Tiada yang menyebakkan hati apabila melihat terpisahnya kasih sayang anak dan ayah di saat anak masih kecil dan memerlukan belaian dan kasih sayang daripada insan bergelar bapa.
Kejadian tular video kejadian perselisihan faham di jalanraya, mangsa Allahyarham Syed Muhammad Danial Syed Syakir disahkan meninggal dunia di sebuah pusat perubatan di Nilai akibat dilanggar oleh suspek.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat dilaporkan berkata, kejadian itu berlaku berpunca daripada kemalangan kecil antara Syed Muhammad Danial dan suspek berusia 40 tahun selepas Plaza Tol Sungai Besi menghala ke selatan.
Dalam kejadian pada jam 1.40 tengah pada 10 Ogos 2019, difahamkan kereta yang dipandu Allahyarham Syed Muhammad Danial melanggar bahagian belakang kereta suspek menyebabkan berlaku kejar mengejar sehingga kenderaan mereka berhenti selepas persimpangan Bandar Baru Bangi.
Menurutnya, berlaku pergaduhan antara suspek sebelum mangsa yang dikatakan tidak berpuas hati keluar dari kenderaannya dengan membawa kayu besbol dan terus memukul bahagian hadapan kereta suspek. Suspek yang kemudian menekan pedal minyak dalam keadaan tergesa-gesa terlanggar Syed Muhammad Danial.
Kejadian itu menyebabkan Syed Muhammad Danial tersepit di antara kereta suspek dan penghadang jalan sebelum dikejarkan ke Nilai Medical Centre oleh orang awam, Allahyarham bagaimanapun disahkan meninggal dunia dan meninggalkan seorang balu Qistina Ayu Rozhan Mohd Rozhan, 28, dan bayi perempuan yang baru berusia 4 bulan bernama Syarifah Dian Syed Muhammad Danial.
Polis menahan sepasang suami isteri, masing-masing berumur dalam lingkungan awal 40-an dan lewat 30-an dan direman tujuh hari hingga 17 Ogos di Mahkamah Majistret Kajang.Pasangan itu direman bagi membantu siasatan dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
KERETA ROSAK TAK KETARA, TAK SANGKA MENANTU CEDERA PARAH
“Jikabenar berlaku pergaduhan, tidak perlu hingga meragut nyawa” kata Mohd Rohzan Ramlee, 57, bapa mertua kepada Allahyarham.
Mohd Rozhan Ramlee berkata, dia dimaklumkan berita mengenai kejadian menimpa menantunya itu melalui anak bongsu, Zafri Amir, 19, selepas dimaklumkan oleh rakannya yang kebetulan lalu di lokasi kejadian kira-kira 2 petang.
“Sebaik menerima berita itu, saya bersama anak bergegas dari rumah di Bukit Mahkota ke lokasi untuk melihat keadaan menantu.
Ads
“Zafri yang tiba dulu di lokasi kemudian membawa abang iparnya ke klinik kesihatan berhampiran menaiki kereta orang awam sebelum dibawa ke Nilai Medical Centre selepas mendapati klinik berkenaan tutup,” katanya ketika ditemui di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Serdang, hari ini.
Mohd Rozhan berkata, dia yang tiba bersama isteri mangsa, Qistina Ayu Rozhan, 28, di lokasi lima minit kemudian mendapati bahagian belakang kereta dipandu menantunya itu kemek.
“Jika dilihat pada kerosakan kereta menantu, tidak ada kerosakan ketara dan saya beranggapan dia mungkin hanya cedera ringan.
“Namun, sebaik tiba di Nilai Medical Centre, menantu disahkan meninggal dunia kerana kecederaan parah di kepala dan dalaman.
CUCU HILANG BAPA SEKELIP MATA
“Sebagai bapa mentuanya, menantu seorang yang baik dan hormat pada orang tua. Saya sama sekali tidak menyangka kejadian ini menyebabkan cucu saya kehilangan bapa dalam sekelip mata.
Ads
“Menantu seorang anak yang taat kerana setiap hujung minggu dia akan membawa isteri dan anaknya ke rumah ibunya di Shah Alam.
“Jika diikutkan perancangan, mereka sekeluarga mahu menyambut Aidiladha di rumah ibunya ,” katanya yang berazam untuk membesarkan cucunya.
“Saya amat terkejut dengan perkhabaran itu kerana tidak menyangka dia meninggal dunia dalam kejadian itu tanpa menyedari apa yang benar-benar berlaku kepadanya,” katanya.
ADIK IPAR DAPATI MANGSA SEPARUH SEDAR
Zafri Amir ketika menceritakan semula kejadian itu berkata, abang iparnya ditemui dalam keadaan separuh sedar di tepi laluan berkenaan.
Ads
“Saya kemudian bergegas membawanya menaiki kereta orang awam yang berada di lokasi untuk ke klinik berhampiran.
“Apa yang saya lihat pada abang ipar ketika itu adalah kesan lebam di kepala serta perutnya.
“Sepanjang perjalanan ke klinik berhampiran, dia dalam keadaan separuh sedar.
“Bagaimanapun, sebaik tiba di Nilai Medical Centre, dia sudah tidak sedarkan diri sebelum dibawa ke Unit Kecemasan.
“Pihak doktor yang merawatnya kemudian memaklumkan dia sudah meninggal dunia ketika sedang dirawat,” katanya.
TANGISAN ISTERI MANGSA MERUNTUN JIWA
Sementara itu, isteri mangsa dilihat menangis teresak-esak sambil mendukung anak tunggal mereka, Syarifah Dian Syed Muhammad Danial berusia empat bulan ketika menunggu proses laporan bedah siasat.
Usaha wartawan untuk mendapatkan komen mengenai kejadian menimpa suaminya yang bekerja sebagai pengurus bank gagal apabila dia tidak mahu ditemu bual dan minta diberi ruang.
Jenazah mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Mahkota, Bangi selepas proses bedah siasat.
Sumber: hmetro.com.my & mmgazzette
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Saat anak sudah mula makan, ibulah insan paling teruja menyiapkan makanan untuk anak. Pelakon jelita, Elisya Sandha turut merasa teruja bila mana anak sulungnya, Bunga Elhaq kini sudah pun mula diberikan makanan pejal pada usianya empat bulan lagi.
Teruja bercampur dengan rasa tanggungjawab untuk memberikan makanan terbaik buat Bunga, Elisya memaklumkan dirinya kini mahu berehat seketika daripada sebarang aktiviti lakonan bagi memberi tumpuan kepada anaknya, Bunga Elhaq yang kini sudah mula makan.
Malah kongsi Elisya lagi, biar pun punya pembantu, buat permulaan ini sebolehnya dia mahu memberikan sendiri makanan buat buah hatinya yang tersayang.
“Saya ingin memberi tumpuan kepada Bunga yang kini sudah boleh mula makan. Saya agak kurang percaya bila orang lain yang beri dia makan.
“Saya yang kena masak dan suapkan. Pada masa sama, saya juga beri tunjuk ajar kepada pembantu rumah saya.
“Lagipun, usia Bunga baru lima bulan. Jadi, saya risau kalau orang tersalah suap atau dia tersedak. Nanti nak salahkan siapa pula?
“Bunga mula makan pada usianya empat bulan. Memang agak cepat juga. Makanan pertamanya adalah bubur nasi kosong,” katanya berkongsi.
Berkongsi rasa terujanya, kata Elisya dia juga kini sedang melalui fasa yang mencemaskan sebagai ibu buat pertama kalinya. Malah katanya, ada waktunya dia tidak boleh tidur malam bila memikirkan anaknya yang kini sudah mula makan.
“Saya telah sampai ke fasa yang cemas sebagai ibu pertama kalinya. Saya masih ingat, ada waktunya saya tak boleh tidur waktu malam bila fikirkan jika saya perlu berinya makan pada usia 4 bulan.
“Lepas banyak buat research akhirnya saya rasa “sudah tiba masanya” bila dia berumur 4 bulan 13 hari.
“Semuanya berjalan lancar dan kami dah terbiasa dengan rutin sekarang. Bunga sayang mommy, mommy harap mommy melakukan perkara yang betul dan mommy hanya mahukan yang terbaik untuk awak,” kongsinya.
Melalui video yang dikongsikan olehnya melalui Instagram, Elisya juga turut berkongsi antara menu-menu yang disediakan buat Bunga begitu juga ketika menyuapkan buah hati tersayangnya itu.
“Bunga’s first solid food.. rice (tekak melayu). Approved by her paediatrician dr ✅,” kongsinya lagi.
Terdahulu, Elisya dan suaminya, Uzair Haqimy telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 21 Ogos tahun lalu. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang lahir pada 18 Jun lalu.
Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom.
Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin yang telah selamat menjalani pembedahan membuang tumor kini semakin menunjukkan perkembangan positif dan ceria.
Menerusi perkongsian bapanya di Facebook, Ainul sudah tidak perlukan bantuan oksigen kerana dia dah boleh bernafas sendiri. Perkembangan ini semestinya mengembirakan semua orang dan nampak Ainul begitu kuat sekali.
Ini kerana menurut bapa Ainul, 3 hari selepas Ainul tiba di sini, dia terus dimasukkan ke PICU kerana infection. Bacaan oksigennya dari 100% turun ke 50% serta merta, Ainul tiba- tiba jadi sesak nafas dan keluar darah dari mulutnya.
Semua ini kerana infection disebabkan perjalanan yang panjang dan berada lama di dalam kapal terbang ketika datang ke London.
Namun siapa kita nak menidakkan kuasa Allah. Walaupun doktor jelaskan pelbagai risiko Ainul akan lalui semasa dan selepas pembedahan, kini Ainul terus memberi senyuman manis kepada semua dan semakin aktif.
Selepas pembedahan Ainul dah mula ajak nak bermain dan berborak berbanding sebelum ini yang masanya banyak dihabiskan dengan tidur.
Sementara itu, dalam perkongsian mama Ainul di insta storynya, dia telah membalas pertanyaan dari orang ramai mengenai kesihatan terkini Ainul dan ternyata jawapan yang diberikan itu membuatkan rakyat Malaysia gembira dan terus mendoakan kesihatan yang baik buat Ainul.
Ainul Akan Membesar Macam Biasa Ke?
Kenapa Pipi Ainul Bengkak
Bila Ainul Boleh Balik Malaysia
Amalkan Baca Yasin 7 Mubin
Bengkak Muka Ainul Akan Surut Sendiri
Sumber: ig Nurul Erwani & FB Ahmad Safiuddin
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila anak sudah semakin membesar, pada usia tiga hingga empat tahun, mak ayah haruslah memperkenalkan solat kepada anak-anak kecil kita. Pun begitu ianya bukan satu hal yang mudah. Sama seperti melakukan perkara lain, anak perlu dilatih namun jangan terlalu padat pengajarannya.
Tip yang dikongsikan oleh Puan Sharifah Natasha Almashoor ini boleh dijadikan panduan dalam mendidik anak-anak. Tak perlu terlalu ‘keras’ sebaliknya beri anak masa. Ini yang dikongsikannya.
AJAR SOLAT ANAK INI MUDAH
Anak solat macam patuk ayam. Sibuk kejar nak main gadjet. Bukan salah anak terpatuk-patuk.
“Sayaaaangggg!!!pergi solat!!dah azan dah!!!”.
Tahu-tahu je anak kena belajar atau ikut solat penuh, ikut orang dewasa atau cikgu. Sedangkan kena ajar langkah Demi langkah.
Apa yang kak Tasha Cuba nak sampaikan ialah, kita nak ajar anak cuci tangan kan, ada langkah-langkahnya. Begitu juga solat. ?
Contoh, umur 2 tahun mungkin ajar simpan dan bentangkan sejadah. Ajar berdiri je dulu. Zikir atau perkara mudah buat dia kenal Allah. Ajar tawheed. Dengan cerita cerita best Bab ibadah.
Kalau anak yang besar sikit. Kita ajar rukun Islam. Lihat pada FITRAH ANAK tu dulu. Minggu ni mungkin ajar berdiri atas sejadah, Mata bukan MENJELING pada orang sebelah atau tengok punggung orang. Mata lihat sejadah. Berdiri bukan goyang-goyang, saja laga bahu kawan sebelah. (Kak Tasha cikgu, dapat citer sikit apa berlaku)
Jadi, ajar seminggu satu perkara, ajar kenapa kena lakukan sedemikian. Kaitkanlah dengan kisah para sahabat. Aha..macam tu.
Ada setengah tadika, ajar semua sekali. Bagaimana nak anak pantas membaca. Solat pun macam tu. Tak perlu ajar step by step. Kak Tasha mampu tepuk dahi. Sebab walaupun Budak budak AJE. Minda mereka Bukan Budak budak aje. Kena ajar TERTIB
Bila kita ajar step by step. Tak ke mudah anak tu minat solat. Dia tak stress. Dia pun faham. ?. Takderlah nak merotan. Nak monitor pun sonang.
Jangan lupa, anak itu PEMBELA KAMU nanti di AKHIRAT KELAK. ?
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bersempena dengan Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2024, pertandingan Baby Merangkak Race Pa&Ma X Simpan SSPN telah diadakan di MyTown Shopping Centre, Kuala Lumpur,...