Biasanya bila anak mula mencecah 3 tahun ke atas dah boleh menuturkan beberapa ayat pendek dan mudah. Tapi yang menjadi kerisauan sesetengah ibu bapa, anak boleh sebut macam-macam tapi masih pelat walaupun usianya 5 tahun.

Kenapa anak saya pelat? Seringkali ibu bapa datang dengan komplen macam ni – “Anak saya dah cakap banyak, tapi masih pelat. Apa maksud ibu bapa anak PELAT?

Menurut Terapis Pertuturan Bahasa, Nor Azizah Nordin ada tiga kategori anak pelat yang perlu ibu bapa tahu si kecil anda di peringkat mana.

Anak Cakap Banyak Cuma Masih Pelat. Buat Dua Latihan Asas Ni Dulu, Nanti Ok!

  1. Cakap hujung-hujung atau tak lengkap…. contohnya “BAJU” ditukar ke “AJU” @ “JU” sahaja. Contoh ayat “AJU ADIK OTO” (Baju adik kotor)
  2. Salah sebutan huruf/bunyi… contohnya /K/ ditukar ke /T/ seperti “KAKAK” ditukar ke “TATAK”.
  3. Tertukar kedudukan huruf/bunyi… contohnya “BAJU” ditukar ke “JABU” – kedudukan bunyi /B/ dan /J/ bertukar.

Anak Cakap Banyak Cuma Masih Pelat. Buat Dua Latihan Asas Ni Dulu, Nanti Ok!

Sebenarnya proses ini adalah NORMAL bagi anak-anak di bawah umur 5 tahun. Selepas umur 5 TAHUN, jika anak-anak masih lagi tidak menyebut bunyi dengan betul, berjumpalah dengan Terapis Pertuturan-Bahasa untuk membuat penilaian. 5 tahun bukan mengikut Umur anak… TETAPI mengikut UMUR BAHASA anak.

Anak Cakap Banyak Cuma Masih Pelat. Buat Dua Latihan Asas Ni Dulu, Nanti Ok!

Macamana nak tau UMUR BAHASA anak?
Pada Usia 5-6 tahun,
– Anak telah menghasilkan ujaran 5-6 perkataan
– Dapat menamakan 6 warna asas dan 3 bentuk asas
– Dapat menamakan hari dalam seminggu mengikut turutan
– Dapat mengira 1-30 dengan hafalan
– Menceritakan sesuatu perkara dengan tepat
– Kerap bertanya maksud perkataan yang abstrak
– Bahasa dan pertuturan menyamai orang dewasa
(* dipetik dari penanda buku Persatuan Speak)

Anak Cakap Banyak Cuma Masih Pelat. Buat Dua Latihan Asas Ni Dulu, Nanti Ok!

Jika anak anda masih belum mencapai peringkat bahasa seperti di atas, dia mungkin masih belum mencapai UMUR BAHASA 5 tahun. DAN PELAT masih lagi merupakan Proses NORMAL nya.

TERAPI BAGI ANAK PELAT
Sebelum membuat Latihan, perlu dipastikan:-
1. Anak mendengar bunyi yang betul – Telinga
2. Anak memproses bunyi yang didengar – Otak
3. Anak bersedia untuk menyebut bunyi yang betul – Mulut

Dalam sesetengah kes, pendengaran yang perlu difokuskan dahulu (seperti bagi masalah anak kurang pendengaran).

Sesetengah kes yang lain, struktur mulut yang perlu dilihat. Dalam kes terpinggir pula, mungkin 0tak yang tidak memproses bunyi dengan baik. Kesemuanya memerlukan terapi.

Oleh itu, biasanya latihan akan dimulakan dengan
1. Latihan Mendengar Perbezaan Bunyi
2. Latihan Sebutan bagi bunyi yang salah (pelat)

Anak Cakap Banyak Cuma Masih Pelat. Buat Dua Latihan Asas Ni Dulu, Nanti Ok!

Bagaimana menjalankan latihan?
1. Latihan Mendengar Perbezaan Bunyi (Rujuk Buku Coklat)
Contoh: Anak sebut “TATAK” untuk “KAKAK” – bunyi /K/ ditukar ke bunyi /T/.
i. Cari gambar “Perbezaan /T/ dan /K/”. (Buat Carian dari Kandungan buku)
ii. Buka mukasurat yang berkenaan. Letakkan di hadapan anak. (Contohnya saTu Vs saKu)
iii. Ibu sebut setiap gambar “Satu” dan “Saku” sambil tunjukkan gambar satu persatu kepada anak.
iv. Ibu minta anak tunjuk kepada gambar apabila ibu sebut setiap satu gambar secara rawak.
v. Perhatikan. Adakah anak dapat tunjukkan gambar “SATU” dan “SAKU” dengan betul?

Jika TIDAK, ulang latihan ini sehingga anak dapat membezakan “SAKU” dan “SATU”
Jika YA, latihan peringkat ke2 boleh diteruskan.

Anak Cakap Banyak Cuma Masih Pelat. Buat Dua Latihan Asas Ni Dulu, Nanti Ok!

  1. Latihan Sebutan (Rujuk Buku Oren)
    Contoh yang sama: Anak sebut “TATAK” untuk “KAKAK” – bunyi /K/ ditukar ke bunyi /T/.
    TARGET: membetulkan Bunyi /K/
    i. Cari “Cara Sebutan Bunyi /K/” di mukasurat (xi). Praktikkan sebutan bunyi /K/ bersama anak. Bantu anak untuk membetulkan bunyi /K/. (Rujuk Terapis Pertuturan-Bahasa untuk penjelasan yang lebih terperinci). Pastikan anak telah dapat menyebut /K/ dengan betul sebelum meneruskan latihan.
    ii. Cari Latihan Bunyi /K/ dari Kandungan Buku
    iii. Buka mukasurat yang berkenaan. Letakkan di hadapan anak. Mulakan dengan bunyi /K/ di awal perkataan.
    iv. Minta anak sebutkan setiap gambar dengan bunyi /K/ yang betul. Betulkan kedudukan lidah anak jika anak masih tertukar /K/ menjadi /T/.

Anak Cakap Banyak Cuma Masih Pelat. Buat Dua Latihan Asas Ni Dulu, Nanti Ok!

Latihan untuk anak pelat ini perlu dijalankan secara intensif untuk mendapat hasil yang baik. Sentiasa berhubung rapat dengan Terapis Pertuturan-Bahasa untuk memastikan latihan dijalankan dengan betul.

SLT Nor Azizah
Terapis Pertuturan-Bahasa

Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/

Anak Cakap Banyak Cuma Masih Pelat. Buat Dua Latihan Asas Ni Dulu, Nanti Ok!

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI