Bila gigi anak-anak bermasalah pasti ibu bapa kebuntuan. Perlukah dicabut ataupun dibiarkan? Persoalan ini selalu timbul. Bagi ibu bapa yang tidak tahu apa harus dilakukan, baca artikel penuh ini.
“Doktor, gigi anak saya berlubang, baru 5 tahun kena cabut ke tampal?”
Tampal, Dr Izaza memang suka suggest gigi anak ditampal bukan dicabut. Sebab?
Sebab, gigi anak 5 tahun masih lambat lagi nak tumbuh gigi kekal. Bila gigi kekal lambat lagi nak tumbuh, jadi simpan lah gigi susu tu baik baik
Baca Selanjutnya:
Nak Masa Hadapan Pendidikan Anak Terjamin? Persiapan Haruslah Bermula Dari Sekarang!
” Dah lubang boleh tampal?”
Soalan parent selalunya suka nak ulang-ulang tau. Memang gigi berlubang rawatan dia tampal, kalau gigi goyang baru cabut
Sama lah macam luka koyak, rawatan dia jahit. Tak ada lagi Dr Izaza dengar kalau kulit koyak rawatan dia cabut dan buang
https://www.youtube.com/watch?v=YrDJJ4rtXGY
So, konsep yang sama dengan gigi. Lubang je gigi tampal, goyang je gigi cabut. Tapi, setiap rawatan gigi bergantung juga pada keadaan gigi, usia pesakit dan kesihatan pesakit
Jadi, apa-apa rawatan perlu berjumpa Doktor di klinik. Kalau nak nasihat atau 2nd opinion boleh la tanya melalui socmed nih
Sumber: Dr.Izaza Mohd Zan
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Anak Baru Satu, Jihan Dah Tak Larat Bawa Badan. Baru Tahu Macam Mana Jadi Ibu
Sejak bergelar ibu, Jihan Muse mengakui kehidupan berubah setelah dikurniakan cahaya mata sulung diberi nama Ungku Arsalan Haq sejak 4 bulan lalu.
Melalui perkongsian di Mstar dia menyatakan masih dalam proses memantapkan lagi ilmu sebagai ibu dan meletakkan keutamaan kepada anaknya itu dalam apa perkara yang dilakukan.
“Sekarang ni fokus saya lebih kepada anak, apa-apa pun kena fikir dia dahulu. Mujurlah suami banyak membantu dan kami masih belajar apa yang terbaik.
“Kalau dulu, saya bekerja pagi sampai malam, sekarang pagi bekerja, malam masa untuk anak. Orang kata kena 50-50 la. Tak boleh nak fikir diri sendirilah.
“Semenjak jadi ibu ni, memang masa terasa sangat singkat setiap hari sampai nak berjalan pun tak larat,” katanya.
Walaupun Jihan macam tak serius, tapi bab penjagaan anak memang akan diutamakan kerana tanggungjawab sebagai ibu sangat besar. Jihan juga mahukan yang terbaik buat Ungku Arsalan agar membesar dengan penuh limpahan kasih sayang.
Jihan dan Ungku Hariz berkahwin pada 20 Mac 2016 dan pasangan itu menimang cahaya mata pertama pada 25 Januari lalu.
Sumber: Mstar & instagram Jihan Muse
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Alhamdulillah Dapat Pegang Baby” Keadaan Bayi Makin Stabil, Dr Fitri Haris Lega!
Selepas seminggu dilahirkan, penyanyi, Dr Fitri Haris akhirnya dapat memegang anakanda tersayangnya yang dikhabarkan mengalami sedikit masalah pernafasan sebaik dilahirkan.
Pun begitu kata Fitri, keadaan anakandanya baik-baik sahaja. Malah kini isterinya yang tersayang, Fazilah Omar juga sudah turut dibenarkan keluar dari hospital.
Berkongsi beberapa entri di Instagramnya, Fitri berkongsi beberapa gambar dan video berkenaan anaknya yang baru dilahirkan pada 28 Jun lalu.
“Alhamdulillah setelah hampir seminggu isteri @el_mrsfitri dah discharge dari hospital. Terima kasih kepada yang mendoakan.
“Cuma baby masih warded. Pohon doa dari semua, inshaa Allah semuanya baik-baik sahaja dengan kepakaran dan keprihatinan staff nurses @annurspecialisthospital.
“O&G level 5 nurses, terima kasih jaga isteri saya dan kandungan selama berada di hospital. May Allah bless your family and your life.. amin,” kongsi Fitri melalui satu hantaran di Instagram.
Bahkan melalui entri berlainan, Fitri turut berkongsi gambarnya sambil memegang bayi sulungnya bersama isteri tercinta sambil berkongsi perkembangan bayinya yang semakin positif.
“Alhamdulillah baby semakin setabil cuma doktor kena buka satu-satu bantuan pada anakanda. Jumlah bantuan oxygen juga semakin rendah, terima kasih atas doa dan teruskan bantuan doa dari semua.
“Alhamdulillah dapat pegang baby..macam wires. Semoga anakanda cepat sembuh ya nak. Abi and mama dan semua di sini doakan anakanda sihat.
“Mungkin Abi dan Mama pulang dulu esok, anakanda terpaksa stay dulu. Takpe ya.. asalkan anakanda pulih dan stabil. Semangat seorang mujahid terus berjuang ya anakanda. Moga menjadi bekalan kekuatan menyebarkan agama suci Islam satu hari nanti,” kongsinya buat anakanda tersayang.
Baca: Penting Ibu Ayah Tahu Ada Tak Protein Susu A2 Dalam Susu Formula Anak Anda
Terdahulu, isteri Fitri terpaksa menjalani pembedahan untuk melahirkan bayi mereka dua minggu lebih awal dari tarikh due kerana mengalami masalah asma yang teruk.
Malah kata Fitri juga, dia dan isteri berdepan dugaan bila mana bayi mereka menghadapi sedikit masalah pernafasan selepas dilahirkan dan dipantau di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU).
Semoga anakanda Fitri cepat-cepat sihat dan semakin stabil untuk bersama Abi dan Umminya.
Fitri mendirikan rumah tangga bersama pengurusnya, Fazilah Omar pada Disember 2019. Fitri turut mempunyai seorang cahaya mata, Sofea Soleha, 16 tahun, melalui perkahwinan terdahulunya.
Menarik: Anak Alami Masalah Pernafasan, Lahir 2 Minggu Lebih Awal, Fitri Haris Timang Cahaya Mata Lelaki
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @fitriharisofficial
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kalau Anak Dijangkiti Chickenpox, Ini Yang Patut Anda Lakukan Untuk Merawatnya!
“Alamak anak aku dijangkiti chickenpox la. Apa patut aku buat untuk merawatnya?”
Munculnya bintik-bintik kemerahan pada badan anak disertai dengan suhu badan yang panas secara tiba-tiba mungkin menandakan anak anda terkena chickenpox atau jangkitan cacar air.
Datangnya secara tiba-tiba tanpa sebarang ‘salam’. Mula-mula hanya ada sebiji bintik merah di mana-mana bahagian badan anak anda.
Suhu badan anak juga secara tiba-tiba naik ke paras 38 darjah selsius menandakan dia diserang demam.
Masuk hari kedua atau ketiga, bintik merah mula semakin ‘meriah’ di seluruh badan anak. Kemudian bintik merah itu akan menjadi lepuh air.
Memang sah anak anda diserang chickenpox!
Kalau ini pengalaman pertama anak anda diserang chickenpox, baik anda baca tip ini sehingga habis untuk mengetahui apa yang patut dilakukan.
1. Segera berjumpa doktor
Mula-mula sekali jika anda mengesyaki anak mungkin diserang chickenpox, segera bawa dia berjumpa doktor untuk pengesahan dan mendapatkan rawatan.
2. Bagi anak minum air kelapa
Ini petua orang tua-tua yang sangat berkesan untuk merawat chickenpox. Air kelapa bagus diminum ketika awal terkena chickenpox kerana ia dikatakan membantu mengeluarkan chickenpox tersebut ke seluruh badan. Air kelapa juga bagus dibuat mandi oleh pesakit chickenpox.
3. Kuarantin anak daripada pengasuh/nurseri
Anak anda memang wajib kena kuarantin. Jika tinggal di rumah pengasuh atau nurseri, ia bermakna anda tidak boleh menghantar anak sepanjang dia tidak sihat. Chickenpox mudah berjangkit. Nanti ada ibu bapa lain yang akan menjeling jika anda terus menghantar anak ke nurseri atau rumah pengasuh.
4. Bergilir jaga anak
Inilah masanya ibu dan ayah perlu berkorban. Banyak kerja di pejabat? Ia bukan alasan jika anak kena chickenpox terutama jika anda tiada pembantu rumah. Anda berdua perlu bergilir-gilir mengambil cuti untuk menjaga anak di rumah. Kalau banyak kerja pejabat, boleh sahaja buat dari rumah. Asalkan ada internet di rumah, tiada masalah!
5. Sapu losyen calamine
Doktor akan membekalkan anda losyen calamine. Mesti sapu losyen ini dengan kerap pada badan anak untuk mengurangkan kegatalan. Kalau petua orang lama dulu, menyarankan pesakit chickenpox tidur beralaskan daun semambu. Kini dengan losyen calamine, tak perlu guna lagi mencari daun tersebut. Dengan losyen calamine, rawatan lebih mudah dan cepat.
6.Ambil paracetamol kanak-kanak
Pastikan anda ada termometer untuk memantau suhu badan anak. Jika badannya panas, ambil sirap paracetamol kanak-kanak untuk mengurangkan demam yang boleh mencecah suhu sehingga 39 darjah selsius.
7.Pakaikan lampin sahaja
Jika anak anda masih memakai lampin pakai buang, biarkan dia hanya berlampin sahaja sepanjang di rumah. Ini bagi mengelakkan badannya cepat berpeluh jika anda memakaikan dia pakaian. Badan yang berpeluh dan panas akan menyebabkan anak mudah gatal.
8.Minum banyak air masak
Anak anda mungkin tiada selera makan. Bagi memastikan dia tidak mengalami dehidrasi, bagi anak minum banyak air serta makanan berbentuk cecair seperti sup, jus buah atau yogurt.
9. Kerapkan sesi penyusuan susu ibu
Bayi berusia enam bulan ke bawah tidak boleh diberi makanan lain selain susu ibu. Tetapi ibu yang menyusukan anak boleh minum atau makan makanan yang berkhasiat. Jadi, kerapkan penyusuan susu ibu kerana susu ibu adalah penawar terbaik untuk anak. Begitu juga jika anak anda masih menyusu susu ibu walaupun dia sudah mula makan makanan pejal.
10. Banyak bersabar
Anak anda akan banyak merengek, menangis dan meragam. Jangan cepat hilang sabar dan marahkannya. Dia terlalu kecil untuk menahan kesakitan yang dialami. Jika orang tua yang kena chickenpox pun boleh merintih kesakitan, apatah lagi anak kecil yang tidak faham apa-apa lagi. Layanlah kerenah dan kemahuannya, banyakkan memeluk dan memberi perhatian kepada anak.
11. Elak makanan laut
Jangan bagi anak makan makanan laut selagi dia belum sembuh daripada chickenpox. Begitu juga bagi ibu yang menyusukan anak. Elak makan makanan laut.
12. Vitamin E hilangan parut
Selepas anak sembuh daripada chickenpox, ia akan meninggalkan kesan parut di badan anak. Tentu anda susah hati melihat parut tersebut. Anda boleh cuba menggunakan kapsul Vitamin E dengan cara mengeluarkan cairan kapsul itu dan lumurkan pada parut anak anda.Minyak tea tree juga dikatakan boleh membantu menghilangkan parut.
13. Banyakkan berdoa
Sebagai seorang muslim, doa adalah senjata ampuh paling mujarab apabila menghadapi musibah. Selain berusaha dengan rawatan moden dan tradisional, jangan lupa banyakkan berdoa memohon kepada Yang Maha Esa kerana dialah sebaik-baik Penyembuh.
Antara doa yang boleh diamalkan iaitu membaca Surah Al-Fatihah, Selawat Syifa’ dan Surah Al-Hasyr ayat 21-24 (ayat bermula dengan “Lau an zalna”). Semoga Allah memakbulkan doa hamba-Nya untuk kesembuhan penyakit.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI