Selalu sangat anak kita demam dan mengadu sakit tekak. Jangan dibiarkan jika anak kerap demam sepanjang setahun, berkemungkinan anak berdepan masalah lain. Masalah tonsil antara salah satu yang tidak boleh dipandang ringan.

Menurut Dr Ezairy M.Sallih, Pakar Bedah Telinga, Hidung & Tekak, dalam keadaan tertentu, pembedahan adalah jalan terbaik bagi meredakan sakit anak. Jangan biarkan.

Anak Kerap Demam & Sakit Tonsil Jejaskan Kesihatan Anak, Jadi Tak Selesa, Jangan Biarkan!


Ramai sebenarnya yang bertanya saya, bagaimana nak merawat anak mereka yang selalu sangat demam dan sakit tekak tonsil?

Sebenarnya, apabila anak anda mengadu mengalami sakit tekak, apa beberapa kemungkinan.

1️. Acute Tonsillitis. Sakit ini disebabkan oleh jangkitan pada tonsil.

2️. Acute pharyngitis. Ini biasanya tak semestinya disebabkan oleh tonsil. Kadang hanya jangkitan biasa pada tekak dan bukan spesifik pada tonsil. Masalah pada sinus dan hidung juga boleh menyebabkan sering sakit tekak.

Anak Kerap Demam & Sakit Tonsil Jejaskan Kesihatan Anak, Jadi Tak Selesa, Jangan Biarkan!

IKLAN

Jadi, perlu kah anak anda lakukan pembedahan membuang tonsil?

Jawapannya ialah YA jika anak anda mengalami masalah pada tonsil seperti berikut :

1️. Berulang kali demam dan sakit tekak disebabkan tonsil sekurang-kurangnya 7 kali dalam setahun.

2️. Komplikasi tonsil yang mengakibatkan pengumpulan nanah di sekitar tonsil. Dipanggil peritonsillar abscess.

IKLAN

3️. Masalah tonsil sehingga menyebabkan pesakit kerap mengalami serangan sawan.

4️. Saiz tonsil terlalu besar sehingga pesakit sangat sukar bernafas.

Anak Kerap Demam & Sakit Tonsil Jejaskan Kesihatan Anak, Jadi Tak Selesa, Jangan Biarkan!

5️. Saiz tonsil besar sebelah sahaja. Di sini kami perlu buang tonsil untuk dihantar ke makmal untuk memastikan ia bukan sejenis kanser.

IKLAN

6️. Sesetengah kes, pembedahan tonsillectomy perlu dilakukan juga kepada pesakit yang sering mengalami gejala apnea dan OSA. Ini bergantung kepada hasil pemeriksaan doktor. Semoga perkongsian kali ini memberi ilmu baru buat kalian.

Dr Ezairy M.Sallih
Pakar Bedah Telinga, Hidung & Tekak

Menarik: Bukan Senang-Senang Boleh Beli Barang, Betty Rahmad Didik Anak Sederhana, Tak Belikan Mainan Mahal

Anak Kerap Demam & Sakit Tonsil Jejaskan Kesihatan Anak, Jadi Tak Selesa, Jangan Biarkan!

Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!!
Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.

Nak join? Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/bakat-cilik/ atau untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi https://wa.me/+60179701167

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI