Seorang bapa tidak sanggup melihat video rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) memperlihatkan anak lelakinya ditendang, ditampar dan ditarik rambut didakwa dilakukan pengasuh di sebuah Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) di Penampang.

Malahan lebih memilukan apabila kanak-kanak berusia empat tahun itu ditampar dan dipukul guna pembaris di bahagian muka dan kepala berkali-kali ketika hendak makan.

Anak Ditampar, Ditendang & Ditarik Rambut Oleh Pengasuh Taska! Meraung Si Ibu Tengok Rakaman CCTV

Tak Pernah Perlakukan Anak Seumpama Itu

Bapa mangsa yang enggan dikenali berkata, dia sendiri tidak pernah memperlakukan anaknya seumpama itu dan tidak sanggup menyaksikan rakaman anaknya didera.

Katanya, anaknya sudah dua kali menjadi mangsa dera bermula pada Mac lalu dengan kejadian pertama berlaku dua minggu lalu selepas isterinya mendapati ada kesan lebam di bahagian tangan.

IKLAN

Sudah 2 Kali Didera

“Mulanya anak saya mengatakan dipukul oleh guru (pengasuh) tetapi mengubah mengatakan kawan-kawan pukul.

“Bagaimanapun, isteri melihat kesan lebam lain di bahagian dada anak kami seminggu kemudian sebelum bertanya kepada pihak taska dan mereka menyatakan mungkin bergaduh sesama rakan.

Tambah lelaki itu, kejadian terbaharu apabila anaknya mengadu sakit di bahagian kepala dan setelah diperiksa mendapati terdapat kesan luka.

IKLAN

Buat Laporan Selepas Tengok CCTV Taska

Katanya, dia kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Tanjung Aru selepas melihat CCTV yang menyaksikan anaknya ditampar, ditendang dan rambut ditarik.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, pihaknya menerima tiga laporan polis mengenai kejadian itu daripada ibu mangsa, pengusaha taska termasuk daripada pengasuh didakwa dikasari bapa mangsa.

IKLAN

“Setakat ini, dua kertas siasatan dibuka iaitu mengikuti Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang boleh membawa hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

“Kes juga disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang boleh membawa kepada hukuman penjara setahun atau denda tidak melebih RM20,000 atau kedua-duanya sekali,” katanya menerusi kenyataan media.

Terdahulu, tular video berdurasi dua minit 12 saat memaparkan seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun ditendang, ditampar dan rambut ditarik oleh pengasuh di sebuah taska di Luyang sejak petang semalam.

Kredit: Kosmo Online

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI