Gambar Hiasan AI

Anak-anak kita hari ini memang tidak dapat lari daripada dunia digital. Televisyen, telefon pintar, tablet dan komputer seakan sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian mereka. Malah, ada ibu ayah yang memberi ruang untuk anak menonton kartun atau menggunakan aplikasi pembelajaran bagi mengisi masa lapang.

Namun, pendedahan yang terlalu lama sebenarnya boleh mendatangkan risiko kepada kesihatan mata si kecil. Menurut American Academy of Pediatrics (AAP), bayi bawah usia 2 tahun tidak dibenarkan langsung terdedah dengan ‘screen time’ kecuali untuk panggilan video singkat bersama keluarga. Manakala kanak-kanak berusia 2 hingga 5 tahun pula hanya dibenarkan maksimum satu jam sehari sahaja.

Blue Light Boleh Jejas Retina Anak

Perkongsian oleh Dr. Redza Zainol, Pegawai Perubatan Pediatrik, menyedarkan ramai ibu ayah tentang bahaya cahaya biru (blue light) yang dipancarkan daripada skrin gajet.

 

View on Threads

 

Katanya, kajian mendapati pendedahan lebih satu jam sehari boleh menembusi hingga ke saraf mata dan merosakkan retina. Walaupun kanta mata dan kornea mampu menapis sinaran UV dari matahari, cahaya biru daripada skrin tetap mampu menembusi lebih dalam.

Ads

Lebih membimbangkan, pendedahan berpanjangan juga boleh mengganggu kitaran tidur anak. Blue light menghalang penghasilan hormon melatonin yang penting untuk tidur, menyebabkan anak sukar melelapkan mata jika menonton skrin terlalu dekat dengan waktu tidur.

Risiko Penggunaan Skrin Tanpa Kawalan

Penggunaan gajet tanpa kawalan boleh menyebabkan:

Ads
  • Penglihatan kabur

  • Mata kering

  • Sakit kepala

  • Rabun jauh di usia muda

Sebab itu, ibu ayah perlu lebih cakna. Jangan biarkan anak menggunakan gajet sesuka hati, sebaliknya kawal dan bimbing mereka dengan cara yang betul.

Mata Anak Boleh Rosak Akibat Skrin! Ini Senaman Paling Mudah Elak Rabun Awal

Ads

2 Senaman Mata Mudah Untuk Anak

Selain mengawal screen time, ibu ayah boleh mengajar anak dua senaman mata ringkas ini:

1. Rule 20-20-20
Selepas 20 minit menonton skrin, minta anak mengalihkan pandangan ke objek sejauh 20 kaki (lebih kurang 6 meter) selama 20 saat. Cara ini membantu merehatkan otot mata dan mengurangkan ketegangan.

2. Senaman Fokus Jari (Near & Far Focus)
Letakkan ibu jari lebih kurang 20 cm dari mata anak. Minta mereka fokus pada jari itu selama 20 saat, kemudian alihkan pandangan ke objek jauh selama 20 saat. Ulang beberapa kali. Senaman ini menguatkan otot fokus mata dan membantu penglihatan jauh-dekat.

Tip Tambahan Untuk Lindungi Mata Anak

  • Pastikan pencahayaan bilik mencukupi semasa anak menggunakan skrin.

  • Elakkan anak menonton skrin 2-3 jam sebelum waktu tidur.

  • Aktifkan tetapan night mode atau gunakan aplikasi penapis cahaya biru.

  • Galakkan anak bermain di luar rumah pada waktu siang untuk mendapat cahaya semula jadi yang baik untuk kesihatan mata.

Kesimpulannya, walaupun skrin sukar dielakkan dalam kehidupan hari ini, ibu ayah tetap boleh melindungi mata anak dengan mengawal pendedahan, mendidik mereka amalkan senaman mata dan menyediakan suasana seimbang antara dunia digital dan aktiviti fizikal.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads