Tengking dan marah-marah antara cara yang selalu digunakan oleh ibu bapa terutamanya untuk memastikan anak dengar cakap. Tindakan ini juga antara yang paling ditakuti oleh anak.
Memang kita nampak anak akan ikut arahan tetapi ‘kuasa’ itu memberi kesan tak elok untuk otak anak. Kenapa?
Berdasarkan perkongsian dari Penulis Buku Keibubapaan, Taufiq Razif ini antara sebab yang ibu bapa terlepas pandang dan menganggap marah serta tengking anak senjata yang terbaik bila anak buat perangai.
Anak akan jadi taat bila kita tengking?
Ni gambar anak kedua saya, Solahuddin. Solahuddin ni memang akan jadi taat dan ikut je arahan saya kalau saya gunakan kuasa kemarahan dan tengkingan.
Ads
Nampak mudah je kan nak bagi Solahuddin ni jadi dengar cakap kan? Padahal ketaatan yang muncul selepas tengkingan tu namanya BLIND OBEDIENCE!
Ads
Bahasa mudahnya adalah taat membuta tuli. Ye, anak saya akan jadi taat tapi dia taat kerana FEAR SYSTEM di otaknya sedang aktif.
Benda ni tak bagus. Sangat tak bagus sebab ia melemahkan THINKING BRAIN anak saya.
Jadi nak tak nak saya kena gunakan cara memberi anak saya tu pilihan (using choices), tunjukkan ketegasan (firm) dan menunjukkan akibat buruk daripada perbuatannya (using consequences), bukannya keganasan & kegarangan yang melampau.
Penguasaan skil motor halus amat penting untuk si kecil dalam menguasai pelbagai kemahiran sebelum ke sekolah.
Cikgu Nass berkongsi perkara ini 10 aktiviti ini di rumah untuk membantu anak yang boleh dilakukan oleh ibu ayah di rumah.
#1 BERMAIN PASIR
Pasir sama ada pasir kinetik atau pasir biasa merangsang jari-jemari dan tapak tangan si kecil. Sediakan alatan yang lain seperti penceduk, trak kecil untuk mengangkut pasir dan acuan. Selain itu, isikan pasir ke dalam dulang dan biarkan si manja melakar di atasnya. Anda juga boleh membawa si kecil ke pantai dan ajaknya untuk membina istana pasir. Tentu dia seronok!
#2 DOH MAINAN
Doh mainan memang sesuai untuk tujuan sensori motor halus. Dia bebas menguli, memicit, mencubit doh pelbagai warna. Ini adalah latihan yang baik untuk jari dan ibu jarinya. Berikan penggelek dan acuan untuk menjadikan permainan lebih menarik.
#3 MENAMPAL
Menampal kertas mahu pun pelekat boleh menggalakkan si manja menggunakan tangannya. Anda boleh ajaknya membuat kolaj pelbagai bentuk seperti buah epal, payung dan sebagainya.
#4 MENGKATEGORIKAN OBJEK KECIL
Objek kecil seperti butang, pompom, klip kertas dan tutup botol pelbagai warna boleh dimanfaatkan sebagai permainan si kecil. Anda boleh menyuruh si kecil mengasingkannya mengikut warna atau bentuk yang berlainan.
#5 BUSY BOARD
Bermain dengan busy board ialah aktiviti yang bagus untuk si kecil. Ia menggalakkan penguasaan si manja untuk membutangkan baju, membuka tombol, membuka ikatan, memasang zip dan sebagainya.
#6 MENYUSUN MENGIKUT BENTUK
Ambil sekeping kadbod dan lukis dua garisan iaitu zigzag dan berombak. Sediakan juga objek seperti kacang atau butang. Minta si manja untuk menyusun objek mengikut garisan-garisan ini. Penggunaan hujung jari untuk mengambil objek melenturkan otot jari dan tangan mereka.
#7 MENJAHIT
Sediakan kadbod mengikut bentuk yang anda sukai dan tebuk lubang pada sekelilingnya. Berikan anak benang kasar atau tali dan minta mereka masukkan tali ke dalam lubang pada sekeliling kadbod. Ketika tangan memasukkan tali ke dalam lubang, mereka telah menggunakan jari dan serta koordinasi mata-tangan.
#8 RANTAI PASTA
Sediakan semangkuk pasta penne dan seutas benang kasar yang bersaiz besar. Ajak anak untuk memasukkan benang ke dalam lubang pasta sehingga membentuk rantaian panjang. Anda boleh mewarnakan penne menggunakan pen penanda untuk efek yang lebih cantik dan menarik.
#9 MENGGUNAKAN PENYEPIT
Anda boleh menyediakan objek seperti pompom, bebola kecil atau pasta penne berwarna dan biarkan si manja mengasingkannya mengikut warna menggunakan penyepit. Selain itu, boleh juga ajak si manja bermain air menggunakan syringe. Ia boleh menggalakkan penggunaan jari dan tangan.
#10 MELAKAR MENGIKUT GARISAN
Melakar atau tracing adalah aktiviti yang baik untuk motor halus. Ia boleh dilakukan dengan membiarkan si manja melakar dengan meniru garisan yang telah anda buat pada kertas. Buku yang mempunyai latihan menyambungkan titik juga adalah saranan yang baik.
Sudah menjadi lumrah anak kecil, kadang-kadang ada saja akalnya yang membuatkan kita naik angin. Bila dah terlalu lama memendam rasa, kadang-kadang terlepas juga kita mendenda atau menghukum mereka. Tapi, adakah kita dibenarkan untuk memukul anak yang masih kecil?
Melalui perkongsian Ustaz Azhar Idrus di laman Instagramnya, beliau menyatakan tidak boleh untuk kita memukul anak yang masih kecil kerana ia tidak memberi sebarang faedah kepadanya. Untuk penjelasan lebih lanjut, ikuti apa kata UAI tentang persoalan ini.
HUKUM IBU BAPA PUKUL ANAK YANG MASIH KECIL
SOALAN :
Saya ada pertanyaan adakah harus ibu bapa memukul anaknya yang masih kecil kalau mereka membuat kesalahan?
Kanak-kanak yang merosakkan harta orang adakah kena ganti harta itu atau tidak?
Tidak boleh memukul kanak-kanak yang belum mumayyiz apabila mereka melakukan kesalahan kerana memukulnya tidak memberi sebarang faedah kepadanya memandangkan usianya itu.
Ada pun kanak-kanak yang telah mumayyiz maka boleh dipukul jika melakukan kesalahan apabila memukulnya itu memberi faedah kepadanya.
Berkenaan dengan kanak-kanak merosakkan harta orang maka wajib diganti harta tersebut dari hartanya.
Ertinya : “Sungguhnya ulamak-ulamak fiqah telah membahagikan usia kanak-kanak itu kepada dua bahagi yang utama :
Yang pertama ialah kanak-kanak yang belum mumayyiz. Maka mereka tidak dikenakan hukuman dari segala bagai hukuman pada tubuh badan sama sekali kerana keadaan tidak dipersoalkannya.
Kedua ialah kanak-kanak yang sudah mumayyiz maka tidak dikenakan hukum hudud dan qisas akan tetapi diajar akan adab kepada mereka atas apa yang telah mereka lakukan dengan pengajaran yang munasabah dengan usia mereka sama ada dengan dimarah dan dipukul yang tidak merosakkan.
Adapun jika mereka melakukan satu perbuatan yang merosakkan harta orang lain nescaya wajib atasnya mengganti akan harta yang telah rosak itu.”
KESIMPULAN
Tidak boleh ibu bapa atau lainnya memukul anak-anak yang masih belum mumayyiz apabila mereka melakukan kesalahan kerana keadaannya yang masih kecil tidak dapat mengerti dan mengambil pelajaran kenapa mereka dipukul.Boleh ibu bapa memukul anak yang telah mumayyiz apabila mereka melakukan kesalahan tetapi pukulan yang tidak merosakkan.
Haram memukul anak-anak dengan pukulan yang merosakkan iaitu pukulan yang melukakan atau melebamkan atau seumpamanya atau pada mukanya atau kepalanya atau kemaluannya.
Keharusan memukul yang dibenarkan syarak bukan bertujuan menyakitkan mereka atau membalas dendam tetapi menyedarkan mereka bahawa mereka telah melakukan kesalahan maka sayugianya dengan pukulan yang perlahan yang memadai menakutkan kanak-kanak akan tetapi jika tidak dipukul bahkan dinasihatinya nescaya ia adalah lebih baik.
Ibu bapa yang memukul anaknya dengan pukulan yang tidak dibenarkan syarak telah melakukan satu bentuk kezaliman dan siapa yang melakukan satu kezaliman nisaya akan ditanya diakhirat nanti.
Jika kanak-kanak merosakkan harta orang maka wajib diganti akan harta yang rosak itu dengan hartanya atau harta penjaganya.
Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Fasha sendiri terkejut melihat gelagat anaknya yang sangat tidak disangka bahkan hairan dari mana si kecil tahu memberikan pendapatnya berkenaan hal tersebut.
Kehairanannya diluahkan menerusii tulisan kapsyen di posting tersebut.
Rayfal oh Rayfal, baru 5 tahun… Dah pandai mintak macam2 pelik2. Entah siapa ajar? Ibu tak faham. Takkan budak 5tahun dah tau benda macam ni?? Apakata mintak je kat Dada adik baru. Haih. ? Off late ni, Almost everyday mintak baby in ibu’s tummy, help!
Memang bijak Rayfal ni. Agaknya dia pun teringin nak mempunyai adik kecil lain seperti abang Rayqal yang sudah mempunyai adik NeyNey.
Selain dari itu mungkin juga si kecil ini rindukan kehadiran seorang ayah di sisinya setiap hari.
Memang normal kanak-kanak sebaya Rayfal meminta ibu memberikannya seorang adik kerana sifat penyayang yang ada dalam dirinya selain ia juga menunjukkan kematangan si kecil yang selama ini mungkin memerhatikan hidup yang dilalui oleh ibunya tanpa suami di sisi.
Video lucu tapi menyentuh hati tersebut mendapat tontonan ramai netizen dan kebanyakannya memberi komen sokongan kepada Fasha dan anak-anaknya.
Perfeksionis dalam kalangan anak boleh menyebabkan tekanan, kebimbangan dan keyakinan diri rendah. Kenali 10 tanda penting, punca serta cara ibu ayah membantu anak mengatasinya.