Bermula daripada usia lima tahun, anak anda sudah boleh memahami perbezaan boleh wujud antara satu sama lain. Ketika usia ini dia mula mengembangkan pemahaman tentang nilai dan bahawa setiap keluarga yang berbeza mungkin akan menghargai perkara yang berbeza. Berikut 10 karektor anak wajib tahu supaya menjadi garis panduan untuk mendidik anak-anak.
Kebanyakan kanak-kanak akan mula bersekolah pada umur lima tahun. Ketika ini dia mula mempelajari sesuatu yang baru. Ada yang akan mula bertanya itu dan ini, membuat ramai kawan dan sebagainya.
Banyak perkara baharu yang bakal dipelajari dan ia baik untuk perkembangan sosial dan ketahanan fizikalnya. Pada usia ini, biasanya anak-anak akan mula menunjukkan pelbagai jenis perangai (ada masanya boleh buat ibu ayah urut dada juga!)
Dia mungkin tidak kekok untuk bermain dengan rakan-rakan sekelas atau membuat kawan baru, namun hatinya masih lagi di rumah. Dia mungkin akan kecewa dan memberontak saat pertama kali ke sekolah.
2. MULA BUAT PERANGAI ‘MACAM-MACAM’
Di tadika, dia perlu mengikuti peraturan baru yang sangat berbeza dengan keadaan di rumah. Ia mungkin boleh membuatkan dia agak keliru.
OLEH YANG DEMIKIAN, JANGAN TERKEJUT JIKA DI RUMAH, DIA AGAK GARANG, MENGAMUK, SUKA MENANGIS ATAU BERSIKAP BOSSY. INI TERJADI KERANA DIA BERTINDAK BALAS TERHADAP TEKANAN DENGAN CARA TERSENDIRI.
3. KAWAN SAMA JANTINA
Pada umur sebegini juga si kecil anda mula bermain dengan kawan-kawan yang sama jantina. Jika dahulu, ada segelintir kanak-kanak yang bermain sendiri tetapi apabila sudah bersekolah mereka lebih seronok mempunyai kawan-kawan sebaya.
4.LEBIH BERDIKARI
Kanak-kanak berusia lima tahun juga lebih berdikari dan pandai mengawal kelakuannya. Akan ada sedikit kerenah namun ia boleh dikawal. Pada usia ini juga si kecil sudah mula memahami apa yang dimaksudkan dengan adil dan mengikut peraturan dalam permainan.
5. DEMAND PENJELASAN UNTUK SETIAP PERKARA
Anak anda kini boleh memberi alasan yang boleh diterima akal. Dia boleh bertanya soalan yang serius dan mahu diberi perhatian sewajarnya. Malah akan meminta kebenaran anda sebelum dia melakukan sesuatu. Hal ini kerana dia mula belajar tentang arahan dan sudah belajar menilai apa yang betul dan salah.
Ketika ini dia sukakan peraturan. Maka, jika anda ingin memperkenalkan apa sahaja peraturan di dalam rumah, inilah masanya kerana ia boleh membuatkan dia lebih berdisiplin dan mendengar kata.
7. SUDAH FAHAM MASA & RUANG
Anak anda juga sudah boleh memahami tentang banyak perkara seperti ruang dan masa. Yang mungkin tidak semua boleh memberitahu waktu yang tepat apabila ditanya namun dia sudah punya sedikit gambaran tentang apakah itu masa dan ruang. Dia juga mula mengenal warna, bentuk, berat dan boleh melukis beberapa objek selain mula mengenal huruf dan nombor.
8.BANYAK KEMAHIRAN YANG DIPELAJARI
Waktu inilah dia seronok memanjat, bermain buaian, menari dan banyak lagi. Dia juga meneroka pelbagai kemahiran baru yang mungkin ditonton dalam televisyen atau rancangan kartun kegemaran. Ajak dia bermain bola. Tentu dia seronok dapat menangkap bola yang dihantar kepadanya.
9.PERKATAAN BAHARU
Kebanyakannya sudah boleh bertutur dengan baik. Lebih menyeronokkan apabila banyak perkataan baharu yang dia pelajari di tadika. Ada juga perkataan yang tidak pernah digunakan di rumah akan keluar daripada mulutnya. Namun jika ada perkataan yang mungkin tidak sesuai, anda perlu jelaskan kenapa dan berikan alternatif lain supaya dia lebih jelas tentang penggunaan perkataan tersebut.
Pada masa ini, anak anda boleh bercakap dengan jelas dan mempunyai perbualan dengan anda tentang apa yang dipelajari di tadika. Dia juga sudah boleh memberitahu nama, alamat, umur dan hari lahirnya sendiri.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Baru-baru ini tular isu seorang ibu yang dikenali sebagai Cikgu Ayu meluahkan rasa tidak berpuas hati apabila ada yang memandang serong kepadanya kerana anak-anak bising ketika makan di kedai.
Setelah tular, Cikgu Ayu memohon maaf di atas ‘statement’ yang diberikan. Pelbagai pendapat yang diberikan ekoran isu yang timbul ini. Perkara ini turut menarik perhatian ibu anak lapan, Puan Mcyah Joanjett. Menurutnya, kita sebagai ibu bapa perlu bijak dalam mengatur anak-anak ketika berada di luar.
Kalau bab isu anak ramai/anak kecik ni aku sensitip betholl.. anak-anak tak pernah salah. Anak tu amanah & rezeki daripada Allah swt.
Anak ramai bukan penghalang untuk makan di kedai. Kita dan anak-anak pun ada perasaan nak hangout macam orang lain. Tapi kena ingat, kedai makan ni tempat umum. Bukan tempat kita bayar private untuk family kita je. Jadi parent kena bijak kawal suasana.
Macam dikyah dan suami, kami takkan makan selagi anak-anak tak setel. Kalau anak lapar, for sure dorang meragam. So kenyangkan mereka. Lepas anak dah setel, kami makan bergilir-gilir dengan cepat. Siap semua, kami cepat-cepat keluar dari kedai.
Bukan kata bertenggek lepak-lepak. Andai kata ada anak yang meragam, salah seorang akan dukung bawa keluar dari kedai atau bawa masuk kereta untuk tenangkan.
Sape je tak nak makan santai-santai, feeling in love, suap menyuap, kunyah 40x ikut sunnah. Tapi tula kena faham dan hormat orang sekeliling. Kita tak boleh nak kawal orang lain dari mencebik kita, tapi kita boleh kawal suasana dan keadaan anak kita di kedai makan.
Nanti korang besar lah mami dengan papa makan pelan-pelan ye nak. Buat masa sekarang memang kene makan gaya ular sawa. Ngap! Telan tanpa kunyah.
Berapa jam sehari diperlukan untuk bonding time Ibu-anak dan Ayah-anak? Ramai ibu bapa mengeluh disebabkan sibuk bekerja, anak sekolah pagi petang, kita beri alasan masa untuk bersama anak sering tak cukup.
Perkongsian dari Puan Fadzielah Ayub yang juga seorang ibu dan banyak berkongsi tip keibubapaan ini boleh dijadikan panduan.
“Hujung minggu je la dapat spend masa dengan anak-anak..”
Bukan kuantiti yang penting tetapi kualiti.
Walaupun anak ramai, pastikan ibu & ayah spend masa berdua dengan setiap anak.
Tak perlu masa yang lama tetapi cukuplah sekurang-kurangnya 5 minit hanya berdua dgn anak pertama, 5 minit hanya berdua dgn anak kedua, ketiga dan seterusnya.
Gunakan masa dengan berkualiti bertanyakan bagaimana hari anak lalui hari ni, apa yang dia rasa, apa yang anak makan, main apa hari ni, cikgu ajar apa, ada masalah tak dengan kawan-kawan dan sebagainya.
Banyakkan mendengar cerita anak. Ini secara tidak langsung dapat build trust dan encourage anak bersifat terbuka dengan kita instead of pendam perasaan yang boleh menyebabkan kecelaruan atau gangguan perkembangan emosi anak.
Dengan cara begini, kita dapat berlaku ‘adil’ dan dapat mengisi tangki emosi anak secara ‘adil’ dan balance. Takde lebih pada anak kecil atau kurang pada anak yang dah besar.
Anak-anak akan rasa dihargai dan eksklusif.
Jangan pelik bila anak pertama asyik meragam, tantrum kononnya sindrom dapat adik baru. Itu adalah salah satu cara anak untuk tarik perhatian kita yang mungkin sudah beralih arah bila ada kehadiran orang baru.
Bila anak bertambah, bukan kasih sayang kita akan berkurang, tetapi makin bertambah.
Anak 2 orang tak bermakna kasih sayang kita menjadi 50%+50%, tetapi 100%+100% dan begitulah untuk anak seterusnya!
Sebagai ibu dan ayah, tanggungjawab kita bukan sekadar memberi makan dan minum kepada anak-anak tapi lebih dari itu. Sehinggakan semasa tidur pun kita digalakkan melakukan beberapa perkara untuk merangsang minda separa sedar mereka.
Ini sangat penting kerana minda separa sedarlah yang akan membentuk emosi dan peribadi mereka secara keseluruhannya.
Amalan Ketika Anak Sedang Tidur
1) Setiap malam apabila anak tidur kita hendaklah wiridkan Ya Latif (Yang Maha Melembutkan) ke ubun-ubun kepalanya sebanyak yang mungkin atau 100 kali
2) Membaca surah Al-Fatihah 1 kali, Alam Nasyrah 1 kali. Berbisiklah ditelinga anak dengan lembut dan perlahan-lahan ketika dia sedang tidur dengan menyeru nama penuhnya.
3) Bisikan tersebut hendaklah berupa nasihat, pujian dan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita semasa anak tengah tidur tu sangatlah berkesan kepada jiwa dan rohnya. Kalau boleh usaplah tangan atau rambutnya agar anak berada dalam keadaan separuh sedar.
4) Ayah dan ibu juga hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita, contohnya air yang masih basah di tangan ke muka dan ubun-ubun anak-anak kita.
Sentiasalah berdoa agar anak-anak kita menjadi anak soleh/solehah yang menyejukkan hati dan pemandangan: alfurqan74
(Al-Furqan: Ayat 74)
Semoga menjadi amalan seharian kita, dan anak-anak menjadi saham akhirat kita kelak. Amin.