
Layanlah anak-anak seperti mana kita mahu orang layan kita. Jangan sampai terdetik dalam hati, anak rasa tak gembira duduk di rumah sendiri. Ini cukup bahaya dan akan buatkan hubungan antara ibu bapa dan anak semakin jauh bila besar nanti.
Betul ada ibu bapa keluar bekerja awal pagi, balik dah malam. Jadi masa dengan anak agak terhad. Namun jangan jadikan tanggungjawab kita mencari nafkah sebagai alasan untuk biarkan anak dengan TV, gajet dan bermain sesama adik beradiknya saja.

Penat sekalipun, anak-anak ni nak mereka sentiasa dilayan dan disayangi. Sebolehnya dia tak mahu ditengking. Ingat anak-anak hadir dalam hidup ibu ayah membawa kebaikan, jadi mereka layak diperlakukan dengan hormat.
Berikut adalah perkongsian dari seorang Kaunselor, Aidil Sahipaludin untuk ingatan ibu ayah bersama.
Anak-Anak Adalah Tetamu Kita
1. Anak-anak kita adalah anugerah Allah kepada kita. Tetapi dalam masa yang sama mereka adalah bahan ujian bagi kita.
2. Anak-anak itu satu hari akan meninggalkan kita atau kita sendiri yang lebih dahulu meninggalkan mereka. Yang pasti suatu hari kita akan berpisah daripada mereka.
3. Ada ungkapan cantik daripada Syeikh Muhammad Ratib al Nablusi tentang anak-anak kita ini. Renungkanlah ungkapannya ini dengan baik. Kata beliau.

“Anak-anak kamu adalah tetamu-tetamu kamu di rumah kamu. Layanlah mereka dengan baik sehingga mereka terkenang-kenang dengan layanan kamu yang baik itu.”.
4. Jaga anak-anak kita dengan baik dan didik mereka. Bersabarlah dengan kerenah dan tingkah laku mereka. Kita tidak akan lama bersama mereka. Mereka hanya sementara. Ujian Allah daripada mereka pasti akan berakhir juga suatu hari.

5. Apabila kita dapat bersabar menghadapi mereka, maka hasil yang cantik akan kita dapatkan nanti, insyaAllah. Sabar itu cantik.
Wallahu A’lam.
Kredit : Aidil Sahipaludin
#DiariAbi
**Dapatkan barangan keperluan anak-anak pada harga berbaloi dan jimat. Klik di sini
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kasih Sayang Anak Lelaki Pada Ibu Sangat Special, Dia Tiru Cara Ayahnya!

Tidak boleh dinafikan, peranan seorang bapa juga sama pentingnya ketika membentuk sahsiah diri seorang anak. Anak lelaki misalnya, sangat memerlukan sokongan serta bimbingan dari ayah mereka untuk membesar sebagai seorang berani, penuh semangat dan berkeyakinan.
Artikel Menarik: {Doa Ringkas, Amal Setiap Kali Basuh Beras. Rezeki Keluarga Tak Putus}
Sangat penting untuk seorang ayah berada di sisi anak lelaki mereka sepanjang proses tumbesarannya, kerana masa yang diluangkan bersama dapat menerapkan nilai murni dalam diri si anak.
Anak lelaki belajar semua perkara tentang perempuan dari ayah mereka. Bagaimana ayah melayan ibu mereka, itulah panduan untuk mereka ketika dewasa kelak. Sebab itu, kita selalu dengar ungkapan kalau nak tengok seorang lelaki itu baik atau tidak, lihat cara dia melayan ibunya. Layanan terhadap ibunya menunjukkan betapa seorang lelaki itu menghormati dan menyayangi perempuan.
Salah satu kajian yang dilakukan oleh Father Involvement mendapati ikatan yang erat antara anak dan ayah akan melahirkan anak yang cerdik dibandingkan dengan anak yang langsung tidak rapat dengan ayah atau hanya rapat dengan salah seorang daripada orang tuanya.
Walaupun sibuk dengan kerja, ayah janganlah balik ke rumah tanpa mampu melemparkan senyuman atau bertanya khabar pada si kecil. Mereka sangat menantikan kepulangan ayah dari kerja untuk bercerita banyak perkara yang berlaku pada hari tersebut.
Macam Mana Nak Jadi Ayah Terbaik Untuk Anak?
Kualiti masa lebih penting berbanding kuantiti. Itu jika anda seorang ayah yang sangat sibuk. Pastikan anda menyediakan waktu khusus untuk anak antara 20 hingga 30 minit sehari untuk bonding time. Masa ini anda buatlah apa aktiviti yang anak suka. Kegembiraan yang mereka alami dalam jangka masa yang singkat tapi berkualiti ini mampu memberikan kesan positif dalam diri mereka.

Artikel Menarik: {Anak Suka Melawan Cakap, Suami Isteri Asyik Bergaduh. Cuba Check Bilik Air Confirm Kotor}
2. Tak penting mahal, janji menggembirakan
Untuk menghabiskan masa berkualiti bersama anak tak semestinya anda perlu merancang percutian ke tempat yang jauh dan pastinya memerlukan kos yang mahal dan perjalanan yang panjang. Kadang-kala aktiviti membasuh kereta di depan rumah pun dah boleh menjadikan anak gembira kerana dapat bersama ayah. Paling penting masa bersama si kecil.
3. ‘Lepak’ dengan ayah satu nikmat untuk anak
Jadikan masa hujung minggu sebagai waktu untuk bermain dan bersiar-siar dengan anak. Mungkin anda boleh pilih waktu awal pagi untuk keluar beriadah di taman. Bermain bola sepak, main kejar-kejar, layan si kecil bermain di taman permainan sambil melihat keindahan alam semula jadi adalah waktu berharga yang sangat disukai oleh anak. Selain mengeratkan hubungan ayah dan anak, mereka juga boleh belajar mengenali pelbagai jenis haiwan dan tumbuh-tumbahan.

4. Peluk anak selalu
Anak yang sentiasa dipeluk lebih tenang, kurang degil, dengar cakap dan ceria, jadi ayah pastikan anda sentiasa peluk anak setiap hari. Pelukan dari seorang ayah akan merembeskan sejenis hormon oksitoksin di mana sel saraf pada badan akan memberi isyarat kepada otak untuk berada dalam keadaan tenang. Pelukan kepada anak lelaki akan membantu ia mengurangkan perlakuan agresif selain bagus untuk perkembangan IQ mereka.
5. Bersembang dan nasihat
Pernah tak ayah berbual dengan anak? Walaupun ayah sibuk tapi carilah masa untuk berbual-bual dengan anak. Ayah boleh bercerita hal-hal berkaitan pembentukan karektor diri anak. Daripada ayah, anak belajar tentang disiplin, keyakinan diri, skil kemahiran hidup dan bagaimana menjadi individu yang berani dengan cabaran hidup.
6. Jadi pendengar
Anak-anak memang suka bercerita. Walaupun kadang-kala kita tak berapa faham dengan cerita si kecil tapi cubalah layan dan memberikan respon pada ceritanya. Ayah, tolong letak seketika handphone dan beri tumpuan pada cerita anak. Ia penting untuk membina keyakinan diri anak meluahkan perasaannya.

7. Keluar berdua
Mungkin ramai ayah yang tak yakin untuk keluar berduaan dengan anak sahaja. Tapi tak salah cuba cara ini sebagai salah satu kaedah merapatkan hubungan. Sesekali cuba bawa anak anda keluar tanpa ibu mereka bersama.

Selain anda dapat meluangkan masa bersama, cara ini juga membantu ayah menjadi lebih cekap menguruskan keperluan anak. Kalau tak confident, cuba keluar dengan anak dalam masa sekejap dan tempat yang tak jauh. Bila dah okay mungkin boleh keluar lebih lama dan ke lokasi yang jauh sedikit dari rumah.
8. Sediakan apa yang perlu
Sebaiknya mulakan sejak anak masih bayi. Walaupun kekok sebab pertama kali bergelar ayah tapi berusahalah untuk belajar menguruskan keperluan si manja. Percayalah, seorang ayah punya cara dan kehebatan tersendiri menguruskan keperluan si manja walaupun mungkin kali pertama boleh jadi kelam-kabut.
Artikel Menarik: {Time Baik, Berpeluk Sakan. Waktu Gaduh, Harimau Pun Cabut Lari. Pening Ibu!}
Membina ikatan erat bukanlah satu perkara yang mudah dan cepat. Ia mengambil masa yang lama dan memerlukan kesabaran. Paling penting anda tidak mudah berputus asa untuk terus rapatkan diri dengan anak. Ingatlah, peranan ayah sangat penting dalam perkembangan karektor seorang anak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Beli Barang Dapur Sebulan Terus! Asingkan Lauk Untuk Masak, Jimat Masa Dan Tenaga Mama

Leceh betul bila nak masak ada bahan yang tak cukup. Sebagai mak-mak dan isteri, bila bahan masakan cukup lengkap, terasa bahagia dan cepat untuk memasak. Kurang rasa penat. Puan Naeamah berkongsi tip penyimpanan bahan basah untuk sebulan.
Tips Mudah Memasak Untuk Sebulan, Korang boleh start buat mula januari 2019 nie. Alhamdulillah..Stok lauk keluarga untuk sebulan dah selesai. Bajet untuk 3 minggu, agak2 sehingga gaji la. Ok, dah setel kemas semua…berjam2 duk kat dapur jer, takper penat masa ni, manis selepas ini.

Masak setiap hari…bawak bekal ke opis dan masak untuk anak sekali sebelum ke sekolah…balik kerja masak lagi untuk makan malam…buat mcm ni mudahkan kerja kita…mcm biasa kalau malas boleh amik kuali ketuk atas kepala
Rutin berbelanja barang dapur adalah setiap hujung bulan selepas gaji, pepagi hari pasaraya bukak jer pintu kita dah sampai. Ikan, udang, sotong beli kat pasaraya CS. Ayam beli kat pasar malam
pstt: petua nak tahu ayam tu segar tengok kaki ayam tu..pilih yang kaki tegak ke atas .. Ayam lama kaki jatuh…tp kalau peniaga masukkan kaki kat dalam perut ayam..takleh nak cakap apa daa..jangan ditarik kaki ayam tu keluar lak.

Mcm biasa..siap asingkan lauk dlm bekas untuk sekali masak….tp kalau nak masak lebih…akan amik 2 bekas..contoh mcm udang…kalau nak letak dlm goreng sayur atau tomyam ke amik jer sebekas…kalau nak buat sambal udang, kena amik 2 bekas.
Simpan lauk cara saya
Masukkan lauk dalam satu bekas (saya hanya guna tipuware) untuk sekali masak. Masukkan air sampai menutupi lauk tadi. Simpan kat tempat beku, letak air untuk apa? Untuk kekalkan kesegaran lauk td, anggap lah mcm ikan2 kat kutub sana dilitupi air batu..bila ais cair, ikan tu tetap segar kan…hahaha…orang sains jangan kecam lak…saya buat contoh jer…senang nak fhm..untuk orang yang ckp manis udang akan hilang bila letak air…simpan lama..terpulang…kita raikan pendapat berlainan….pandangan masing2..tp bagi saya…saya tetap rasa sama jer dengan masa saya baru beli terus masak dengan saya simpan letak air bekukan.
**Lauk yang saya letak air – Udang + sotong + ikan + ayam…semua bersihkan siap2…simpan lauk yang dah bersih

** Daging + tulang – simpan mcm biasa…jangan letak air bila nak masak…keluarkan…alirkan bawah air paip…kalau udang + sotong sekejap jer cair…kalau ayam amik masa sikit…kalau ikut saya..memang bila nak masak baru bawak keluar…kenapa? Sebab saya tak rancang nak masak apa…bangun pagi baru pikir nak masak apa…mcm gak balik keje…sampai rumah…buka peti baru pikir nak masak apa…hahahha takder masalah nak cairkan ais tu…uolss kalau nak masak pagi esok..malam tu boleh letak kat chiller…ramai orang buat mcm tu kan.

Simpan sayur cara saya
– Halia + lengkuas + serai letak dalam bekas dan masukkan air sampai menutupi sayuran tersebut.

– cili hijau + limau + bawang putih + bawang merah + daun sup + kacang panjang + cili merah + carrot + timun + petai + kobis + sawi jepun + bunga kobis + brokoli….letak tisu kat bahagian bawah untuk serap air yang akan menitis kat dlm bekas tersebut…sayur tersebut akan tahan lama…insyaallah…cuma sawi jepun + kobis tak tahan lama…seminggu ok lagi…selepas tu sawi akan lembik dan kobis akan hitam dekat tepi…
Sebab tu lah sayur berdaun saya tak beli banyak sekaligus..cukup untuk seminggu.

Saya letakkan sekali bajet untuk bulan ni sebab nanti ada yang tanya berapa bajet untuk lauk2 ni:
Bajet lauk kat pasaraya cs :-
Udang biasa – Rm 40.94
Sotong – Rm 37.63
Ikan Siakap – Rm 17.98 (2 ekor)
Lala – Rm6.40
Tulang Lembu – Rm 8.35
Ikan Cencaru – Rm8.64
Telur – Rm 8.60
Bajet lauk kat Pasar Malam :-
Ayam (3 ekor ) – Rm 62.00
Jumlah = Rm190.54 (Lauk)
= Rm 47.00 (sayur – limau kasturi + cili merah + cili hijau + cili api merah + ubi kentang + brokoli + kobis bulat + labu air + serai + tomato + kacang panjang + kangkung + celeri + daun kesum + halia + carrot + sawi jepun + cili benggala + timun jepun )
- Bajet bergantung kepada keperluan individu…saya bertiga…Adakalanya akan lebih juga sikit bajet tu..contoh kalau saya nak buat nasi ayam..saya akan beli ayam lain..sbb ayam yang ada tak sesuai untuk buat nasi ayam..ayam dipotong kecik2..
saya bukan nak tunjuk bajet saya….saya nak tunjuk cara saya simpan lauk untuk mudahkan untuk kita mak2 ni masak…dan juga cara simpan sayur2 untuk tahan lama terutama mak2 bekerjaya keluar pepagi hari dan hampir nak malam baru balik mcm saya.
- Jangan ckp peti besar boleh la buat mcm ni…saya dah kahwin 14 tahun….baru kawin dulu peti kecik jer…tp saya buat mcm ni jugak..saya letak dlm plastik…cuma tak letak air la bila letak dlm plastik…cuma rasa kering sikit lauk tu berbanding yang letak air mcm sekarang…tp ok sangat lagi dari tak buat apa2 kan.
Update jawapan, saya takdan nak jawab satu2 pertanyaan dan persoalan ibu2 semua;
- Bekas pink saya isi lauk dan sayur ni…bukan tupperware yer …ni tipuware jer…beli kat Mr Diy…tak perlu bekas mahal2 …yang ni pun tahan lama…kat kedai eco rm2 pun ok.
- Kenapa letak air…jawapan saya dah letak awal2 kat atas sana.
- Bajet untuk berapa lama..jawapan ada kat atas juga, dengan kata lain semua persoalan yang banyak ditanya kat komen…jawapan dah ada kat post.
- Mintak maaf kalau komen tak sempat saya balas…dan terlepas pandang
- Berbeza pendapat dan pandangan…saya raikan…saya terima
- Semoga perkongsian ni menjadi ilmu yang manfaat…terima kasih pada yang mendoakan yang baik2 untuk saya
Kredit: Naeamah Balqis
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila Anak Nak Bercakap, Mata Kita ‘Melekat’ Di Handphone. Anak ‘Simpan’ Dalam Hati

Jangan fikir anak-anak masih kecil, kita ada hak untuk menidakkan emosi serta perasaan anak-anak. Mereka juga manusia, sama seperti kita. Ada masanya tersentuh dengan perbuatan kita. Sebagai ibu ayah, kita harus lebih peka dan ambil peduli dengan perasaan anak-anak.
Artikel Menarik: [“Demi Anak Pertama, 6 Tahun Tunggu.” Bakal Ibu Ni Tak Kisah Kulit Muka Naik Jerawat Teruk]
Seorang ibu yang juga merupakan penulis tentang ilmu keibubapaan, Wawa Shauqi, berkongsi tentang kepentingan ibu ayah untuk menjadi lebih prihatin soal perasaan anak-anak.

