“Sayang, jom ibu dukung” ujar Lia kepada anaknya Zara. “Tak nak, Zara nak ayah yang dukung!”, jawab si anak. Aduh, sedihnya hati ibu bila menerima jawapan sebegitu. Bagaikan tamparan padu hinggap ke wajah.
Fahami situasi
Mesti terkedu dan kecewa jika berdepan dengan situasi di atas, bukan? Keadaan itu merujuk kepada istilah child prefers one parent atau playing favourite di dalam konsep keibubapaan. Di mana anak lebih memilih untuk bersama dan rapat dengan salah seorang, sama ada ibu atau ayah sahaja.
“Anak tak suka aku ke?”, mesti akan timbul persoalan sebegini apabila di-reject oleh anak. Walau bagaimanapun, ibu atau ayah yang mengalami situasi ini, tidak perlu mengambil hati dengan apa yang berlaku. Ketahuilah ia adalah satu perkara normal yang berlaku kepada ibu bapa lain di luar sana.
Playing favourite
Apabila berlaku playing favourite, ia sebenarnya adalah satu petanda sihat dan positif terhadap perkembangan emosi dan kognitif si manja anda. Ini bermakna dia sedang meneroka kebebasan dalam perhubungan serta mempertingkatkan kemahiran untuk membuat pilihan berdasarkan apa yang diingininya. Menguasai kemahiran ini bererti anak anda akan dapat membesar menjadi individu yang lebih berdikari.
Di samping itu, jika permata hati anda lebih memilih si ayah (atau ibu) berbanding anda, ini bermakna dia berasa selamat dengan anda dan yakin bahawa walaupun dia meluangkan masa lebih banyak bersama ayahnya (atau ibu), anda akan tetap menyayangi dan sentiasa ada buat dirinya.
Ads
Selain itu, keadaan ini juga berlaku apabila si manja menyedari bahawa mereka akan mendapat lebih perhatian jika bersama salah seorang ibu atau ayah dalam satu-satu masa. Ini logik, bukan? Rasa sebagai individu dewasa pun, sudah tentu kita mahukan perhatian apabila bersama seseorang.
Ubati hati ibu
Walau apa pun, sedikit sebanyak jika anda bukan favourite si manja, sudah tentu akan terasa juga. Ya lah, penat mengandung 9 bulan, si ayah juga yang dipilih, sedihnya hati ibu. Jadi berikut dikongsikan beberapa tip yang boleh anda cuba. Moga-moga tidak wujud lagi istilah ‘pilih kasih’ pada si manja anda.
Bertenang
Perkara paling penting untuk mengubati hati ibu adalah untuk kekal bertenang dan jangan membiarkan situasi itu menjejaskan anda. Yes! Melakukan tidak semudah untuk melafazkannya. Tetapi anda harus sedar, bahawa ia adalah satu fasa yang bagus untuk perkembangan si manja. bersabar , okay?
Ads
Rutin baru
Cuba anda lihat rutin harian si manja. Biasanya situasi pilih kasih ini berlaku apabila si kecil lebih banyak menghabiskan masa dengan salah seorang ibu atau ayah. Jadi mungkin anda boleh cuba mengubah rutin harian. Jangan terlalu drastik, lakukan secara perlahan-lahan. Mungkin anda boleh mulakan rutin baru seperti menyediakan sarapan pagi di hujung minggu bersama.
Menyertai si anak
Menurut seorang profesor klinik psikiatri kanak-kanak dan kejururawatan di Yale Child Study Center and School of Medicine, di New Haven, Connecticut, Dr Kyle Pruett, “Ketika si comel bermain, cuba untuk meluangkan masa untuk melihat mereka bermain. Kemudian tanyakan sama ada anda boleh turut sama bermain.”
Peluang untuk anda menyertainya bermain akan ada jika anda duduk di lantai bersamanya dan mengikuti arahannya ketika bermain. Jadi mungkin anda boleh mencubanya.
Kerjasama
Ketika sedang melakukan tugasan rumah seperti menyapu sampah atau menyiram pokok, cuba untuk mengajak si kecil melakukan bersama anda.
Ads
Masa bersama
Wujudkan satu tempoh waktu secara berkala untuk melakukan satu aktiviti menyeronokkan buat seisi keluarga. It does not need to be fancy. Sekadar meluangkan masa membaca buku cerita pun sudah mencukupi.
Terus menyayanginya
Jika masih tidak berjaya memenangi hati si manja, bersabarlah. Ia bukanlah kayu ukuran yang boleh menilai rasa sayangnya kepada anda. Keadaan ini biasanya hanyalah untuk sementara sahaja.
Walau apa pun, pastikan anda terus mengasihi dan menyayanginya. Hindari daripada melepaskan rasa tidak dihargai itu dengan memarahi si kecil, ini hanya akan memburukkan lagi keadaan. Jangan mengalah!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Asam garam kehidupan berumah tangga pastinya tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Malah perbalahan suami isteri pastinya akan turut berlaku. Namun sebagai ketua keluarga, suamilah perlu bijak memainkan peranan. Begitu juga isteri yang perlu bertolak ansur agar perselisihan faham misalnya berjaya dileraikan sebaiknya.
Bagi penyanyi dan cef selebriti, Dato Fazley Yaakob, beliau tidak lokek berkongsi kisahnya malah punya cara sendiri dalam menangani masalahnya bersama isteri. Malah beliau turut mendedahkan, dia dan isteri akan menyelesaikan sebarang masalah atau perselisihan faham sebelum tidur. Itu sebaiknya.
