Setiap hari malah setiap masa, seorang ibu tidak pernah lupa untuk menasihati anaknya agar menjadi anak yang cemerlang sifatnya. Baik budi pekerti malah penuh rasa tanggungjawab dalam segala hal. Pastinya bila anak menjadi anak yang baik seperti yang kita inginkan, hati seorang ibu terasa berbunga riang.

Pun begitu, bila anak sudah bertindak seperti yang kita inginkan malah mampu melakukan seperti yang kita mahupun, janganlah lupa tunjukkan penghargaan kita padanya. Biar nampak remeh, hal ini sebenarnya menaikkan inspirasi bagi anak kita. Barulah dia terasa lebih dihargai. Jangan lokek.

Bukan wang yang anak-anak minta, sebaliknya gantikanlah dengan perkara lain yang membuatkan anak terus gembira. Lima tip yang dikongsikan oleh Ahli Terapi Carakerja, Pn Mahfuzah Zainol ini perlu kita lakukan.

Anak Buat Perangai Baik, Upahlah Sikit, Biar Anak Tahu Ini Yang Ibu Mahukan!


5 Jenis Bentuk ‘Reward’ atau Ganjaran untuk Tingkah Laku Anak-anak

Kalau ibu bapa gabungkan teknik modifikasi tingkah laku dan reward, insha Allah lebih berkesan. Ini antara jenis reward yang boleh ibu ayah atau guru atau ahli terapis gunakan untuk membentuk tingkah laku baik.

1. Ganjaran fizikal
Contohnya memeluk, menggeletek dan ciuman

Simple dan mudah. Tapi perhatikan jugak, mana tau anak itu ada sensori isu (tactile defensive), dia tak suka dipeluk/ disentuh, maka tak boleh guna reward jenis ini.

IKLAN

2. Ganjaran verbal
Contohnya seperti kata-kata pujian yg baik.

“Well done.”
“Pandainyaaa….”
“Solehahnya anak mama.”

Yang ini juga perlu berhati-hati sebab saya ada pengalaman seorang klien yang apabila dipuji, lagi dia menangis. Ya, setiap anak-anak ini berbeza. It is an art to learn to know them. 🤗

Anak Buat Perangai Baik, Upahlah Sikit, Biar Anak Tahu Ini Yang Ibu Mahukan!

IKLAN

3. Makanan
Contohnya seperti ais krim atau chocolate atau makanan yang anak suka. Bab makanan ni, ada ibu bapa yang memang say NO to junk food. Yes, teruskan usaha untuk itu. Saya salute!! Saya support!! Tapi kalau nak anak merasa sekali-sekala, tak salah. Ala-ala cheat meal gituu.. 🤪
Nanti rugi jugak mereka tak rasa cikedis-cikedis ni di zaman kanak-kanak, tapi ibu ayah kawal ya.

4. Muzik atau aktiviti kegemaran
Contohnya suka dengar muzik video ‘Didi and friends’ or ‘Omar and Hana’ or lagu ‘Shark dudududu’ or ‘Frozen’ or lagu-lagu yang ibu ayah pilih untuk anak-anak dengar. Sebenarnya menyanyi sambil menari ini adalah satu bentuk ‘action song’ yang sangat baik untuk menambah vocabulary anak-anak. Try this at home. Highly recommended.

Anak Buat Perangai Baik, Upahlah Sikit, Biar Anak Tahu Ini Yang Ibu Mahukan!

5. Carta token atau bintang
Contohnya ibu bapa buat carta bintang, bila dah buat itu, satu bintang. And tambah lagi bintang tersebut jika ada tingkah laku yang baik dilakukan.

IKLAN

Bila sudah kumpul banyak-banyak bintang, let say dah dapat 20 bintang, boleh redeem dapat satu hadiah ‘besar’ atau satu mainan idaman. Hadiah ‘besar’ ni boleh jadi seperti trip ke tempat idaman or makanan kegemaran yang jarang sangat boleh dapat.

Sekian, perkongsian saya sebagai ahli terapi carakerja untuk kanak-kanak dalam pendidikan khas.


PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANNINA

Tak sabar nak tengok keletah comel Jeanelle setiap minggu? Pa&Ma Musim ke-8 kembali lagi di kaca tv menemani anda! Kali ini, kami membawakan edisi Pa&Ma Journey Bersama JovianNina. Jom kosongkan malam Rabu anda dengan menonton gelagat mereka pada jam 9 malam, hanya di Astro Ria saluran 104 & 124. Set kalendar anda sekarang ya.

Anak Buat Perangai Baik, Upahlah Sikit, Biar Anak Tahu Ini Yang Ibu Mahukan!

#PaMaJourneyBersamaJovianNina
#AstroRIA
#MajalahPAMA

Nak macam-macam info? Jom join channel Pa&Ma D Parents Channel https://t.me/pamachannel

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI