Dato Seri Aliff Syukri telah memuatnaik gambar anak ketiganya Ibraheem Adham memakai baju kesukaan Baem. Menerusi posting tersebut, beliau tertanya-tanya adakah anak-anak yang lain juga mempunyai perangai yang sama dengan anaknya.
Anak korang mcm ni tak?? 100helai baju abah beli .. knp @baem_adham nak juga pakai baju ni gi mana2..sedih abah org komen “kenapa bapak kaya anak pakai baju sama jee”
Rata-rata berpendapat memang kanak-kanak suka memakai pakaian yang sama terutama baju kegemaran mereka. Ramai juga netizen yang berkongsi cerita anak-anak mereka turut mempunyai perangai yang sama seperti Baem.
Pada jam 4.05 petang, 1 mayat mangsa kanak-kanak perempuan telah dijumpai oleh pasukan penyelamat. Kerja-kerja membawa naik mayat mangsa sedang dilakukan.
Manakala pada jam 1pm tadi mayat seorang bayi lelaki, dan seorang wanita berjaya dikeluarkan.
Sehingga jam 4.38 petang, jumlah mangsa yang terlibat adalah seramai 94 orang.
Pecahan mangsa seperti berikut :
Selamat : 61 orang
Meninggal dunia : 24 orang
Hilang : 9 orang
Jumlah anggota keseluruhan yang terlibat dengan operasi tanah runtuh dianggarkan seramai 128 orang. Maklumat kejadian akan dikemaskini dari masa ke semasa
Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali dalam satu kenyataan media telah memaklumkan tentang pindaan tarikh Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI.
Pindaan tarikh ini tentu memberikan berita gembira dan teruja buat seluruh warga Malaysia kerana melibatkan pengisytiharan cuti umum.
Kerajaan telah bersetuju untuk meminda Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah daripada 6 Jun kepada 8 Jun 2020 yang jatuh pada hari Isnin.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan di lama Facebook rasminya, Kerajaan telah bersetuju bahawa Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah adalah pada hari Isnin pertama bulan Jun setiap tahun mulai tahun 2021 sepanjang tempoh pemerintannya.
“Hari Keputeran Rasmi Baginda adalah pada hari Isnin pertama bulan Jun setiap tahun.”
“Hari Keputeraan Rasmi ini adalah diisytiharkan sebagai hari kelepasan am,” dalam kenyatan media tersebut.
Tentu rakyat Malaysia gembira dengan berita ini. Daulat Tuanku!
Tengok anak-anak terus rasa simpati. Tapi itulah hakikatnya yang perlu dilalui lima beradik apabila terpaksa bergelumang dengan dadah apabila kedua ibu bapa menjadikannya rutin buat mereka berdua.
Menerusi perkongsian di Facebook, Dr Zaki Zamani bin Abd Rashid, berkongsi mengenai lawatannya bersama anggota AADK Daerah Kota Setar, ke rumah pasangan suami isteri yang dipercayai terlibat dengan dadah.
Lawatan pihak berkuasa dan Timbalan Ketua Umno Bahagian Kuala Kedah Dr Zaki Zamani di Kampung Padang Hang, Alor Setar, Kedah mendedahkan betapa seriusnya masalah ini.
Suami isteri terlibat dadah
Pada 29 April 2020 bersamaan 6 Ramadan 1441H, iaitu hari ke-43 PKP, dengan kebenaran pergerakan daripada pihak PDRM, satu lawatan telah diadakan ke dua buah rumah di kawasan Padang Hang.
Lawatan bersepadu ini disertai oleh Pegawai-pegawai AADK Daerah Kota Setar, Ketua-ketua Balai Polis Anak Bukit dan Alor Janggus, Pelindung Kanak-kanak dan Kaunselor JKM Daerah Kota Setar dan saya sendiri mewakili Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Daerah Kota Setar.
Dalam lawatan ini didapati satu pasangan suami isteri terlibat dengan dadah. Anak mereka 5 orang, dua orang tiada surat beranak, anak kedua berumur 7 tahun tidak pernah bersekolah. Anak bongsu berumur baru seminggu. Bapa mereka dan adiknya didapati positif methamphetamine dan kedua-duanya telah dibawa ke pejabat AADK.
Ambil syabu ketika pantang
Isterinya berpantang di rumah keluarganya yang berdekatan bersama 4 anak yang lain. Hanya seorang anak tinggal bersama bapanya ketika ini. Si isteri mengaku mengambil syabu kali terakhir beberapa hari lalu, tetapi disebabkan masih berpantang dan menyusu, AADK akan memantaunya sehingga habis tempoh berpantang.
Semua anak mereka diletakkan di bawah jagaan datuk mereka terlebih dahulu kerana keadaan rumah di situ lebih selamat. Pihak Pelindung kanak-kanak JKM akan terus memantau kanak-kanak ini, dan perkara-perkara berkaitan pendaftaran dan persekolahan akan diselesaikan selepas tamat tempoh PKP.
Saya tidak dapat membayangkan bagaimana sebuah keluarga bersama 5 orang anak kecil boleh hidup dalam rumah sebegitu rupa. Ini bukan masalah kemiskinan semata-semata tetapi disebabkan kegagalan ibu bapa berfungsi akibat pengaruh dadah. Dadah akan melenyapkan fungsi sosial seseorang manusia yang waras.
Masyarakat perlu peka dan melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya ada kes sebegini demi menyelamatkan kanak-kanak yang menjadi mangsa pengabaian.
Ramai tak sedar bau “fresh” pada pakaian sebenarnya datang daripada bahan kimia tekstil. Ketahui sebab pakar sarankan ibu bapa basuh baju baru anak sebelum dipakai.