Bukan semua pasangan yang sudah berkahwin dengan mudahnya dikurniakan anak. Ada yang terpaksa menunggu lama, bertahun-tahun lamanya barulah dikurniakan anak. Bagi Asyalliee, rezekinya untuk menimang cahaya mata ketiganya tidak lama lagi dianggapnya satu rezeki yang tidak berbelah bagi untuknya.

Bakal berlima tidak lama lagi, Asyalliee meluahkan rasa syukurnya. Malah ibu cantik ini juga menyifatkan kejayaannya hari ini adalah kerana rezeki anak-anaknya, Haider dan Helena serta bayi yang bakal lahir kelak.

“Anak-Anaklah Punca Rezeki Saya”, Bakal Berlima Tak Lama Lagi, Asyalliee Doakan Pasangan Tak Ada Anak!

” Keluarga kita akan jadi berlima tidak lama lagi. Syukur Alhamdullilah Ya Allah atas kurniaanMu ini.

“Abang Haider & kakak Helena masih tak tahu yang mereka bakal ada adik baru. Akan ku jaga amanah ini dengan sebaik mungkin.

” Anak adalah punca rezeki yang aku ada sekarang ini. Apa yang aku ada sekarang adalah kerana anak-anakku,” katanya berkongsi.

IKLAN

“Anak-Anaklah Punca Rezeki Saya”, Bakal Berlima Tak Lama Lagi, Asyalliee Doakan Pasangan Tak Ada Anak!

Benar, kejayaan Asya dilihat bukan biasa-biasa, perniagaannya semakin berkembang maju malah kejayaan demi kejayaan diraihnya berkat usahanya bersama suami.

Dalam pada itu, Asya turut menitipkan doa buat pasangan yang baru berkahwin atau menantikan zuriat mereka. Katanya lagi, jangan sekali-kali berputus asa untuk mendapatkan anak sebaliknya terus berdoa dan berusaha untuk memiliki zuriat sendiri.

IKLAN

Katanya lagi, ujian Allah pada kita kerana Allah sayangkan hambanya. Pun begitu jangan terus berhenti dan teruslah berdoa. Begitu kongsinya.

“Anak-Anaklah Punca Rezeki Saya”, Bakal Berlima Tak Lama Lagi, Asyalliee Doakan Pasangan Tak Ada Anak!

“Anak-anak ini adalah idaman setiap orang yang bergelar suami isteri, Asya doa kan kepada followers asya yang masih menunggu cahaya mata akan dikurniakan zuriat yang baik-baik, soleh dan solehah.

IKLAN

“Jangan pernah putus asa. Teruskan berdoa kepada Allah swt dan teruskan usaha. Allah uji kerana Allah sayang akan kita sebagai hambaNya, niatlah untuk mendapatkan zuriat kerana Allah swt,” kata Asya lagi.

 

 

View this post on Instagram

 

Keluarga kita akan jadi berlima tidak lama lagi 🤍 Syukur Alhamdullilah Ya Allah atas kurniaanMu ini 🤲🏻 Akan ku jaga amanah ini dengan sebaik mungkin. Anak adalah punca rezeki yang aku ada sekarang ini. Apa yang aku ada sekarang adalah kerana anak-anakku Anak-anak ini adalah idaman setiap orang yang bergelar suami isteri, Asya doa kan kepada followers asya yang masih menunggu cahaya mata akan dikurniakan zuriat yang baik-baik, soleh dan solehah. Jangan pernah putus asa. Teruskan berdoa kepada Allah swt dan teruskan usaha. Allah uji kerana Allah sayang akan kita sebagai hambaNya, niatlah untuk mendapatkan zuriat kerana Allah swt ☺️ Abang haider & kakak helena masih tak tahu yang mereka bakal ada adik baru 😆

A post shared by 𝐀𝐒𝐘𝐀𝐋𝐋𝐈𝐄𝐄 𝐀𝐇𝐌𝐀𝐃 (@asyalliee) on

Terdahulu Asyalliee mendirikan rumah tangga bersama Eboy Arbaain pada Februari 2017. Mereka kini dikurniakan dua orang anak iaitu Haider dan Helena.

Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI