Anak masuk sekolah adalah tempoh yang boleh mendatangkan debaran pada ibu bapa. Tapi sebelum itu, ada beberapa persediaan pergi ke sekolah yang perlu dilakukan.

Jom ambil tahu mengenai persiapan fizikal dan perubahan emosi anak yang perlu dititikberatkan oleh ibu bapa.

Anak 1st Time Nak Masuk Sekolah, Emosi Dia Akan Terganggu? Ini Yang Boleh Ibu Ayah Lakukan

Pakaian, beg galas & barangan keperluan masuk sekolah

Apabila bercakap mengenai masuk sekolah, pasti akan terbayang segala persiapan dan persediaan untuk anak. Bermula daripada pakaian, beg sekolah sehinggalah barangan keperluan harian seperti alat tulis.

Untuk anak yang pertama kali pergi ke sekolah, pasti baju baharu akan dapat memberikan keyakinan dan kegembiraan. Sementara itu, anak yang akan memasuki prasekolah, mungkin tidak perlu beg dengan saiz terlalu besar.

Ini kerana kebanyakan prasekolah atau tadika akan menyediakan tempat untuk menyimpan peralatan. Pun begitu, anak yang bakal memasuki pendaftaran tahun 1, saiz beg haruslah bersesuaian dengan keperluan dan keadaan mereka.

Selain itu, membeli barangan keperluan harian seperti alat tulis pastinya perkara yang menggembirakan anak-anak. Ini sudah tentu kerana kepelbagaian pilihan, warna dan rekaan yang mendatangkan keterujaan mereka.

Perubahan emosi

Apabila anak masuk sekolah, ia bukan sekadar memerlukan persediaan fizikal semata-mata. Namun, ia turut melibatkan perubahan emosi si anak. Apatah lagi apabila anak mengatakan tidak mahu ke sekolah. Pastinya ia sedikit sebanyak menyebabkan kegusaran buat anda sebagai ibu bapa.

Jadi, bagaimana perlu anda mengharunginya?

Berikut beberapa petua yang boleh dicuba sebagai persediaan untuk menghadapi peralihan besar ini:

#Elakkan topik pergi ke sekolah terlalu awal

Memaklumkan anak bahawa mereka akan masuk sekolah terlalu awal adalah tidak disarankan. Melainkan anak anda sememangnya sudah menunjukkan rasa keterujaan untuk ke sekolah, maka tiada masalah untuk memberitahu mereka. Jika sebaliknya, tempoh yang disarankan adalah 1 atau 2 minggu sebelum sekolah dibuka.

IKLAN

#Sekolah baharu

Jika anak akan memasuki sekolah baharu, mungkin anda boleh membawa mereka untuk melawat atau menjelajah kawasan sekitarnya. Ia boleh membantu mengurangkan rasa takut atau berdebar dalam diri anak. Ini sekali gus membolehkan mereka untuk membiasakan diri.

#Rakan sekelas

Jika anak mempunyai rasa cemas, apa kata anda aturkan masa untuk anak bermain dengan rakan sekelasnya? Ia sekurang-kurangnya boleh membantu mereka untuk menjalinkan hubungan persahabatan. Jadi kuranglah sedikit rasa cemas apabila anak masuk sekolah nanti.

#Akui dan normalkan ketakutan anak

Apabila anak berada dalam keadaan takut atau cemas, mereka pasti akan memandang ke arah anda, bukan? Jika ia berlaku, respons anda akan memberikan kesan kepada mereka.

Ini bermakna, jika anda kekal tenang dan meyakinkan mereka, ia cenderung dapat membina keyakinan dalam diri anak. Sebaliknya, sekiranya anda sendiri berasa cemas, secara tidak langsung ia akan membuatkan anak lebih takut.

#Hindari gunakan sekolah sebagai alasan

IKLAN

Anda pasti pernah menggunakan ayat seperti “Kalau Husna nak cepat sihat dan bermain di taman permainan, kena makan ubat”, betul tak? Tetapi dalam situasi anak bakal pergi ke sekolah, ia tidak disarankan.

Jadi anda tidak digalakkan untuk menggunakan sekolah sebagai alasan.

#Ingatkan mengenai kejayaan terdahulu

Seandainya anak gementar, ceritakan kembali kisah lalu yang pada akhirnya mendatangkan pengakhiran yang baik. Sebagai contoh, jika anak akan melalui pendaftaran darjah 1, ingatkan bagaimana mereka berjaya mengharungi sesi prasekolah sebelum ini.

Yakinkan mereka pasti boleh melalui sekali lagi!

#Perkara istimewa

Jika anak tidak mahu pergi ke sekolah disebabkan kebimbangan tertentu, seperti cemburu adik boleh bermain di rumah, anda mungkin boleh fikirkan beberapa perkara istimewa. Contohnya, bagaimana anak akan dapat meluangkan masa bersama anda dalam perjalanan pergi dan balik sekolah nanti.

#Lambaian hari pertama pergi ke sekolah

IKLAN

Ini antara perkara yang paling perlu dielakkan apabila menghantar anak, terutamanya pada hari pertama masuk sekolah. Hindari daripada menunggu anak di pintu selepas menghantar mereka ke kelas. Jika anda berbuat demikian, mereka akan sukar membiasakan diri. Jadi sebaik sahaja anak sudah selamat masuk ke kelas, berikan lambaian selamat tinggal dan terus berlalu pergi.

Rutin harian pergi ke sekolah

Bagaimana pula dengan perubahan rutin harian? Ini panduan untuk anda.

Memulakan rutin

Perubahan rutin harian adalah yang paling mencabar apabila anak mula pergi ke sekolah. Jika sebelum ini anak boleh bangun lewat di waktu pagi, maka semestinya ia merupakan cabaran buat ibu bapa. Bukan itu sahaja, adakalanya ia mungkin menguji kesabaran anda.

Strategi yang terbaik dalam membiasakan diri anak dengan peralihan waktu ini adalah dengan berpegang pada jadual harian terdahulu dalam kebanyakan aspek. Sebagai contoh, tiada perubahan bagi waktu bermain dan masa makan malam bersama keluarga.

Program selepas sekolah

Bagaimana pula aktiviti selepas sekolah seperti kelas karate atau berenang? Ia sememangnya dapat memenuhi masa terluang anak selepas masuk sekolah. Tetapi sebaiknya dapatkan dahulu jadual harian sesi persekolahan anak.

Jika anak bersedia untuk mengikuti sebarang kelas, maka tiada salah untuk mendaftarkan mereka. Pun begitu, pastikan mereka juga mempunyai masa rehat. Keletihan yang melampau tidak bagus untuk anak. Sekiranya anak akan dihantar ke pusat jagaan selepas sesi persekolahan, pastikan tempat pilihan itu menyediakan semua kemudahan yang diperlukan.

Anak 1st Time Nak Masuk Sekolah, Emosi Dia Akan Terganggu? Ini Yang Boleh Ibu Ayah Lakukan

Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?

Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI