Diam tak diam, pelakon dan usahawan, Datin Rabecca Nur Al-Islam bakal menerima menantu tidak lama lagi. Hal itu dikongsikan oleh Rebecca menerusi Instagramnya.
Bahkan ibu kepada sembilan cahaya mata ini juga turut memuat naik beberapa keping gambar di majlis pertunangan anak sulungnya di Instagram.
Tampil lengkap sedondon dengan warna hijau, akui Datin Rebecca lagi dia bersyukur kerana majlis pertunangan itu berjalan dengan begitu lancar.
“Hari ini anak kami dah bertambah lagi seorang. Total Semua anak 10 orang. Alhamdulillah segalaNYA dari Allah SWT 🤍
Ads
“InsyaAllah jika tiada aral melintang tahun depan kami menerima menantu pertama dalam rumah. Semoga Allah SWT sentiasa merahmati dan menjaga ke semua anak anak ku hingga syurga.
“Tahniah Abang Arif and Syazreen. Semoga anakanda berdua kuat menempuh segala rintangan dan dugaan di dalam ikatan pertunangan. Ingat Allah SWT sentiasa. Allah akan ingat & menjaga kita sentiasa,” kongsinya.
Ads
Ibu cantik manis ini juga turut berterima kasih kepada keluarga dan semua yang terlibat dalam majlis ringkas itu.
“Alhamdulillah thank you untuk semua family yang datang ke majlis pertunangan anak kami Ayyum dan Syazreen.
Ads
“Terima kasih family ku, and thank you juga buat family mertua ku tersayang. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Thank you Allah SWT,” tambahnya lagi.
Momen manis buat sepasang anak-beranak ini membanggakan ramai apabila si ayah berjaya menamatkan pengajian Ijazah Doktor Falsafah (PhD), dan si anak pula meraih Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama. Momen bersejarah ini diraikan dengan penuh kebanggaan semasa Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Sabah (UMS) ke-26 baru-baru ini.
Kehebatan Dr. Azmi Abd Majid, 52, dan anaknya, Aleeya Batrisyia, 22, membuktikan bahawa usaha dan ilmu adalah kunci kejayaan. Dr. Azmi berjaya menamatkan PhD dalam bidang Perbankan dan Kewangan di bawah Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP),
Manakala Aleeya cemerlang meraih Ijazah Sarjana Muda dalam Fakulti Psikologi dan Pendidikan dengan PNGK 3.83. Kejayaan mereka menjadi inspirasi bahawa kejayaan keluarga bermula dengan azam dan usaha yang tidak pernah padam.
Ketika menceritakan perjalanan menuju kejayaan PhD, Azmi berkata impian tersebut tercetus selepas beliau menceburi dunia akademik sebagai pensyarah pada tahun 2016, setelah menamatkan kerjaya selama 19 tahun dalam industri kewangan dan perbankan.
Azmi percaya bahawa dengan memiliki PhD, ia dapat meningkatkan keyakinan diri serta membuka peluang untuk menerapkan pengalaman dalam konteks keilmuan yang lebih luas.
“Saya percaya dengan memiliki PhD dapat meningkatkan keyakinan yang lebih sebenarnya dan juga memberi ruang untuk menerapkan pengalaman dalam konteks keilmuan yang lebih luas” ujarnya.
Usia Bukan Penghalang
Dalam pada itu, Azmi berpendapat bahawa usia bukan penghalang untuk terus belajar, kerana baginya, semuanya bergantung pada motivasi dan keinginan untuk menyelesaikan apa yang telah dimulakan.
“Apabila anak-anak sudah dewasa, saya dapat menfokuskan kepada penyelesaian tesis sepenuhnya walaupun umur meningkat naik.”
“Ramai orang kata bila tua, kita perlu berehat, tetapi bagi saya, ia bergantung kepada motivasi, yang penting, mahu atau tidak mahu habiskan,” katanya.
AYAH JADI IDOLA
Dalam pada itu, anaknya, Aleeya Batrisyia, meluahkan rasa gembira kerana dapat menamatkan pengajian bersama ayahnya dan berasa bangga dapat menghadiahkan ijazah kelas pertama kepada ibu bapanya.
“Saya gembira dapat habiskan pengajian bersama ayah dan bangga dapat hadiahkan ijazah kelas pertama pada mereka.
“Nasihat ayah saya “belajar sebanyak mungkin” menjadi motivasi cemerlang dalam akademik sekali gus dapat memberikan keseriusan dalam akademik,” katanya.
Aleeya merancang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana dalam bidang yang sama, tetapi lebih fokus kepada terapi berbual.
