Keibubapaan

Anak Autisme Bukan ‘Nak Buat Hal’, Apa Perkara Ramai Orang Tak Tahu!

Share

Anak autisme meltdown sering disalah faham sebagai masalah disiplin, sedangkan realitinya jauh berbeza. Bila kita nampak seorang anak kecil menjerit di tempat awam, berguling di lantai, atau tiba-tiba menutup telinga, ramai terus berfikir, “Kenapa ibu bapa tak kawal?”

Hakikatnya, anak itu bukan ‘buat perangai’ tapi dia sedang bergelut dengan dunia yang terlalu kuat untuknya.

Apa Sebenarnya Anak Autisme Alami?

Anak autisme melihat dan merasai dunia dengan cara yang berbeza. Bunyi yang bagi kita biasa, seperti hon kereta, orang bercakap atau muzik kedai, boleh jadi terlalu bising dan menyakitkan bagi mereka. Lampu terang yang kita anggap normal pula boleh membuatkan mereka rasa tidak selesa.

Itulah yang dipanggil sebagai sensory overload. Dalam situasi ini, anak autisme meltdown boleh berlaku apabila terlalu banyak rangsangan yang tidak mampu diproses oleh otak mereka.

Beza Tantrum dan Meltdown

Bila terlalu banyak rangsangan, mereka tidak mampu mengawal emosi seperti kanak-kanak lain. Apa yang kita nampak sebagai “tantrum”, sebenarnya adalah meltdown iaitu satu reaksi apabila mereka sudah terlalu penat, takut atau tertekan.

Ia bukan satu perkara yangboleh dibuat-buat. Bukan untuk menarik perhatian, tetapi tindak balas semula jadi terhadap tekanan yang melampau.

Cabaran Komunikasi Yang Ramai Tak Sedar

Ramai juga tidak tahu, anak autisme bukan semuanya tidak boleh bercakap. Ada yang boleh bercakap, tetapi sukar meluahkan perasaan. Ada yang faham apa kita cakap, tetapi tidak tahu bagaimana untuk memberi respon.

Bayangkan mahu beritahu “saya takut” atau “saya sakit” tetapi tidak mampu menyusunnya dalam kata-kata. Frustrasi itu akhirnya keluar dalam bentuk tangisan, jeritan atau tingkah laku yang kelihatan ‘luar biasa’.

Dalam banyak kes, anak autisme meltdown berlaku kerana mereka tidak mampu menyampaikan apa yang dirasai.

Tekanan Yang Dihadapi Ibu Bapa

Lebih menyedihkan, ibu bapa mereka sering dipandang serong. Ada yang disindir, ada yang dipandang tajam, malah ada yang menerima komen seperti “manjakan sangat” atau “tak pandai ajar anak”.

Padahal, mereka sedang berusaha sebaik mungkin. Menguruskan anak autisme meltdown bukan sesuatu yang mudah, malah memerlukan kesabaran, ilmu dan sokongan berterusan.

Apa Kita Boleh Bantu?

Kita tak perlu jadi pakar. Tapi kita boleh jadi manusia yang lebih memahami apabila berdepan situasi ini.

1. Bertenang dulu, jangan tambah tekanan

Kalau kita panik atau marah, situasi akan jadi lebih tegang. Tenang kita boleh bantu tenangkan keadaan.

2. Jangan sentuh anak tanpa izin

Walaupun niat nak bantu, sentuhan tiba-tiba boleh buat anak autisme lebih cemas.

3. Beri ruang, jangan kerumun

Kadang-kadang orang ramai yang melihat itulah punca keadaan jadi lebih sukar. Ruang membantu mereka pulih dengan lebih cepat.

4. Tawarkan bantuan dengan sopan

Cukup tanya perlahan, “Perlu bantuan apa-apa?” Jika tidak diperlukan, hormati jawapan mereka.

5. Bantu dari segi keselamatan

Kalau nampak anak cuba lari ke jalan atau kawasan bahaya, bantu pantau dari jauh atau maklumkan penjaga.

6. Elakkan pandangan menghakimi

Percayalah, ibu bapa itu sedang berusaha sepenuh hati. Mereka tidak perlukan kritikan, mereka perlukan sokongan.

Kesimpulan

Anak autisme meltdown adalah satu keadaan yang memerlukan empati, bukan penghakiman. Dengan sedikit kefahaman, kita boleh menjadikan dunia ini lebih selamat dan selesa untuk mereka serta keluarga mereka.

Published by
SRM