Hidup sebagai ibu dan bapa tunggal sememangnya tak mudah. Banyak perkara yang harus dikorbankan demi membesarkan anak-anak yang masih kecil. Kekuatan diri, kesihatan dan segala aspek harus diutama demi memastikan anak-anak terjaga dengan baik. Tidak ketinggalan juga soal kewangan yang amat diberikan perhatian.

Superdaddy, Khairul Abdullah, bapa tunggal dengan tiga anak yang cukup dikenali di media sosial ini selalu menjadikan kita lebih bersemangat. Melihat ketabahan hati dan kekuatan dirinya membesarkan tiga anak yang masih kecil selepas pemergian isteri tercinta tiga tahun lalu membuatkan kita harus bangkit seperti dirinya.

Namun kata beliau lagi, untuk kuat dan bangkit seorang diri perlukan kekuatan yang bukan sedikit. Dan ini antara tip yang dikongsikan oleh beliau untuk terus cekal membesarkan anak-anak.

Macamana nak survive sebagai single parent?

1. Kena ada duit.
Banyak isu boleh dikurangkan atau diselesaikan bila ada duit. Tak perlu banyak tapi cukup untuk survive. Walaupun ada kerja, tapi duit just ngam-ngam sahaja pun agak sukar. Bila single ni banyak benda nak pakai duit.

Dulu mungkin jadi suri rumah, tapi sekarang dah nak kena keluar bekerja. Nak uruskan anak-anak dah libatkan duit juga. Anak nak kena upah orang jaga. Nak ambil dan hantar ke sekolah, nak ke transit dan sebagainya semua perlukan duit.

So, sebelum jadi single parent, eloklah ambil takaful dan buat hibah. Atau boleh sediakan simpanan dalam bentuk tunai atau emas. Kalau bercerai mati, mungkin ada hibah untuk membantu. Kalau bercerai hidup mungkin ada emas untuk membantu.

Apa-apa pun duit kena ada, barulah lebih mudah dan tenang nak survive dengan anak-anak. Kalau takde duit, memang struggle sangat lah.

2. Makan yang cukup.
Yer, nampak remeh, tapi dengan perut yang kenyang, banyak benda boleh settle. Nak uruskan rumahtangga dan anak-anak jadi lebih mudah. Takde nak mengamuk dan marah-marah. Perut yang kenyang atau makan yang cukup buat emosi lebih stabil.

IKLAN

So, kalau ada duit, ini pun membantu. Boleh beli dan masak macam-macam. Atau boleh order dan ada masa lebih untuk anak-anak dan juga rehat. Makan ni pun terapi jugak okeh. Membahagiakan selain mengenyangkan. Tapi jangan kenyang sangat, nanti malas pulak jadinya.

3. Rehat yang cukup.
Bila single ni, paling penting adalah rehat. Benda ni kalau tak cukup macam-macam penyakit boleh datang menganggu. Pertama sekali tentulah penyakit emosi. Tak cukup rehat buat badan jadi lebih mudah penat. Penat buat kita cepat beremosi dan mudah marah. Anak-anak nanti jadi mangsa.

Tak cukup rehat buat kita jadi stress, bole jadi depress, boleh jadi anxiety dan macam-macam. Mental stress ni boleh buat fizikal jadi sakit juga. So sangat bahaya, nanti takut kita pulak yang mati. Dah anak-anak terus yatim piatu pulak nanti. So tidur awal adalah sangat penting okeh.

4. Belajar let-go dan prioritize.
Single parent tak banyak masa. Kalau dulu rumah kemas yakmat, sekarang dah tak mampu nak begitu. Memang sakit hati stress jadinya, namun sometimes benda gini kena letgo demi untuk benda yang lebih perlu atau penting.

Biarlah living room semak, namun dapur bersih. Biarlah katil berselerak namun bilik air bersih. Learn to prioritize. Kita takde tangan 8 untuk buat semua benda. Masa yang ada lebih digunakan untuk rehat berbanding benda yang kau kemas sekarang lagi 15 minit dia berselerak balik.

IKLAN

5. Jangan bandingkan.
Okeh, ini penting tau. Elak bandingkan kita dengan kawan yang ada pasangan. Elak juga bandingkan kita dengan single parent yang lain. Setiap orang dugaan tak sama. Ada single parent anak 4 tetapi semua dah besar anaknya. Awak single parent anak 4 tapi masih kecil lagi. So apa yang dia alami takkan sama. So ambil benda yang positif dari pengalaman orang lain. Jangan dok banding sampai merendahkan kemampuan sendiri.

6. Support system yang betul.
Ok, kita perlukan kawan, saudara untuk bantu. Sometimes bukan wang ringgit, tapi support dari segi doa dan semangat. Elakkan kawan dan saudara yang selalu bagi toxic positivity. Selalu bagi nasihat, bunyi macam positif je nasihat dia tetapi sangat tak bagus untuk kita.

Kerja dia bagi nasihat positif sahaja. Dia suruh kita bersabar, dia suruh kita bangun, dia tak bagi kita menangis, dia tak bagi kita bersedih, dia tak bagi kita down, dia tak bagi fikir negatif langsung. Semua kena senyum dan fikir positif sahaja. Ini adalah toxic positivity.

Kita manusia. Tuhan bagi pelbagai rasa dan perasaan. Ada masa kita down, maka cara nak lepas kesedihan adalah menangis. So menangislah sepuasnya dan lepas tu bangun dan carry on. Ada orang tak bagi langsung kita menangis, katanya nanti kita lemah. Pirahhhhh. Tak kena kat dia, boleh sembang.

So, cari kawan yang bila kita sedih dia datang menangis bersama. Bila kita cakap kita down, kita sedih dia akan teman kita untuk menangis. Takde dok suruh kita tahan emosi, suruh kita sabar, lawan, kuat, gagah itu ini. Begitulah.

IKLAN

Itu pengalaman aku yang dah 3 tahun bersendirian membesarkan 3 anak kecil ini. Itulah yang buat aku survive single parenting ni. So bagi yang selalu bertanya aku macamana aku buat, itulah jawapannya.

Semoga semua single parent di luar sana dikurniakan kekuatan dan kecekalan dalam membesarkan anak-anak di zaman yang serba mencabar ini.

Ingat, jaga diri kita terlebih dahulu kerana anak-anak hanya ada kita untuk bergantung harap. Jika kita rebah, tewas, maka seluruhnya akan gagal.

Fighting!
#superdaddy

Menarik: Betul Ke Cara Mama Pakaikan Lampin Pada Bayi, Jom Baca Untuk Ketahui

KELAS ONLINE BREASTFEEDING PERCUMA dengan daftar Pa&Ma BF VIP Eksklusif member! Hanya RM20 sahaja. Daftar https://toko.ideaktiv.com/product/pama-bf-vip-eksklusif/

Mama jom rileks jap, klik link NI!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)