“Minat saya lebih kepada bidang terapi dan saya ingin mendalaminya dengan lebih mendalam,” ujarnya lagi.
Sementara itu, di laman Facebooknya, Azmi meluahkan rasa syukur atas kejayaan yang diraih oleh anaknya serta dirinya sendiri. Beliau juga tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada keluarga, khususnya isteri tercinta, yang sentiasa memberikan sokongan padu dalam setiap usaha yang dilakukan.
Kisah inspirasi Dr. Azmi dan Aleeya Batrisyia adalah contoh nyata bagaimana sokongan keluarga dapat merealisasikan impian. Dengan dedikasi dan semangat yang tidak pernah pudar, mereka membuktikan bahawa usaha keras dapat membawa kejayaan, sekaligus membentuk generasi keluarga yang cemerlang.
Bila nak bawa bayi berjalan, kadang-kadang renyah juga perlu bawa stroller dan sebagainya. Nak guna baby carrier, tetapi teringgal pula. Lenguh juga kalau perlu dukung si manja yang dah semakin ‘sihat’ tu.
Bukan saja akan menyebabkan ibu atau ayah sakit belakang, tetapi bayi pun sebenarnya tak selesa bila didukung terlalu lama tanpa sokongan. Cara paling mudah sekiranya tertinggal baby carrier tetapi mahu anak tetap selesa ketika dibawa berjalan-jalan, bolehlah guna swaddle mereka.
Pelakon cantik, Mona Allen ada berkongsi tutorial menggunakan swaddle ketika membawa bayinya berjalan-jalan. Mudah saja, hanya perlukan swaddle dan bantuan dari suami!
Menerusi video yang dikongsikan, dapat dilihat Mona sedang mendukung Petra Pekin. Dengan menggunakan swaddle yang dilipat menjadi segi tiga, Peking menutup bahagian belakang bayi mereka dan kemudian mengikat kemas kain tersebut di belakang tubuh Mona.
Jom tengok video tutorial ini;
Kalau lihat caranya, memang mudah sangat. Yang penting swaddle cukup lebar supaya boleh menutupi belakang tubuh bayi dan boleh diikat kemas pada ibu. Ikatan perlu kuat supaya kedudukan bayi ‘terletak’ dan tidak bergerak.
Sekurang-kurangnya dengan cara ini dapat memberi sedikit sokongan kepada ibu atau ayah yang perlu mendukung bayi mereka. Berikut tangkap layar antara komen yang ditinggalkan oleh warganet;
Tidaklah rasa terbeban dan sakit belakang. Bagus sangat perkongsian dari Mona dan Pekin ini, diharapkan dapat memberi manfaat kepada ibu ayah yang mahu mendukung bayi dengan mudah. Selamat mencuba!
Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad rupanya sudah mendidik anak sulungnya, Raja Urhan untuk makan sendiri biarpun terpaksa reda bila anak makan bersepah.
Tambah Uyaina lagi menerusi perkongsiannya di Instagram, dia bahagia apabila dapat memberikan yang terbaik buat suami dan anak-anaknya lebih-lebih lagi bila melihat anaknya makan dengan cukup berselera setiap kali memasak hasil masakannya di dapur.
Kata ibu kepada dua cahaya mata, Raja Urhan dan Raja Urayyan ini lagi, dia sebolehnya akan memasak jika mempunyai waktu lapang. Semuanya demi kesayangannya, anak-anak dan suami.
“Harini I tak kerja. Buat some grocery shopping sekejap. And terus masak Chicken Soup Spaghetti favourite @rajaurhan extra carrots 🥕
“Happiness is bila suami & anak makan apa yang kita masak sampai habis & sehingga menjilat jari & menghirup mangkuk,” ujarnya.
Menurut Uyaina lagi, dia sebenarnya sudah mendidik anak sulungnya, Raja Urhan untuk makan sendiri di kala usianya setahun. Biarpun terpaksa menahan mata kerana bersepah tetapi dia mahu melatih perkembangan anak sulungnya itu.
“And I memang train Urhan untuk makan sendiri since dia umur setahun.
“Walaupun confirm akan messy, and tumpah sana sini (and kena rajin nak clean up lepas dia habis makan.)
“Nasib baik I’m a Cool Mama 🥶 So I biarkan je. And it’s actually good for his motor skills & coordination 😊 So takpelah bersepah pun,” kongsinya.
Menerusi entri itu juga, Uyaina turut memuat naik gelagat Raja Urhan yang makan dengan cukup berselera sekali.
Terdahulu, Uyaina dan suaminya, Raja Syahiran dikurniakan dua orang cahaya mata, Raja Urhan dan Raja Urayyan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!