Watak dan sifat anak lebih banyak ditentukan oleh sifat dan watak ibu bapa. Oleh itu ibu bapa adalah pencorak utama dalam kehidupan anak. Mereka belajar dari ibu bapa tentang erti kehidupan menerusi gerak geri dan ucapan.
Bagaimanapun langkah ibu bapa dalam mencorakkan anak, kadangkala tidak berkesan dengan baik disebabkan masalah disiplin anak.
Tingkah laku agresif
Langkah pencegahan
Ads
Perhatikan anak bermain. Bagaimana cara dia berinteraksi dengan kawan- kawan dan barang permainannya.
Jangan sesekali menunjukkan tingkah laku agresif pada anak, contohnya jika anda marah dan baling barang, jangan hairan jika anak marah lepas ini dia pun akan sama baling barang.
Berikan penjelasan berkenaan apa yang orang lain lakukan. Jika anak melihat orang lain melakukan keganasan, terang pada anak itu tidak sepatutnya berlaku, kesian pada pihak yang di buli.
Apa yang harus dilakukan
Berikan alternatif. Bila anak merasa marah atau tidak puas hati, berikan alternatif lain supaya anak dapat keluarkan rasa marahnya. Contoh bawanya ke belakang rumah, biarkan nak memarahi suasana belakang rumah.
Berikan pujian apabila tengok anak berkongsi barang dengan kawannya
Berikan teguran. Bila tengok anak buat salah berikan teguran dengan baik.
Lupakan apa yang berlaku. Jangan suka mengungkit, kerana ia akan mengingatkan semula anak pada perangainya itu.
Suka merosakkan
Langkah pencegahan
Ads
Berikan mainan yang tidak mudah rosak dan tahan lasak
Adakan peraturan yang betul tentang cara jaga mainan dan cara guna yang betul.
Perhatikan anak bermain
Selalu ingatkan anak mengenai cara jaga barangnya
Apa yang harus dilakukan
Berikan teguran. Paling maksimum 3 kali.
Jika masih berbuat juga sediakan hukuman seperti tidak boleh main mainan itu selama seminggu
Gandakan usaha mengajar anak cara jaga mainannya
Jangan terlalu mengharap yang anak akan jaga mainannya dengan elok. Jangan buang mainan anak yang rosak itu, nanti anak akan belajar yang anda lebih sayangkan mainan dari dirinya.
Setiap perkembangan anak tidak sama, ada anak yang cepat bercakap, ada anak lambat bercakap. Ada anak tulisanya cantik dan ada pula tulisan yang dia sendiri sukar untuk fahami.
Sebagai ibu, jangan letak 100% tanggungjawab mendidik pada bahu seorang guru. Anda boleh memainkan peranan utama dalam memastikan perkembanganya selaras dengan usia dengan mendapatkan bantuan pakar jika anak anda ada mengalami masalah perkembangan.
Dibawah ada beberapa tip yang boleh dilakukan jika anak anda mempunyai masalah seperti dibawah.
Cara ajar anak potty train atau latihan tandas bukanlah satu tugasan mudah. Tetapi benarkah terdapat perbezaan bagi cara potty training anak lelaki dan perempuan?
5 perbezaan cara potty training anak lelaki & perempuan
Ketika si manja mula menunjukkan kesediaan untuk menggunakan tandas – menukar lampin kepada seluar dalam – mungkin anda sudah pun membuat carian di internet mengenai tip potty train yang boleh dicuba.
Umumnya, tiada satu cara yang betul atau tepat untuk melatih anak menggunakan tandas.
Namun terdapat beberapa perbezaan antara latihan tandas untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan yang perlu diketahui sebelum mencuba sebarang cara ajar anak potty train.
1. Peralatan latihan tandas
Tempat duduk tandas (over-the-toilet seat) yang dijual di pasaran boleh digunakan sama ada untuk anak lelaki atau perempuan. Bahkan, tandas mini (mini-potty) juga tiada masalah untuk digunakan bagi kedua-dua jantina.
Namun cara potty train anak perempuan menggunakan potty chair amat disarankan kerana ia membantu menenangkan lantai pelvis mereka.
Jika memilih untuk menggunakan tempat duduk tandas, anda mungkin ingin mempertimbangkan untuk menyediakan bangku tangga.
Seperti dikatakan pada awal tadi, anak lelaki juga boleh menggunakan peralatan sama cuma mereka perlu belajar menyesuaikan diri dengan cara yang berbeza.
2. Posisi duduk dalam cara ajar anak potty train
Untuk anak perempuan, anda disarankan untuk menggalakkan mereka duduk ke belakang dengan lutut dibuka – ini dapat membantu otot pelvis mereka berehat.
Manakala untuk anak lelaki, mereka perlu menolak zakar ke bawah, sebelum atau semasa duduk supaya tidak berlaku ‘percikan air kencing’ di merata-rata bahagian bilik air.
Kanak-kanak lelaki yang sedang belajar latihan tandas juga mungkin perlu mencondongkan badan ke hadapan bagi memastikan zakar mereka kekal menghala ke bawah semasa proses kencing berlaku.
Jika anak lelaki anda ingin kencing berdiri, bantu mereka untuk dapat kekal berdiri dekat dengan tandas dan kaki dibuka supaya air kencing menuju ke arah yang betul.
Sekiranya ada anak perempuan yang ingin mencuba untuk kencing berdiri, biarkan – kerana pada akhirnya mereka akan menyedari bahawa ia bukanlah cara yang sesuai untuk jantina mereka.
3. Teknik mengelap dalam cara ajar anak potty train
Apabila bercakap mengenai latihan tandas, terdapat perbezaan anatomi yang perlu dipertimbangkan.
Dalam cara potty train anak perempuan, si kecil anda perlu diajar untuk mengelap dari depan ke belakang dan ia merupakan tabiat yang harus dikembangkan sejak daripada kecil.
Kenapa? Ini penting bagi mencegah penyebaran jangkitan saluran kencing (UTI). Jangkitan ini adalah lebih kerap berlaku kepada perempuan kerana uretra yang lebih pendek dan lebih dekat dengan dubur.
Untuk anak lelaki, perkara ini kurang menjadi tumpuan, sebaliknya perkara penting adalah bagi memastikan mereka dapat mengawal kedudukan zakar semasa kencing.
4. Guna taktik berbeza
Untuk mengekalkan minat si kecil semasa latihan tandas, anak perempuan anda mungkin lebih cenderung duduk di tandas lebih lama jika dipasangkan muzik kegemaran atau mempunyai teman untuk bercakap di tandas sepanjang ‘proses tersebut’ berjalan.
Cara potty training anak lelaki juga tidak jauh berbeza dalam penggunaan taktik. Cuma anda mungkin mendapati si kecil lebih tertumpu kepada zakar dan apa yang berlaku.
5. Tahap perkembangan
Secara purata cara ajar anak potty train bagi anak perempuan bermula ketika mereka berusia 30 bulan atau 2 tahun 5 bulan, manakala anak lelaki memerlukan lebih masa tambahan.
Pun begitu, segalanya bergantung kepada tahap kesediaan anak itu sendiri. Hanya anda dapat mengetahui bila si kecil sudah bersedia dan menyediakan pelan bersesuaian dengan tahap keperluan mereka untuk mencapai perkembangan tersebut.
Petua & cara ajar anak potty train untuk panduan ibu bapa
Tidak kira sama ada anak anda lelaki atau perempuan, berikut merupakan beberapa petua universal yang boleh dijadikan panduan:
Pastikan anak bersedia
Jika anda merasakan si kecil sudah bersedia untuk latihan tandas tetapi tidak berjaya, ambil masa untuk berehat seketika dan mulakan kembali proses dalam beberapa minggu atau bulan.
Jangkaan ibu bapa
Tiada had umur dan tempoh masa tetap untuk latihan tandas ini berjaya dilakukan. Namun secara puratanya ia boleh berlangsung sehingga 8 bulan.
Anda boleh membuat carian di internet untuk mendapatkan info dan pengalaman potty train ibu bapa lain. Tetapi jangan membiarkan pengalaman individu lain menekan anda untuk memulakan proses ini jika si kecil belum bersedia.
Jika bermula terlalu awal, ia boleh mengakibatkan anda berdepan proses yang lebih lama dan mungkin memenatkan.
Seperkara yang perlu anda ketahui, ada kanak-kanak mungkin hanya berminat untuk belajar melakukan satu perkara sahaja pada satu-satu masa.
Contohnya, anak mungkin berminat untuk mula membuang air kecil di dalam mini-potty dan selesa membuang air besar menggunakan lampin.
Sekiranya ini situasi yang anda alami, usah memarahi anak, sebaliknya tetaplah memberikan mereka galakan.
Kemungkinan akan terbabas
Walaupun anda berjaya menggunakan cara ajar anak potty train, masih wujud kemungkinan untuk si kecil ‘terbabas’ atau terkencing di atas katil semasa tidur mahupun ketika berada di luar.
Kemalangan yang tidak disengajakan ini boleh berlaku tidak mengira jantina si kecil. Jadi sentiasa bersedia untuk berdepan keadaan tersebut – meletakkan alas di katil dan membawa pakaian ekstra bersama ketika keluar.
Elakkan daripada memarahi anak sekiranya keadaan ini terjadi. Menjadikan latihan tandas sebagai pengalaman negatif pada mana-mana peringkat hanya akan menyukarkan anak untuk berjaya melepasi fasa ini.
Kesimpulan
Pengalaman setiap ibu bapa dalam melalui proses latihan tandas ini pastinya akan berbeza antara satu sama lain. Paling penting adalah untuk bersabar.
Cara ajar anak potty train dianggap berjaya apabila si kecil menyedari bahawa mereka perlu menggunakan bilik air, masuk ke bilik air sendiri serta boleh membersihkan diri selepas menggunakan tandas sama ada dengan sedikit atau tanpa bantuan.
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINI
Dalam dunia yang semakin moden, kejayaan Gombak Culture Group di pentas antarabangsa membuktikan bahawa warisan budaya kita masih relevan dan mampu bersaing di peringkat global. Mereka bukan sekadar menari dan menyanyi, tetapi membawa identiti Malaysia ke mata dunia.
Gombak Culture Group, yang terdiri daripada pelajar sekolah, telah memenangi empat kejuaraan dan dua tempat kedua dalam pertandingan World Cup of Folklore Jesolo 2025 di Itali. Persembahan mereka termasuk tarian Sewang, Kuda Kepang, Silat Tari Inai, dan gabungan nyanyian serta tarian Samrah bertajuk “Balqis”. Mereka juga meraih tempat kedua dalam tarian Magunatip dan Malaysian Art Dance yang menggabungkan unsur tarian Cina, Zapin, dan Inang Kontemporari.
Apa yang membanggakan, persembahan mereka bukan sahaja memukau juri, tetapi turut memikat hati penonton antarabangsa. Ia menjadi bukti bahawa anak-anak Malaysia mempunyai bakat besar yang mampu bersaing dan memartabatkan seni budaya negara di peringkat dunia.
Kejayaan ini tidak datang dengan mudah. Ia hasil daripada latihan intensif, dedikasi tinggi, dan sokongan padu daripada ibu bapa serta tenaga pengajar yang komited.
Sokongan ibu bapa bukan hanya dari segi kewangan atau logistik, tetapi juga melibatkan kepercayaan dan dorongan emosi. Ibu bapa yang meluangkan masa menghadiri latihan, memahami kepenatan anak-anak, serta memberi kata-kata semangat, menjadi tulang belakang utama kejayaan mereka. Tanpa keyakinan ibu bapa terhadap potensi anak, mungkin kejayaan ini hanya tinggal angan-angan.
Sokongan seperti ini bukan sahaja membantu anak membina keyakinan diri, tetapi turut menjadikan mereka lebih berdisiplin, berdedikasi dan menghargai nilai usaha dalam mencapai kejayaan.
Kisah ini mengingatkan kita bahawa dengan sokongan dan galakan yang betul, anak-anak kita mampu mencapai kejayaan luar biasa. Sebagai ibu bapa, marilah kita terus menyokong minat dan bakat anak-anak kita, kerana mereka adalah duta kecil yang membawa nama Malaysia ke persada dunia.
Bakat bukan sekadar dilihat di atas kertas, tetapi dihayati melalui ekspresi, dedikasi, dan semangat. Jika anak anda ada minat dalam seni, muzik, tarian atau apa saja bidang—berilah mereka ruang untuk berkembang. Mungkin satu hari nanti, merekalah yang berdiri megah membawa Jalur Gemilang di pentas dunia.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jahitan Selepas Bersalin memerlukan penjagaan yang betul untuk mempercepatkan pemulihan. Ketahui punca koyakan perineum, episiotomi, tempoh penyembuhan, tanda jangkitan dan tip penjagaan selepas melahirkan anak.