Photo: Freepik.com

Ibu-ibu paling suka bila dapat cium bayi yang baru lahir. Sebenarnya bau yang terhasil itu dapat memberikan satu rasa bahagia buat ibu. Hilang semua rasa sakit ketika bersalin dan kesusahan menjaga si kecil dalam pantang.

Sebab itulah selalu kita dengar, rindu nak bau wangi bayi lagi walaupun anak baru menganjak usia setahun.

Bau bayi hasilkan Dopamine

“Sukanya bau baby.” Selalu sangat saya dengar jururawat, doktor dan ibu-ibu cakap macam ni di wad.

Setiap kali mereka dukung bayi yang baru lahir, perkara pertama yang dibuat ialah menghidu kepala bayi. Sampai berkali-kali mereka hidu, pun masih rasa tak puas. Rasa gembira. Rasa tenang.

1) Bila wanita terutamanya ibu menghidu kepala bayi, neuro hormon bernama dopamine akan dirembes dari beberapa bahagian otak.

2) Dopamine ialah hormon yang buatkan kita rasa bagus dan seronok. Dopamine juga terhasil bila kita bermain video game, makan sedap-sedap dan ketika leka bermain gajet.

3) Maksudnya, setiap kali menghidu bayi, ibu akan dapat hadiah dalam bentuk dopamine. Makin banyak dopamine terhasil, makin seronok ibu tu rasa.

IKLAN

Anak Belum Masuk Setahun Ibu Dah Rindu Nak Bau Baby Lagi, Ini Sebabnya Doktor Kongsikan!

4) Bau bayi ni juga penting sebagai cara untuk ibu kenal dan jadi rapat dengan anak mereka dalam masa yang singkat.

5) Bayi yang lahir semuanya tak mampu bertutur. Jadi ada 2 cara saja untuk mereka minta ibu ayah lindungi mereka. Pertama, dengan cara menangis. Kedua, dengan mengeluarkan bau badan yang buat ibu ayah rasa gembira.

6) Sebab tu penat macam mana pun, ibu tetap akan dukung bayi. Bila ibu belai, cium dan dukung bayi, paras hormon oxytocin ibu dan bayi pula meningkat. Oxytocin ni hormon bahagia. Sebab tu lagi banyak kita peluk dan sentuh anak, kita rasa lagi bahagia.

IKLAN

Masa bayi tengah kecil ni, nikmatilah bau bayi ni sepuas-puasnya. Sebab bila usia makin meningkat, bau bayi ni akan semakin hilang. Kita akan terindu-rindu bau mereka bila mereka besar nanti. Kan?

Kredit: Redza Zainol

Anak Belum Masuk Setahun Ibu Dah Rindu Nak Bau Baby Lagi, Ini Sebabnya Doktor Kongsikan!Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.

Nak tahu rahsia sediakan hidangan enak yang buat anak berselera makan? Jom, sertai E-Workshop Kelas Penyediaan Makanan Anak: Sedap, Sihat & Selamat di: https://toko.ideaktiv.com/product/e-workshop-kelas-penyediaan-makanan-anak-sedap-sihat-selamat/

IKLAN

Anak Belum Masuk Setahun Ibu Dah Rindu Nak Bau Baby Lagi, Ini Sebabnya Doktor Kongsikan!Daftar segera sebagai peserta webinar keibubapaan ini!
https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat  

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI