Pelawak dan penyampai radio, Shuib berkata kehadiran isterinya, Watie Hanifiah menyerikan lagi keluarga malah keempat-empat anaknya cukup rapat dengan ibu tiri mereka.
Memetik laporan mStar Online, akui Shuib dia bahagia melihat perkembangan keempat-empat anaknya terutama dari segi kesihatan mental mereka.
Tambah Shuib lagi, anak-anaknya juga lebih rapat dengan Watie berbanding dirinya sehingga dia berasa terpinggir.
Ads
“Apa lebih penting melihat perkembangan anak-anak sangat positif. Paling penting adalah mereka punya kesihatan mental.
“Mereka seronok dengan Mummy baru (Watie) sampai kadang-kadang saya rasa terpinggir sebab mereka rapat sangat dengan dia. Saya sampai terfikir macam mana Watie boleh sehebat itu (mengambil hati anak-anak),” katanya berkongsi.
Ads
Meninjau di Instagram Shuib dan Watie, anak-anak dilihat cukup manja bersama Watie setiap masa.
Watie pun dilihat seorang ibu yang rajin dan begitu pandai melayan keempat-empat anak Shuib. Tidak hairanlah kesemua mereka melekat 24 jam.
Cantik persis ibu! Itulah yang boleh dikatakan mengenai Engku Aleesya, anak tunggal pelakon, Erra Fazira yang kini sudah pun menginjak usia remaja.
Menerusi satu perkongsian akaun Tik Tok, kemunculan anak kesayangan Erra Fazira yang cantik dan tersenyum malu bila dirakam wajahnya.
Lebih mencuri tumpuan, Aleesya yang kini berusia 14 tahun itu tidak mengenakan sebarang solekan pada wajahnya sekaligus mempamerkan kejelitaan semula jadi seperti ibunya.
Tampil ringkas dengan hanya berseluar denim dan top putih, gaya Aleesya menyerlahkan lagi keremajaannya. Ringkas tapi cantik.
Rata-rata warganet menyatakan kecantikan yang dimiliki Aleesya diwarisi dari kecantikan asli ibunya yang menjadi idaman ramai suatu ketika dahulu.
Satu insiden cemas membabitkan sebuah bas sekolah yang membawa 30 murid Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Ampang dan lima orang guru pengiring telah mencetuskan panik apabila bas terbabit terbabas di kawasan Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang. Kejadian yang berlaku pada hari Sabtu sekitar jam 12.18 tengah hari itu turut menjadi bualan hangat di media sosial selepas rakaman video kemalangan tersebut tular.
Apa yang lebih mengejutkan, siasatan awal mendapati pemandu bas berusia 40-an itu tertidur ketika memandu akibat tidak cukup rehat, sekali gus membawa kepada tragedi yang hampir meragut nyawa kanak-kanak kecil yang tidak bersalah.
12.18 tengah hari: Bas sekolah yang membawa murid-murid PASTI dalam perjalanan dari sebuah kilang coklat menuju ke G2G Animal Garden di MAEPS, Serdang. Ketika melalui Jalan Persiaran Universiti 1, pemandu dipercayai terlelap, menyebabkan bas hilang kawalan.
Bas terbabas dan melanggar sebatang pokok di bahu jalan. Rempuhan itu mencetuskan jeritan panik daripada kanak-kanak yang ketakutan. Guru-guru pengiring segera bertindak memastikan semua murid selamat dan dikeluarkan daripada bas.
Rakaman kejadian tular di media sosial dalam masa singkat, mencetuskan pelbagai reaksi dan kebimbangan orang ramai terutama ibu bapa.
Tiga murid dan seorang guru pengiring cedera di bahagian kepala dan menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Serdang. Kesemua mangsa telah dibenarkan pulang selepas rawatan.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad mengesahkan bahawa pemandu bas mengaku tidak cukup tidur dan rehat, menyebabkan dia terlelap semasa memandu. Beliau juga didapati mempunyai 13 saman lalu lintas terdahulu atas namanya sendiri.
Hasil ujian saringan mendapati pemandu bebas daripada pengaruh dadah dan alkohol. Namun, beliau telah direman selama dua hari bagi membantu siasatan lanjut di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Ramai ibu bapa yang dihubungi pihak sekolah terus bergegas ke lokasi kejadian. Sebahagian mereka tidak mampu menahan air mata melihat keadaan bas yang remuk dan membayangkan apa yang dilalui oleh anak-anak mereka.
“Saya terus menangis bila dapat tahu bas anak terbabas. Syukur dia selamat, tapi saya tahu dia masih takut. Malam tadi dia tak nak tidur sendiri,” luah seorang ibu kepada mangsa yang terlibat.
Insiden ini membuka mata banyak pihak tentang betapa pentingnya keselamatan pengangkutan kanak-kanak. Tidak kira untuk lawatan sekolah mahupun perjalanan harian, pihak sekolah dan pengusaha bas perlu memastikan:
Pemandu berada dalam keadaan fizikal dan mental yang stabil
Tiada rekod saman atau kesalahan lalu lintas berulang
Bas dalam keadaan baik dan diselenggara secara berkala
Pihak polis kini sedang menjalankan siasatan lanjut. Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut tentang kejadian diminta menghubungi IPD Serdang di 03-8074 2222 atau hadir ke balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.
Tragedi ini mungkin tidak meragut nyawa, tetapi trauma yang dialami anak-anak, guru serta ibu bapa pasti mengambil masa untuk sembuh. Semoga kejadian ini menjadi peringatan buat semua pihak agar tidak ambil ringan soal keselamatan kanak-kanak. Mereka masih kecil, masih belum mengerti bahaya justeru kita sebagai orang dewasa bertanggungjawab menjaga mereka sebaiknya.
Pa&Ma mengajak semua ibu bapa untuk lebih cakna dan bertindak proaktif demi keselamatan anak-anak kita. Jangan tunggu tragedi berlaku baru mahu ambil tindakan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kenaikan kes Covid-19 yang mendadak beberapa hari ini membuatkan rata-rata ibu bapa mula gusar untuk menghantar anak ke sekolah. Begitu juga dengan ibu bapa yang bekerja sendiri, bimbang terkesan jika kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekali lagi. Pun begitu, keyakinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sedikit meyakinkan rakyat yang sudah pun mulai gundah gulana mengenai hal ini.
Namun Perdana Menteri meyakinkan seluruh rakyat Malaysia bahawa tidak akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara atau total lockdown selepas kenaikan mendadak kes Covid 19 sejak beberapa hari ini.
Katanya melalui Perutusan Khas Situasi Semasa Covid-19 yang disiarkan secara langsung di televisyen dan media sosial petang tadi, kerajaan setakat ini tidak memikirkan untuk ke arah itu walaupun ramai ibu bapa sudah mulai gusar.
“Langkah itu jika dilaksanakan sekali lagi boleh membawa kesan besar yang dikhuatiri akan meruntuhkan sistem sosial dan ekonomi negara, na’uzubillah,” katanya.
Walaubagaimanapun kerajaan terpaksa memutuskan untuk menutup beberapa buah sekolah yang berada di Zon Merah demi memastikan keselamatan mereka terjamin. Adalah membimbangkan jika kanak-kanak di zon ini dibenarkan untuk terus bersekolah. Inilah yang sebaiknya dilakukan.
“Saya tahu ramai ibu bapa yang bimbang mengenai anak-anak yang hadir ke sekolah. Setakat ini kerajaan memutuskan untuk menutup sekolah-sekolah di kawasan zon merah. Kawasan-kawasan yang zon merah tersebut adalah Kota Kinabalu, Penampang, Putatan, Tawau, Lahad Datu, Kunak Dan Semporna, Sabah.
“Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa memantau keadaan kes COVID di sekolah di seluruh negara. Jika ada sebarang kes COVID-19 melibatkan warga sekolah, KPM akan akan bekerjasama rapat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia dalam menanganinya.
“Dalam hal ini, Kementerian Kesihatan akan memaklumkan kepada Kementerian Pendidikan langkah-langkah yang perlu diambil bagi menjamin kesihatan dan keselamatan murid, guru dan kakitangan sekolah,” katanya lagi.
Malah katanya lagi, jika dirasakan perlu, keputusan mengenai penutupan sekolah di seluruh negara akan dibuat di peringkat Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara Mengenai Pengurusan COVID-19 setelah menerima nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.
Sekatan Rentas Negeri
Dalam pada itu, Perdana Menteri turut memaklumkan untuk menyekat pergerakan antara negeri Sabah dengan Semenanjung, Sarawak dan Labuan yang akan berkuatkuasa mulai hari esok.
Namun melalui perbincangan yang dilakukan, kerajaan memutuskan untuk memulakan sekatan ini bermula 12 Oktober 2020, jam 12.01 tengah malam hingga 25 Oktober 2020 selepas menimbang beberapa perkara.
“Setelah berbincang dengan Dato’ Seri Ismail Sabri, saya telah membuat keputusan untuk memberi lebih banyak masa sebelum sekatan ini dilakukan. Keputusan ini saya buat bagi mengelakkan ramai penumpang yang bakal terkandas akibat kesuntukan masa membuat perubahan kepada jadual perjalanan mereka.
“Tarikh baru sekatan pergerakan antara negeri Sabah dengan Semenanjung, Sarawak dan Labuan akan berkuatkuasa mulai 12 Oktober 2020, jam 12.01 tengah malam hingga 25 Oktober 2020, “katanya lagi.
Kerajaan ketika ini hanya menguatkuasakan perlaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Secara Bersasar (Temco) di kawasan yang dikenal pasti mempunyai kes Covid-19 yang tinggi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kegembiraan sebuah keluarga yang meluangkan masa di taman tema air bertukar tragedi apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dilaporkan meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kejadian pada Ahad lalu.