
Semua ibu bapa nak yang terbaik untuk anak. Kita nak mereka berjaya, cemerlang, pandai bercakap, dan bijak dalam pelajaran. Pendek kata, ramai yang menilai kebijaksanaan anak melalui apa yang nampak di mata terutama keputusan peperiksaan.
Tapi hakikatnya, anak genius tidak semestinya sentiasa mendapat tempat pertama di sekolah.
Satu perkongsian daripada seorang ibu, Puan Hana Shahadan di Facebook, membuatkan ramai ibu bapa tersentak seketika. Rupanya banyak tanda kecerdasan anak yang sering kita terlepas pandang.
Ramai ibu ayah selalu sangka anak genius mesti mempunyai ciri-ciri seperti:
Sebenarnya, kecerdasan kanak-kanak tidak semestinya terserlah melalui markah semata-mata.
Kadang-kadang tanda anak genius tersembunyi pada perangai yang kita selalu anggap “pelik”, “banyak ragam”, atau “lain macam”.
“Mama kenapa langit biru?”
“Kenapa orang mati?”
“Kenapa Tuhan tak nampak?”
Soalan seolah-olah tidak pernah habis.
Kadang-kadang kita penat hendak menjawab sampai terasa anak terlalu menyibuk.
Namun dalam dunia psikologi perkembangan kanak-kanak, sifat ingin tahu yang tinggi sebenarnya salah satu tanda anak genius.
Apabila kanak-kanak banyak bertanya, itu menunjukkan otak mereka sedang aktif membina sambungan neural baru.
Mereka bukan sekadar bertanya, tetapi sedang cuba memahami dunia di sekeliling mereka.
Anak yang kuat bertanya biasanya mempunyai tahap curiosity yang tinggi — dan curiosity adalah asas kepada kecerdasan sebenar.
Ada anak yang mudah menangis, cepat terasa hati, dan sangat empati apabila melihat orang lain susah.
Ramai ibu bapa risau jika anak terlalu lembut hati.
Sebenarnya, ramai anak genius mempunyai kepekaan emosi yang tinggi.
Mereka selalunya:
Otak mereka bekerja bukan sahaja secara logik tetapi juga melalui emosi.
Sebab itu mereka nampak terlalu sensitif, sedangkan itu sebenarnya tanda kecerdasan emosi yang matang.
Bukan semua anak yang sukar duduk diam itu nakal.
Ada kanak-kanak yang cepat memahami sesuatu perkara. Apabila aktiviti terlalu mudah atau berulang, otak mereka menjadi kurang dirangsang.
Keadaan ini membuatkan mereka nampak gelisah, tidak fokus, atau seolah-olah tidak mendengar arahan.
Bagi sesetengah kes, ini juga boleh menjadi tanda anak genius.
Kanak-kanak seperti ini biasanya cepat bosan apabila cabaran yang diberikan tidak setara dengan kemampuan kognitif mereka.
Mereka memerlukan rangsangan minda yang lebih mencabar untuk kekal fokus.
Ada anak yang suka berangan, bercakap dengan watak rekaan, dan mencipta cerita sendiri tanpa henti.
Kadang-kadang ibu bapa risau kerana anak kelihatan terlalu hidup dalam dunia sendiri.
Sebenarnya imaginasi yang tinggi sangat berkait rapat dengan kreativiti dan pemikiran luar kotak.
Ramai anak genius mempunyai imaginasi yang sangat aktif sejak kecil.
Dalam psikologi, kebolehan ini dipanggil divergent thinking — iaitu keupayaan menghasilkan idea yang unik dan berbeza.
Tokoh dunia seperti Albert Einstein dan Nikola Tesla juga dikenali sebagai kanak-kanak yang kuat berimaginasi ketika kecil.
Imaginasi inilah yang akhirnya membentuk kreativiti luar biasa apabila mereka dewasa.
Apabila seorang anak sangat meminati sesuatu topik, mereka boleh bercakap tentang perkara yang sama berulang kali.
Mereka mungkin menghafal fakta pelik yang orang lain tidak ambil kisah.
Malah ada yang boleh fokus berjam-jam tanpa jemu.
Sifat ini dikenali sebagai hyperfocus dan ia sering dikaitkan dengan anak genius.
Hyperfocus menunjukkan otak mereka mampu mendalami sesuatu bidang dengan intensiti yang tinggi.
Ciri ini sangat penting dalam perkembangan bakat dan kepakaran pada masa hadapan.
Namun begitu, mempunyai tanda-tanda anak genius tidak bermaksud mereka tidak memerlukan bimbingan.
Kecerdasan tanpa panduan boleh menyebabkan tekanan emosi.
Ramai kanak-kanak yang sangat pintar sebenarnya:
Mereka mungkin kelihatan kuat di luar, tetapi sebenarnya sangat sensitif di dalam.
Sebab itu tugas ibu bapa bukan untuk melabel anak sebagai genius.
Tugas kita adalah menyediakan ruang yang selamat supaya mereka boleh berkembang mengikut rentak sendiri.
Setiap anak mempunyai bentuk kecerdasan yang berbeza.
Dan kadang-kadang, anak yang kita selalu risau “lain macam” itu sebenarnya sedang membesar dengan cara yang luar biasa.
Sumber: Hana Shahadan