Anak Datuk Seri Siti Nurhaliza Tak Tercalon AME 2019. Aafiyah Tak Penuhi Kriteria

Share

Siti Aafiyah Khalid, anak kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin tidak tercalon dalam senarai Si Cilik Meletop Anugerah MeleTop Era 2019 (AME) 2019.

Perkara tersebut viral dan mengundang rasa tidak puas hati oleh peminat-peminat Datuk Siti.

Calon Perlu Memenuhi Kriteria

Mengulas tanda tanya berhubung perkara tersebut, Penolong Naik Presiden Segmen Kanak-Kanak & Remaja Astro, Marissa Hanafitampil menjelaskan calon-calon perlu memenuhi beberapa kriteria bagi melayakkan pencalonan.

Perlu ada Paltform sendiri

Calon yang disenaraikan dalam kategori itu perlu mempunyai platform dan “jenama” tersendiri. Kita tidak nilai populariti mereka mengikut populirati ibu bapa, ia tidak adilah bagi orang lain.

Perlu ada akaun Instagram rasmi

Oleh sebab itu calon perlu mempunyai akaun Instagram rasmi dengan jumlah pengikut yang ramai. Untuk rekod, pada AME 208, Arif Jiwa Asyraf memenangi kategori tersebut. AME 2019 bakal berlangsung di Axiata Arena pada 21 April ini.

Sumber: Sinar Harian

IKLAN