Bila anak datang tunjuk sesuatu, ajak main, layanlah sekejap walaupun sedang sibuk. Mungkin masa tu kita rasa anak ni saja nak melambatkan kerja. Dengan tak sengaja terus kita menaikkan suara dan melenting suruh anak main jauh-jauh.
Perasan tak bila kita bersikap sedemikian, anak yang mulanya muka ceria terus berubah wajah. Tak adakah rasa bersalah? Jangan hairan bila anak semakin besar dia mula jauh hati dan susah nak berkongsi sesuatu masalah dengan ibu bapa.
Keadaan ini jika tak ditangani boleh menyebabkan anak akan lebih percaya rakan berbanding ibu bapanya apabila sudah meningkat dewasa.
Perkongsian dari seorang guru, Mohd Fadli Salleh ini boleh membuka minda kita sebagai ibu bapa untuk lebih memahami perasaan anak dan masa kecil mereka dengan kita pun sekejap saja.
Anak hanya rapat dengan kita hingga umur 12 tahun
Suatu ketika, aku mengeteh bersama kawan-kawan hingga lewat malam.
Diantara satu sisipan kopi panas, sahabat ini mula membuka topik baru.
“Anak-anak kita ni, waktu kecil sahaja rapat dengan kita. Hingga darjah 6 sahaja. Selepas itu dia mula masuk ke sekolah asrama.
Ads
Makin jauh, dan makin renggang hubungan. Jumpa pun sebulan sekali. Itu pun kalau kita tidak sibuk.”
Kami bertiga mengangguk kepala. Seorang demi seorang mencelah memberi idea dan pandangan. Kesimpulannya, kami semua setuju dengan apa yang dia kata.
Benarlah. Walau anak itu tidak ke asrama sekali pun, dia dah meningkat remaja. Bila menginjak remaja, dia mula ada rahsia. Mula ada rasa ingin berteman. Mula rasa ingin ruang untuk diri mereka.
Biasalah, remaja. Kita pun pernah remaja kan?
Mereka mula pandai berdikari. Tidak lagi boleh didukung kita. Tidak lagi mahu main kuda-kuda. Tidak lagi berebut nak panjat atas belakang. Nak makan bersuap jauh sekali lah.
Ads
Sahabat ini, dulunya dia punya perniagaan yang berjaya. Sehingga satu saat, dia jatuh terduduk ditipu kawan sendiri. 6 bulan tanpa kerja, berfikir dan merancang untuk strategi bisnes seterusnya.
Bila tanpa kerja, sehariannya hanya di rumah. Menghantar anak ke situ sini, membantu anak membuat kerja sekolah, melayan apa jua permintaan mereka.
Penat. Tapi dia puas. Letih, tapi hubungan dia dan anak lebih berkualiti dan rapat.
“Agaknya Allah sengaja uji aku agar aku sedar dan beri peluang untuk aku lebih rapat dengan anak-anak,” ujarnya sambil menguntum senyum.
Kini dia mula melebarkan empayarnya sedikit demi sedikit. Makin kukuh dan berjaya empayar baru ini. Lebih gah dan besar berbanding bisnes dulu.
Ads
Tapi kali ini, dia sudah pandai bahagi masa untuk bersama keluarga dan anak-anak. Allah dah ‘tegur’ dia dulu, kali ni dia ingat.
Tinggalkan kenangan manis dalam memori anak
Kalau kita ada anak kecil, luangkanlah masa bersama mereka walau sesibuk mana pun. Biar ada memori untuk mereka dan kita kenang dimasa akan datang.
Sekejap sahaja anak ini membesar. Jangan kita tersedar bila mereka telah pun pandai berdikari. Saat mereka telah pun meningkat remaja.
Masa itu kita akan rindukan anak kecil kita yang minta kita buatkan susu. Yang minta sapukan jem pada rotinya.
Jangan terlampau sibuk dengan dunia sehingga terlupa; harga anak itu jauh lebih bernilai dari dunia dan segala isinya.
Jangan sehingga anak itu membesar, hanya kenangannya dengan bibik yang kekal diingatan. Jangan!
Pelakon Siti Elizad yang baru sahaja selamat menjalani pembedahan membuang ketumbuhan sebesar 8cm pada Rabu lalu mengharapkan agar hasratnya menimang cahaya mata menjadi kenyataan.
Difahamkan ia merupakan pembedahan kedua buat Elizad selepas melalui proses yang sama pada tahun 2015 untuk membuang ketumbuhan seberat 4kg.
Menurut Elizad, 34, pembedahannya berjalan lancar dan doktor menyarankan agar dia segera hamil apabila kesihatannya kembali pulih nanti.
Pelakon Syurga Yang Kedua memberitahu, dia hanya mengetahui tentang ketumbuhan terbaharu itu apabila berjumpa pakar untuk menjalani proses In vitro fertilization (IVF).
“Doktor menasihati agar ia dibuang terlebih dahulu jika ingin hamil. Dibimbangi sekiranya saya hamil juga, ia boleh menjejaskan janin dalam kandungan. Saya ikut nasihat doktor tetapi meminta tidak membuang sebelah lagi ovari.
“Alhamdulillah, segalanya berjalan. Cuma, buat masa sekarang saya perlu pastikan keadaan betul-betul sihat terutama kesan pembedahan jika ingin hamil. Dapat seorang cahaya mata pun saya bersyukur sangat. Doakan saya,” katanya sebagaimana yang dilaporkan sebuah akhbar.
Elizad akan berehat selama sebulan daripada sebarang aktiviti kerjaya seni dan hanya akan kembali aktif apabila kesihatannya benar-benar pulih.
Elizad mendirikan rumah tangga dengan duda dua anak, Shamsul Baharin Rahman, 46, pada 11 Januari 2015.
Sumber: Sinar Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sudahlah masak kelam kabut waktu balik kerja, minyak pula tertumpah atas lantai. Bertambah rasa penat. Jangan terus capai mop bila minyak tumpah. Ada cara yang lebih baik dan efisyen serta menyenangkan mak-mak di dapur.
Nak bersih macam mana? Rupanya dengan meletakkan bahan mudah ini, kerja membersih jadi lagi senang.
Perkongsian tip yang dikongsikan di akaun Tik Tok, @julespitch ini mak-mak kena cuba. Memang mudah!
Tips bersihkan minyak masak tertumpah.
Jangan pakai mop terus nanti leceh nak bersihkan mop yang berminyak pula.
Ambil je tepung gandum, letaklah ikut sukatan minyak yang tumpah.
Uli lah sekejap dan gumpal sampai keseluruhan minyak.
Lepas tu ambil tisu dan lap. Memang bersih.
Kalau nak rasa bersih lagi, bolehlah dibersihkan dengan air pula selepas itu. Siap.
Sebagai parents, kita perlu peka dengan keselamatan anak. Sama ada di rumah mahupun ketika di bawa keluar, bahaya ada di mana-mana. Lengkapi diri dengan ilmu pertolongan cemas supaya kita tidak panik sekiranya berdepan dengan situasi tak diingini. Jom, serta e-workshop Stay Safe: Bahaya Di Mana-Mana, Lindungi Anak Anda sekarang!
Sakitnya hati bila tengok kotoran dan tahi lalat pada pakaian bayi susah nak hilang walaupun sudah dicuci menggunakan sabun khas
Mesti ramai ibu-ibu yang mengalami perasaan ini. Betul tak?
Sebelum mula basuh pakaian bayi, anda perlu baca dahulu labelnya yang ada menunjukkan cara membasuhnya. Setiap jenis fabrik bayi adalah berbeza cara basuhannya.
Sebaiknya basuh pakaian kotor bayi dengan segera dan elakkan terbiar beberapa hari. Ini kerana kesan kotoran boleh terus melekat pada pakaian dan lebih susah hendak dibersihkan serta berisiko tidak hilang bila dicuci.
Ada bermacam jenis kotoran pada pakaian bayi anda seperti air liur, kesan susu ibu atau susu formula, makanan dan kotoran lain.
Berikut adalah beberapa jenis kotoran pada pakaian bayi dan cara mudah membersihkannya. Oh ya, jangan lupa asingkan dulu pakaian bayi daripada pakaian orang dewasa kerana kulit bayi lebih sensitif.
1. Kotoran susu ibu, susu formula, makanan dan air liur
Rendam pakaian bayi dalam air bersih terlebih dahulu kemudian barulah letak pencuci pakaian bayi.
2. Kotoran daripada minyak bayi, krim dan minyak telon
Sebelum mencuci pakaian, taburkan tepung jagung atau bedak pada kotoran untuk menyerap minyak, biarkan lebih kurang 10-15 minit. Kemudian barulah cuci pakaian dengan sabun pencuci pakaian bayi.
3. Jus, jam buah & makanan bayi
Rendam pakaian dalam air yang dicampur 1 sudu kecil baking soda. Jangan tunggu sampai kotoran kering dan sudah melekat pada pakaian bayi kerana ia lebih susah hendak ditanggalkan. Selain itu anda boleh juga menggunakan cuka masak untuk menghilangkan kotoran ini. Caranya larutkan cuka dalam air paip dengan nisbah 1:3, kemudian baru cuci. Bila menggunakan cuka, ibu mesti lebih teliti semasa membilas pakaian anak supaya bau cuka hilang pada pakaian.
4. Kotoran air kencing
Campurkan 1 sudu besar campuran amonia dalam secawan air. Kemudian rendam pakaian kotor itu sebelum dicuci seperti biasa.
5. Kesan tahi lalat
Campur sedikit cuka ke dalam setengah liter air. Rendam semalaman pakaian bayi yang ada tahi lalat. Kemudian cuci pakaian seperti biasa menggunakan detergen. Sediakan air panas yang telah dicampur dengan perahan limau nipis.
Bilas pakaian yang sudah dibasuh dengan air panas campuran limau nipis. Biarkan beberapa saat kemudian cuci balik pakaian menggunakan pencuci pakaian yang sama. Bilas dengan air bersih.
Kalau tahi lalat masih ada buat sekali lag langkah merendam dalam perahan limau nipis hingga membilas dengan air bersih sampai kesemua tahi lalat hilang. Kemudian jemurlah pakaian tersebut sehingga kering.
Selamat mencuba!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Amaran METMalaysia meramalkan hujan berterusan di enam negeri sehingga 8 Disember. Ketahui tip keselamatan penting untuk melindungi anak-anak ketika cuaca buruk.