anaknya walaupun Anaqi dah boleh makan macam-macam.
Ads
Bagi Amyra makanan anak sangat penting bila bercuti ke luar negara. Mungkin stok makanan yang di bawa boleh dijadikan kudapan untuk anak, tapi untuk menu yang mengenyangkan memasak adalah satu alternatif.
Dalam perkongsian di instagramnya menunjukkan Amyra sedang memasak bubur nasi untuk Anaqi dengan mencampurkan kentang, lobak merah, hirisan ayam dan bayam.
Ads
Bagi sesetengah orang alasan tak cukup masa nak masak, namun semangat Amyra dia nak pastikan Anaqi sentiasa kenyang dan tak mudah merengek. Baru mudah untuk bawa berjalan.
Tip ini juga antara yang selalu dikongsikan oleh ibu-ibu yang ada anak kecil ketika bawa bercuti.
Kadang-kadang anak kecil, walaupun dah makan macam-macam, mereka perlukan juga makanan yang mengenyangkan. Sebab itu, ibu bapa yang nak bawa anak bercuti harus fikirkan semua ini.
Sumber: ig amyrarosli
Ads
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tanpa sedar kita menuduh mereka nakal dan keras kepala. Tiada anak yang semulajadi nakal. Fitrah anak itu bersih. Hati mereka asalnya putih. Sehinggalah cara kita respon pada mereka membuatkan mereka tersentak dan menyerapnya!
Cara kita REACT dengan kemahuan mereka Cara kita RESPON dengan tangisan mereka Cara kita MELAYAN karenah mereka Cara kita MELAYAN ibunya Cara kita MELAYAN bapanya Cara kita MELAYAN adik beradiknya Cara kita MELAYAN orang di sekelilingnya
Semua itu diserap dan direkod sempurna!
Sampai masanya nanti semuanya akan dihambur dan dipraktikkan pula. Tanpa sedar kita menuduh mereka nakal dan keras kepala.
Tanpa kita muhasabah pada diri kita
Tanpa kita selidik kesalahan kita
Tanpa kita perhati GAYA PARENTING kita
Tanpa kita terima ianya datang daripada diri kita!
Perkembangan anak dari mula dilahirkan sehingga mampu berdikari, banyak fasa sebenarnya ibu bapa kena lalui dan hadap. Bukannya anak membesar ikut usianya terus pandai buat macam-macam.
Dalam tempoh nak belajar dan pandai sesuatu kemahiran itulah, ibu bapa kena letak ‘sabar’ pada level tertinggi.
Seperti yang dikongsikan oleh Terapis Cara Kerja (Pediatrik), Puan Maryam Jamadi, nak anak pandai cakap, pandai jalan, pandai makan, pandai urus diri semua itu ibu bapa kena bersedia hadap dulu. Jangan terlalu sekat hingga anak tak boleh nak belajar.
Ingat beri kebebasan tetapi dalam masa sama pantau. Jangan pula salah anggap ya!
HADAPLAH DAHULU
Nak anak pandai cakap, kena hadap fasa anak masukkan benda/tangan dalam mulut dahulu.
Nak anak pandai jalan, kena hadap fasa anak mengesot dan merangkak merata-rata di dalam rumah dahulu.
Nak anak pandai makan nasi tanpa tertumpah, kena hadap anak mengutip apa-apa benda-benda kecil yang dia nampak dahulu.
Nak anak pandai pegang pensil, kena hadap anak asyik nak memanjat dan bergayut dahulu.
Nak anak pandai bersosial dengan kawan-kawan, kena hadap anak yang asyik nak berkepit dan peluk setiap masa dahulu.
Nak anak pandai makan tak memilih sangat, kena hadap anak yang asyik nak “rasa-rasa” benda yang dia pegang dahulu.
Nak anak pandai uruskan diri, kena hadaplah anak mengamuk nak buat semua benda sendiri walaupun belum pandai dan susah.
Nampak kan? Setiap apa yang anak lakukan semasa dari bayi ada sebabnya dan kesannya terhadap perkembangan. Bila kita sekat fitrah anak, pasti kesannya akan dapat dilihat di masa akan datang seperti,
– Lewat bercakap – Memilih makan – Masalah pegangan pensil dan menulis – Lewat berjalan – Masalah gayat – Terlampau takut dengan orang lain – Lewat skil pengurusan diri
Tetapi sebagai mak ayah, tak adalah semua perkara anak nak buat kita benarkan contohnya anak nak gigit selipar pun kita biarkan ataupun anak panjat gril sampai ke siling pun kita biarkan.
Perlu jadi mak ayah yang bijak, kenalpasti keselamatan anak dahulu barulah benarkan anak meneroka.
Banyak sangat kes yang melibatkan isu-isu di atas bila mak ayah kurang ilmu dan tak tahu kepentingan setiap perkara yang anak lakukan dari lepas lahir pasti ada sebabnya.
Tapi jangan pula masyarakat menuding jari hanya pada mak ayah bila jumpa anak yang mempunyai masalah perkembangan sebab ada juga kes dimana mak ayah dah buat segala macam cara dari bayi tapi anak tetap terlewat perkembangan.
Masalah kelewatan perkembangan ada pelbagai faktor, ini hanyalah antara beberapa faktor yang boleh menjadi punca kelewatan perkembangan.
Apa yang kita boleh lakukan sebagai mak ayah / penjaga adalah:
1. Sentiasa belajar, belajar dan belajar tentang ilmu perkembangan anak.
2. Rangsang perkembangan anak mengikut umurnya.
3. Selalu periksa perkembangan anak, kini semuanya di hujung jari.
4. Dapatkan bantuan segera sekiranya perasan anak terlewat 6 bulan dari umurnya. Semakin cepat dapatkan rawatan, semakin cepat hasilnya.
Jika ibu dikatakan insan paling banyak berkorban dalam membesarkan anak-anak. Namun jangan dilupakan jasa seorang lelaki bergelar ayah. Figura ayah memainkan peranan yang cukup besar dalam membesarkan anak-anak.
Mental dan emosi anak kecil banyak dipengaruhi oleh cara didikan seorang ayah. Disebabkan itulah ayah menjadi insan paling rapat ketika anak-anak sedang membesar. Buktinya ternyata anak lebih gemar bermain dengan ayah berbanding ibu. Atas dasar itulah, ayah seharusnya menjadi ikon dan contoh paling baik pada anak-anak.
Penulis keibubapaan, Pn Wan Nur Syakira berkongsi tip yang boleh diaplikasi ayah agar menjadi contoh kepada anak-anak yang sedang membesar.
Patut la anak suka bermain dengan ayah berbanding ibu. Ini kerana cara ayah bermain yang sedikit kasar dan lasak dalam games fizikal buat anak rasa lebih puas dan lebih enjoy bermain.
Patut la, memang fitrah kanak-kanak lebih suka aktiviti fizikal berbanding aktiviti berfikir jika main dengan ibu. Rugi la jika ayah tak luangkan masa bermain dengan anak seawal usia 0-3 tahun.
Ada kajian yang di lakukan oleh universiti di cambridge dan kerjasama dengan Lego Foundation mendapati bahawa anak yang selalu dapat Kualiti Playtime dengan ayah pada usia ini akan membesar dengan sangat sihat emosi dan kelakuannya.
– dia kurang tantrum
– dia kurang ganas
– dia mahir kawal emosi
– dia kurang masalah kelakuan
– dia lebih penyayang
– akhlaknya lebih baik
Berbanding dengan anak yang tidak dapat langsung kualiti Playtime dengan ayah mereka.
Ada hujahnya!
Menurut Professor Paul Ramchandani dari universiti of cambridge, games fizikal yang anak selalu main bersama ayahnya itu membantu perkembangan skil Self-Regulation.
Ini la skil yang bantu anak kita kawal tenaga dia supaya tidak terlalu kasar, kawal emosi dia supaya tidak terlalu cepat melenting dan kawal dirinya supaya jadi cepat matang.
Fuh! Besar sungguh manfaat ayah bermain dengan anak ye. Bukan sahaja manfaat dari segi fizikal tapi dari segi perkembangan emosi juga.
Tapi jujur saya kata, anak anak tak fikir sangat pun pasal perkembangan tu semua.
Apa yang diorang fikir cuma satu! Iaitu nak rasa gembira bermain bersama-sama ayahnya sahaja. Ayahkan sumber kebahagiaan setiap anak anak.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!