Ads

Anak Ditemui Meninggal Dalam Istana Belon Yang Dikempiskan

Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun dilaporkan  meninggal dunia selepas ditemukan tersepit di dalam struktur istana belon yang telah dikempiskan dan dilipat oleh pengendali.

Ketika kejadian, kawasan permainan itu sudah ditutup. Namun didapati kanak-kanak ini berada di dalam struktur tersebut, sebelum terperangkap tanpa sesiapa sedar.

Sebaik ditemui, mangsa terus dibawa ke hospital untuk rawatan kecemasan. Walaubagaimanapun segala usaha dilakukan, doktor mengesahkan bahawa kanak-kanak ini tidak dapat diselamatkan. Kejadian yang berlaku di Kota Sungai Penuh, Jambi, Pulau Sumatera, Indonesia.

TERPERANGKAP DALAM ISTANA BELON, IBU CARI SETENGAH JAM, RUPANYA ANAK  5 TAHUN MAUT

Kejadian tragis itu berlaku di tapak permainan istana belon yang terletak di Lapangan Merdeka, Desa Pondok Tinggi, pada malam Ahad tempat yang biasanya dipenuhi suara kanak-kanak, tapi malam itu bertukar menjadi lokasi kesedihan yang sukar dilupakan.

Pada awalnya, kanak-kanak lelaki berusia lima tahun itu, yang dikenali sebagai GL  dilihat bermain seperti biasa di sekitar kawasan tersebut. Riang, bebas, tak pernah terlintas pada sesiapa bahawa beberapa minit kemudian, semuanya akan berubah.

Ads

Namun selepas satu tempoh yang panjang tanpa kelibatnya, ibunya, Putri Ningsih, mula dilanda rasa tak sedap hati. Dia cuba meyakinkan diri bahawa anaknya masih di sekitar. Tetapi firasat seorang ibu memang tak pernah salah ada sesuatu yang tidak kena.

Mengikut cerita Ningsih, dia pada mulanya melihat anaknya masih berada berhampiran tapak permainan namun setelah kira-kira setengah jam dan keadaan tapak semakin sunyi, anaknya langsung tidak kelihatan.  Panik mula merayap. Dalam hati seorang ibu, ketakutan itu datang dalam diam, tapi kuat.

Ningsih kemudian bergerak dari satu sudut ke satu sudut lapangan. Dia memeriksa kawasan gelap, bangunan bersebelahan, lalu berlari pulang seketika untuk memeriksa rumah dalam harapan kecil anaknya mungkin sudah balik tanpa sedar. Namun, “anaknya tetap tidak ditemui.”

Malam itu, langkahnya tak berhenti. Pencarian berubah dari bimbang… kepada takut… kemudian kepada doa yang tak putus-putus. Tapi tak seorang pun menyangka jawapan kepada pencarian itu berada di tempat yang paling tak masuk akal di dalam struktur istana belon yang sudah diruntuhkan.

Ads

Anak Ditemui Meninggal Dalam Istana Belon Yang Dikempiskan

“Semasa mencari, saya tanya neneknya dan dia kata GL ada di istana belon. Saya terus ke situ, tetapi kawasan sudah kosong. Saya tanya pemilik belon, namun dia kata tiada sesiapa di dalam,” jelasnya.

“Apabila saya kembali ke lapangan, pemilik belon sedang membuka struktur yang telah dikempiskan. Saya bertanya sekali lagi sama ada anak saya berada di dalam dan ketika itu baru disedari ada tubuh kecil di situ,” katanya.

Ads

Sebaik sahaja istana belon itu dibuka sepenuhnya, GL ditemukan dalam keadaan meniarap dan tidak sedarkan diri. Kanak-kanak itu dikejarkan ke hospital dan beberapa kali diberikan bantuan oksigen, namun gagal dirawat.

“Badannya menjadi panas dan saya meminta pihak perubatan untuk cuba sekali lagi. Tetapi doktor memaklumkan bahawa anak saya sudah tiada. Hancur hati kami menerima berita itu. Anak saya pergi begitu sahaja,” luahnya dalam keadaan sebak.

Sementara itu, Ketua Unit Siasatan Jenayah Polres Kerinci, AKP Veri Prastiawan, mengesahkan kejadian tersebut.

“Kanak-kanak itu dibawa ke Hospital DKT untuk rawatan segera, namun disahkan meninggal dunia. Kes ini masih dalam siasatan pihak polis,” katanya.

Sumber: Kumparan

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Untuk Papa Mama

Lindungi Diri, Lindungi Keluarga. Jangan Ambil Mudah, Fahami Mengapa Pentingnya Mencegah...

Kena fahami mengapa penting untuk cegah influenza, ia perlu untuk kita lindungi diri dan keluarga.