Hati ibu bapa mana yang tidak hancur apabila melihat wajah si kecil yang ditatang penuh kasih, pulang dalam keadaan penuh lebam. Itulah yang dilalui sebuah keluarga apabila anak lelaki berusia dua tahun dipercayai menjadi mangsa dera pengasuhnya.

Menurut perkongsian di laman Facebook oleh Zehra Zubari, anak saudaranya itu dihantar ke rumah pengasuh dalam keadaan sihat, ceria dan tidak menunjukkan sebarang tanda sakit. Namun, sekitar jam 9.39 malam, apabila kanak-kanak itu dihantar pulang, wajahnya dipenuhi lebam merah yang jelas menyakitkan hati sesiapa sahaja yang melihat.

Anak 2 Tahun Lebam Didera Pengasuh, “Sebut ‘Akit’ Sambil Gosok Pipinya”

“Hancur luluh hati kami sekeluarga. Dia masih kecil, belum pandai bercakap, tapi sudah menerima penderitaan sebegini. Dia hanya mampu sebut ‘akit, akit’ sambil gosok pipinya yang lebam,” luah Zehra penuh sebak.

Ads

Trauma Yang Mendalam

Sejak kejadian itu, si kecil ini mengalami trauma yang cukup teruk. Dia enggan didukung ahli keluarga, sering mengigau di wad, dan menangis sambil menyebut “No, no, no” seolah-olah masih ketakutan dengan apa yang berlaku.

Lebih memilukan, keluarga mendakwa kanak-kanak itu dibawa keluar oleh pengasuh sekitar jam 12.30 tengah hari dan hanya dihantar pulang hampir 10 jam kemudian dalam keadaan cedera tanpa sebarang rawatan.

Anak 2 Tahun Lebam Didera Pengasuh, “Sebut ‘Akit’ Sambil Gosok Pipinya”

Ads

Susulan laporan polis, pasangan suami isteri yang menjaga kanak-kanak ini telah ditahan bagi membantu siasatan. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim turut mengesahkan siasatan dijalankan selepas ibu mangsa membuat laporan pada Jumaat lalu.

Iktibar Buat Semua Ibu Bapa

Kes penderaan ini benar-benar menguji hati seorang ibu dan ayah. Anak yang ditinggalkan di tangan pengasuh sepatutnya dilindungi, tetapi sebaliknya menjadi mangsa kekejaman.

Ads

Oleh itu, Pa&Ma mengingatkan semua ibu bapa agar:

  • Sentiasa peka dengan keadaan fizikal anak setiap kali pulang dari jagaan.

  • Percaya pada naluri hati – jika ada yang mencurigakan, segera bertindak.

  • Pilih pengasuh atau pusat jagaan berdaftar serta dipantau oleh pihak berkuasa.

  • Jangan teragak-agak memasang CCTV atau membuat pemeriksaan mengejut demi keselamatan anak.

Semoga kejadian ini membuka mata kita semua bahawa amanah menjaga anak bukan perkara kecil. Anak-anak adalah anugerah Allah yang wajib dilindungi dengan penuh kasih sayang, bukan disakiti.

Sumber: Zehra Zubari

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads