Anak adalah amanah bagi ibu bapa, sama sekali bukan bebanan. Walau pun diuji dengan 3 anak istimewa, hati ibu ini ibarat bulldozer, sentiasa positif & kuat.

Puan Salwa Mohd Saleh cukup tabah menghadapi apabila anak-anaknya disahkan mengalami masalah pembelajaran. Salwa yang juga penulis buku keibubapaan menerima kenyataan, reda dan teruskan melangkah. Penulis tahu ia bukan mudah, hanya orang yang benar-benar kental dan kuat mampu mendepaninya.

Menjadi seorang yang sangat positif dalam menempuhi cabaran mendidik anak-anak. Salwa  menganggap anak adalah amanah. “Anak adalah amanah, bukan beban. Bila kita diuji maknanya kita mampu dgn ujian tersebut. Live ur best life,” kata Salwa ketika dihubungi Pa&Ma.

“Anak Itu Amanah, Bukan Bebanan.” Diuji 3 Anak Istimewa, Salwa Kuat & Sentiasa Positif 

Salwa juga turut mengendalikan Projek Beg Sekolah. Dalam masa yang sama memiliki 3 anak istimewa. Peranan sebagai isteri, ibu, usahawan dan aktivis dilakukan dengan baik. Lebih-lebih lagi bagi anak-anaknya, masa yang banyak perlu ditumpukan. “Pengurusan masa sangat penting. Kemudian perlu enjoy apa yang kita lakukan.  Dalam masa yang sama ingat ada banyak responsibilities lain. Dunia ini tempat untuk bekerja. Syurga tempat berehat yang abadi nanti,” kata Salwa.

Salwa dalam posting Facebook selalu menggunakan hashtag #emakgiftedboys apabila berkongsi tentang anak-anaknya. Dia terbuka berkongsi tentang anaknya dan berharap agar ia memberikan inspirasi kepada ibu bapa yang lain.

Cahaya mata pertama Salwa, Imran mengalami Global Developmental Delay (GDD), anak kedua, I’jaaz pula mengalami disleksa dan ADHD manakala anak ketiga pula, Israa’, 4 tahun didiagnos sebagai mengalami GDD kemudian autisme.

Anak ketiganya Israa’, semasa kecil sering kali dimasukkan ke hospital sejak dari usia 6 bulan. Pernah juga diserang jangkitan paru-paru hingga dimasukkan ICU.

“Anak Itu Amanah, Bukan Bebanan.” Diuji 3 Anak Istimewa, Salwa Kuat & Sentiasa Positif 

Selain itu selalu keluar masuk hospital kerana pelbagai sebab seperyi bronchiolitis, recurrent pneumonia, otitis media, single sided deaf, multiple trigger wheeze and asthma, speech delay dan development delay. Boleh dikatakan dia membawa Israa’ ke hospital hampir setiap bulan. Namun menurut Salwa Israa’ anak yang ceria, tidak kalah dek ujian ini.

Anak kedua Salwa, I’jaaz mempunyai personaliti yang banyak cakap, suka menyanyi dan banyak idea. “Sejak dari usia 4 tahun, saya dapati ada beberapa perkara tidak kena dengan dia. Anatra yang paling selalu, huruf terbalik p,q, j, s dan beberapa lagi. Tapi masih terlalu awal untuk diagnos dengan apa-apa kerana in ifasa anak sedang develop, confuse dengan perkara normal. Dia sudah ke tadikan bersama abangnya yang 6 tahun ketika itu pada tahun 2015.

“Anak Itu Amanah, Bukan Bebanan.” Diuji 3 Anak Istimewa, Salwa Kuat & Sentiasa Positif 

IKLAN

Mencecah usia 5 tahun, dia makin susah nak ke sekolah. Setiap pagi ada saja drama. Abangnya pula darjah 1, jadi tak ada kawan nak pergi sama. Makin pelik. Alif ba ta yang sudah diajar setahun, dia tak ingat. Tidak fokus, susah mengingati sesuatu arahan, mood berubah dalam jangka masa beberapa saaat dan beberapa lagi ciri lain.

25 Oktober 2017, kami hantar untuk buat ujian bagi disleksia di Persatuan Disleksia Malaysia kerana usianya 5 tahun 6 bulan, sesuai untuk buat ujian. Saya tidak terkejut langsung dengan hasil laporan, keraana memang saya telah lama dapat kesan, I’jaaz memang ada ciri disleksia yang ketara. Dan selepas kami bawa ke pakar psikatri kanak-kanak, I’jaaz juga berkemungkinan mengalami ADHD. Takpelah nak, special sungguh.

Ada 12 pusat disleksa di bawah kelolaan PDM seluruh Malaysia. Paling dekat ialah dengan kami di Putrajaya ialah Bandar Baru Bangi. Jadual keseluruhan keluarga kami untuk 2017 terpaklsa dirombak serta merta.