Saya baru tertonton satu video ni. Seorang bapa, Jason Reid berkongsi kisah anaknya yang membunuh diri pada usia 14 tahun.
Ini antara pesan dia.
1. Start listening.
Kalau kita rasa kita bukan jenis manusia yang jenis reti nak bersembang, you should start.
Create topics that attract your kids interest.
Listen to them while they are talking.
Mendengar bukan dengan telinga. Tapi juga dengan mata.
Dr Nizam Zakaria pernah menulis, conversation & eye contact memberi seseorang rasa safe, secure, seen.
Conversation also is the best mental health intervention.
Artikel Menarik: [Naik Flight Dengan Famili, Fazura Kecewa Diherdik Bawa Anak Anak Kecil & Kanak-Kanak Autisme]
2. Alert & aware.
Kata Jason, kalau boleh diulang kembali masa lalu, ini perkara pertama dia akan buat.
Sesetengah kanak-kanak tak tunjukkan sebarang kesan kemurungan.
Tapi, kalau kita alert, kita akan sedar bila mood mereka mudah berubah.
“You dont seem to be happy. You want to talk to me?”
Dan jangan berhenti bila anak cakap “Nothing”.
Tutup perkataan ‘nothing’ anak dengan
“you can come to me if you are ready to talk about it.”
Mommy, daddy…
You are a hero to your children’s eye. Save their lives by ‘reconnecting’.

3. Jangan menidakkan perasaan mereka.
“Tak de apa tu.”
“Jangan jadi lembik.”
“Anak jantan mana boleh nangis.”
Yes, they need to be tough. Tapi bukan dengan menidakkan emosi mereka.
Kata-kata motivasi lebih membina berbanding provokasi.
4. Bila anda pergi tidur, pastikan anak tidur juga.
Switch off the gadget. Turn off the tv. & make sure they go to sleep.
Jangan sesekali biarkan mereka melayari internet dan tidur ikut waktu yang mereka suka. You will never know what internet can teach them things that we haven’t taught them.
Artikel Menarik: [“Terima Kasih Sabar Dengan Bonda.” Luahan Hati Faralyna Tentang Anak Sentuh Hati Ramai Ibu]
5. Cakna ilmu tentang mental health.
Di Malaysia sahaja, 1/5 dari kanak-kanak ada masalah kemurungan.
Aware, kalau anak jarang bergaul dengan orang, mudah marah dan resah, selalu rasa bersalah, sangat sensitif, sleep pattern & eat pattern yang tak menentu dan selalu tak bertenaga.
Jason Reid kata, dia selalu dengar kisah anak orang bunuh diri. Dan dia tak pernah sangka dia akan lalui benda ni.
This mental health issues among kids are real beb! Dan bilangan dah bertambah nazak setiap tahun.
Ada yang salahkan gajet. Gajet yang bantu kita connect dengan dunia. Rupanya buat kita lost connection dengan ahli keluarga.
Ya. Kita sibuk.
Tapi ingat janji kita kepada Allah. Untuk jaga anak sebagai amanah. Dalam 24 jam yang kita ada, sebahagiannya adalah hak anak-anak.
Jom parents. Reconnect with our kids and spouse. They need us. Really really need us.
Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi kesedaran kepada kita. Ada masanya kita alpa, tidak sedar yang anak-anak juga memerlukan perhatian dari ibu dan ayahnya. Mereka mungkin jarang untuk ‘tunjuk protes’, tapi itu lebih bahaya jika anak-anak hanya memendam perasaan.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-gala-2022-reunion-x-tyt/

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!