Jelasnya lagi, dia enggan marah yang terbuku di hati akan melarat dan menjadi lebih besar pada keesokan harinya. Perasaan marah membuatkan hubungan menjadi tidak selesa dan inilah yang sentiasa diterapkan dalam kehidupannya bersama isteri.
“Konsep kami sebelum tidur mesti berbaik-baik dahulu dan tak boleh bawa marah itu sampai esok pagi.
“Tidur dalam keadaan marah akan menjadi lebih besar. Kalau berkecil hati pun mesti settle dulu sebelum tidur,” katanya lagi.
Tindakan Dato Fazley ini sememangnya harus dicontohi oleh semua suami. Bukan masalah saja settle bahkan kasih sayang pun makin bertambah kuat setiap kali meminta maaf.
Berpisah sekejap satu jam dan kemudian selesaikannya
Satu tindakan yang sangat bijak. Siapapun tidak terlepas daripada perasaan marah namun cara Datuk Fazley bersama isterinya ini cukup istimewa. Mereka berpisah sekejap dan tidak sampai sejam kedua-duanya akan bersemuka dan menyelesaikannya dengan baik.
Akui Fazley, mana-mana wanita pun termasuk isterinya sendiri, Datin Azrene Soraya sukar untuk dipujuk apabila berlaku pergaduhan.
“Ramai isteri kalau merajuk susah nak pujuk terutama apabila berlaku pergaduhan.
“Isteri suka untuk melafazkan kemaafan. Jadi, bagi kami memang tiada konsep maaf memaafkan, pujuk memujuk tapi kami akan memberikan ruang kepada satu sama lain.
“Kalau bersalah cakap, kita akan berpisah selama 30 minit atau sejam dan datang semula untuk menyelesaikannya,” tambah Fazley.
Dato Dr. Fazley Yaakob, dan Datin Azrene Soraya mendirikan rumah tangga selama 13 tahun dan dikurniakan empat cahaya mata. Si comel Ahmad Fariedz Shah, Ahmad Fieradz Shah, Ahmad Firudz Shah dan Alayna Selma menjadi penyeri kehidupan mereka.
Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, setiap Rabu jam 9 malam di Astro Ria saluran 104/124 dan ulangannya setiap Ahad jam 9.30 pagi.
Berbanding buah lain, pisang sememangnya paling tidak tahan lama apabila masak. Terlambat makan, pisang boleh jadi lembik dan tidak segar. Macam mana cara nak simpan pisang lebih lama?
Perkongsian pengguna Tik Tok, @senz.malaysia ini anda kena cuba.
Cara simpan pisang tahan lama dan segar. Boleh bertahan sampai lima hari.
Tanggalkan pisang dari tangkainya satu persatu.
Guna plastik wrap untuk membungkus pisang.
Bungkus pada tangkai bahagian atas pisang. Pastikan ditutup ketat.
Sekali suruh tak jalan, berkali-kali ibu beri arahan baru anak nak bangun. Rungutan semacam ini selalu kita dengar dari mak-mak.
Mendidik anak melakukan kerja rumah seharusnya dimulakan dari awal lagi. Lebih-lebih lagi di musim PKP ini, ajarlah anak kecil kita membantu uruskan kerja rumah. Bukan menyusahkan atau mendera anak tapi mendidik. Benar apa yang dikongsikan oleh Penulis Keibubapaan, Mohd Fhais Salim.
Wahai ibu jangan la kedekut kerja rumah dengan anak. Kami tahu ibu ibu semua tak nak menyusahkan anak anak, ibu rasa bertanggungjawab untuk buat semua kerja rumah itu sendiri.
Tapi jangan di lupa, ibu juga ada tanggungjawab untuk mengajar anak jadi seorang yang ada rasa tanggungjawab dengan kerja rumah juga.
Baru la anak tadi membesar jadi seorang yang tidak jelik membuat kerja rumah. Bila ada rasa tanggungjawab ni percayalah anak anak kita akan jadi sangat matang dan sangat mahir untuk cope dengan kehidupan seharian. Nampak je rumah bersepah dengan sendiri dia ambil penyapu sapu.
Nampak sinki penuh dengan sendiri dia basuh semua pinggan mangkuk yang kotor. Malah bila dia nampak kita sedang kepenatan dengan sendiri dia akan datang bawakan kita air dan urut kaki kita.
Tapi ibu kena mulakan dulu. Jangan kedekut kerja rumah dengan anak, baru la anak tak kedekut bantu kerja rumah kita.
Ajar la anak buat kerja rumah sejak dari kecil lagi, – sapu rumah – basuh pinggan – lipat baju – susun meja makan – kemas mainan
Mulakan yang ringan ringan. Tapi ingat, tujuan nak mengajar bukan mendera tau. Jangan pula anak buat kerja rumah kita goyang kaki layan drama korea, itu mendera namanya.. Buat la kerja tu bersama-sama.
Ya, nampak genyah sikit banyak main dari buat kerja nanti tapi percayalah selain anak belajar buat kerja rumah dalam masa sama ibu bakal dapat kuatkan silturrahim bersama si comel ibu.
Jadi jangan kedekut tau ibu!
~ Mohd Fhais Salim ~
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kalau sebut je nama Famili Durian Kimchi, memang ramai yang terus terbayang keluarga mix Korea-Malaysia yang penuh dengan aura positif, humble dan cukup unik.