Kalau dulu, kami gagahkan juga 1 kereta, menghantar anak ke sekolah kemudian ke hospital tempat suami bekerja, kali ini masa dan jarak tidak mengizinkan. Atas faktor itulah, secara drastik kami mebeli kereta terpakai bulan Disember kerana iainya sudah bertukar menjadi keperluan yang mendesak. I’jaaz sudah tiga bulan di sekolah baru, makin menyesuaikan diri dan makin happy. Nanti saya cerita lanjut.

Oh, apa pula cerita anak sulung, si Imran yang manja, penuh empati, kreatif tapi selalu cembeng. Ini juga kategori special. Dari sudut kesihatan, sejak dari usia 8 bulan dia juga sering diserang pneumonia, dan kemudian eczema, allergic rhinitis dan food allergy. Keluar masuk hospital hingga usia 3 tahun dan membuatkan emaknya decide berhenti kerja. Menariknya lepas emaknya berhenti, dia tak masuk ward dah. Hahahaha

“Anak Itu Amanah, Bukan Bebanan.” Diuji 3 Anak Istimewa, Salwa Kuat & Sentiasa Positif 

IKLAN

Dia mula ke taska umur 4 tahun. Umur 5 tahun saya decide untuk sekolahkan sendiri. Umur 6 tahun masukkan semula ke taska. Pada awalnya saya memang sedar, dia sedikit unik dan tidak seperti anak lain. Hampir masuk ke sekolah rendah juga masih tidak boleh membaca dan menulis. Dalam hati saya, merasa mungkin Imran perlu ambil masa (it’s totally normal for kids especialluy boys jika tidak tahu membaca sampai usia 8-10 tahun ya) cuma beberapa ciri lain buat saya sedikit risau. Imran ni ada sedikit ciri autism tetapi saya tak fikir dia autism.

Pendapat saya dipersetujui pakar kanak-kanak waktus aya bawa dia berjumpa sebelum dia masuk ke sekolah rendah. Pakar kata grey area tapi let’s see. Jadi kami masukkan ke sekolah seperti biasa, pf course lah dia kene masuk kelas pemulihan, linus untuk bantu. Dan dia masih dengan keunikannya. Mengajar Imran membaca seolah-olah anda cuba terangkan rocket science dan teori black hole kepada dia. It’s very tough for him to get the idea. Sejak umur dia 4 tahun saya dah cuba berbagai kaedah, you name it. Buku rasanya lebih 100 buah. i’ve tried everything.

Cut the story short, setelah perbincangan demi perbincangan kami akhirnya bawa Imran jumpa Pakar Psikatri Kanak-Kanak untuk diagnosis lebih sempurna. Saya tak risaukan dia tak boleh membaca. Tidak. Saya cuma ingin dia dibantu dengan cara paling efektif supaya dia seronok belajar dan tidak ketinggalan hingga rasa rendah diri. Itu sahaja.

2 minggu selepas I’jaaz menjalani ujian disleksia, Imran pula didiagnos awal dengan Global Developmental Delay sama seperti Israa’. Dan bermula la appointment demi appointment untuk uji kesemuanya. Kami ke klinik pakar mata, ENT, speech kanak-kanak dan menjalani ujian IQ untuk Imran.

Panjang?

Lama pendam ni. Ketika huru hara dalam kelam kelibut saya dengan Projek Beg Sekolah, ini semua berlaku. Ya, Allah sahaja yang tahu rasa hati saya dan suami.

IKLAN

Paling sukar, bila nak beritahu Opah (ibu saya) dan Nanny (ibu suami). Mereka down. Sedih total. Dapat lihat wajah mereka yang suram. Saya pula terpaksa yakinkan mereka, ini semua ujian. Dan kami adalah the chosen one (perasan sungguh) sebab kami mampu tempuh. It’s not genetic problem!

Saya bersyukur dikurniakan hati seperti bulldozer. Kekal kuat demi anak. Sekelumit hatta sezarah saya tidak pernah berkecil hati atau rasa ujian ini tidak adil. Saya tidak pernah menangis. Why me? Why me? Saya tidak pernah marah pada Allah.

Saya rasa Allah beri sebab Allah mahu saya buat yang terbaik bersama suami. Dan mahu sebarkan ilmu lebih tentang ini kepada orang awam

Saya kan terus bercerita mulai saat ini. Dengan hashtag #SalamDyslexia #SalamGDD #EmakGiftedBoys in sya Allah lebih banyak cerita dan info selepas ini.

Doakan kami terus kuat.

Doakan kami terus sihat.

Doakan kami dapat bawa kebaikan kepada keluarga dan semua.

Emak,

Yang kekal steady, positive dan strong.

Sumber: Salwa Mohd Saleh

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI