
Bilangan perkataan yang boleh kanak-kanak sebut akan bagi kesan berapa panjang ayat yang mereka boleh buat.
Menurut Patalogis Pertuturan Bahasa, Aishah Kassim
kanak-kanak 2 tahun patutnya sudah boleh buat ayat 2 perkataan. Jadi bilangan perkataan yang mereka kena sebut adalah lebih kurang 70-100 perkataan. Ini purata sahaja. Kalau lebih bagus lah.Paling sikit 50 perkataan (ini borderline). Jika tak ditingkatkan bilangan, boleh membawa kepada kelewatan untuk perkembangan bahasa seterusnya.
Jadi jika anak sudah 2 tahun ke atas tapi masih cakap sepatah-sepatah, anda perlu lihat bilangan perkataan yang mereka boleh sebut. Jika sikit sebab tu lah mereka belum buat ayat lagi.
Sumber: Aishah Kassim