Gara-gara tindakan si kecil yang menguncikan pintu kereta, ibu bimbang dan terpaksa mendapatkan bantuan daripada Pasukan Bomba dan Penyelamat untuk membuka pintu berkenaan.
Menurut sumber, kanak-kanak berkenaan berkenaan enggan membuka pintu kereta berkenaan walau pun boleh berbuat demikian kerana bimbang telefon diambil.
Dalam kejadian yang berlaku di Pasir Mas, Kelantan itu membabitkan seorang kanak-kanak dalam lingkungan usia 4-6 tahun.
“Dia buat perangai hari ini. Dia kunci pintu kereta dan tak nak buka sebab nak main telefon.
“Dia pandai untuk buka balik kunci tu, tapi tak nak buka balik sebab takut orang ambil telefon dengan dia.
Ads
Untuk mengelakkan kemudaratan kepada si kecil, akhirnya ibu kanak-kanak berkenaan terpaksa mendapatkan bantuan pihak bomba bagi membuka pintu kereta berkenaan.
“Last-last terpaksa panggil bomba.
“Masa bomba kalut buka pintu dia tak tengok pun..Kita panggil pun dia buat tak tahu. Tak tengok pun kat kita… bertuah punya budak.”
Ads
Warganet memberikan pelbagai responds kepada kejadian ini dan berharap ia boleh dijadikan panduan kepada ibu bapa lain.
JADIKAN IA PENGAJARAN
Ads
“Ramainya yg kecam mak bapak budak Ni …. Mak budak Ni Kan dah kata ank takut sbb mak nak ambil telepon…so maknya mmg Tak bagi ank main HP ,tapi ank nak juga sampai kunci pintu kereta .Apapun jadikan pengajaran kpd Kita .” Nor Hashimah Jalil
” Beringat wahai Ibu Bapa wlupun tinggal skjap ke lama ke jgn la tinggal HP & Anak dlm kereta mcm tu. Nasib laa budak tu ok lg dok main HP. Cuba klu budak tu buat apa2 yg bahayakan diri dia nak salahkan sapa. Dah byk incident berlaku Anak2 dlm kereta tapi still Ibu Bapa cuai juga?? Wlupun budak tu sengaja x nak buka pintu sebab x nak bagi HP tu kat Ayah nya tapi still bahaya utk Anak.” Rahimah ZA
BERTABAHLAH
“Anak saya tak akan buka phone kami tanpa kebenaran… Kalau dia nak dia minta kalau diberi dia ambill..kalau tak dia merajuk…haha… Tapi so far dia belum pernah ambil phone kami tanpa kebenaran…. Anak umo 4 tahun dan 5 tahun. Bertabahlah bapanya budak bertuah ini…huhu.”Aiman Izat
Ahli Perniagaan, Dato’ Seri Aliff Syukri yang juga terkenal di media sosial telah memuatnaik sebuah video dengan kepsyen dia cuba jadi yang terbaik walaupun dirinya banyak kekurangan.
Saya jahil dan cuba jadi terbaik…saya jarang ada masa jemaah dgn anak2…..bulan puasa ni azam nak terawih hari2 Insya Allah dgn anak2 . Dulu x merasa jemaah dgn abah sebab abah saya kerja pengawal 20 tahun kat kilang.. kadang2 rumah pun x balik sebab selalu ot…jarang dapat jumpa…saya dulu pun abah x sempat nak didik…..saya byk keluar rumah kawan dengan mcm2 orang…tapi dulu sedih juga tgk org lain rapat dgn parents tapi dah besar ni baru faham yg abah cari rezeki….desakan hidup…saya ni mmg tahu saya ninjahat,jahil,bodoh x sempurna…tapi semua org buat silap…..manusia x ada yg x buat silap….tapi yg x fahamnya bila orang selalu duk ungkit2 benda yg lepas2…..kita ni kalau cari buruk orang nampak buruk la…kalau cari baik nampak la baiknya kan . Anak2 saya dulu pun pergi mana2 x reti nak salam orang……jenuh juga nak ajar taknak nanti org kata mentang2 anak org kaya tapi tak reti hormat orang…sombong…Alhamdulillah sekarang ni saya yg happy bila org puji anak saya bagus hormat orang dan pandai salam bila jumpa orang…..rasa berjaya didik satu bab
COVID-19 menyebabkan pergerakan setiap individu terbatas, adakah ini merupakan waktunya untuk meluangkan masa bersama anak? Apa kebaikan meluangkan masa berkualiti dengan keluarga yang mungkin anda terlepas pandang?
Perintah kawalan pergerakan
Akibat penularan wabak jangkitan COVID-19 yang semakin meningkat, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan perintah kawalan pergerakan untuk tempoh 2 minggu.
Perintah tersebut yang turut dikenali sebagai lockdown ini bermakna, setiap individu tanpa mengira usia harus mengehadkan batasan pergerakan. Langkah yang terbaik adalah untuk berada di rumah sepanjang tempoh bermula 18 hingga 31 Mac 2020.
Bagi mereka yang mempunyai anak, pastinya keadaan tersebut boleh mendatangkan kerungsingan. Bukan apa, mestilah anda terfikir bagaimana untuk memastikan anak-anak tidak bosan ‘terkurung’ di dalam rumah, bukan?
Namun, jika difikirkan balik, tempoh PKP adalah masa terbaik untuk anda meluangkan masa bersama anak dan dengan keluarga, terutama jika sebelum ini anda terlalu sibuk dengan tugasan kerja harian.
Masa berkualiti dengan keluarga
Tidak dinafikan sebagai ibu bapa moden, pelbagai tanggungjawab harus dipikul, anda adalah pekerja dan anda juga memegang peranan sebagai ibu bapa.
Sepanjang minggu masa anda lebih banyak dihabiskan untuk menghadap kerja berbanding menatap wajah kesayangan anda; anak-anak dan keluarga.
Maka, tempoh 2 minggu inilah waktu terbaik untuk meluangkan masa dengan anak, kan? Mungkin ada di antara anda bersikap skeptikal; “Alaaa…anak-anak okay saja tanpa parents”.
Ya, betul apa yang anda katakan itu. Tetapi tidakkah anda mahu meluangkan masa dengan keluarga anda?
Pernah meluangkan masa bersama anak?
Pastinya ada yang mengatakan, sudah selalu bersama anak sewaktu mereka kecil. Hmmm…bila ya? Ketika menghantar dan mengambil mereka pergi dan pulang dari sekolah? Menonton televisyen bersama?
Dalam masa yang sama anda masih memegang gajet dan menghadap laptop? Adakah itu dipanggil masa dengan keluarga yang berkualiti? Sejujurnya TIDAK!
Masa bersama yang berkualiti adalah apabila anak-anak dapat berasakan anda sebagai ibu bapa mengambil berat tentang mereka. Malahan meluangkan masa bersama anak terbukti mendatangkan kebaikan kepada tumbesaran mereka.
Kebaikan meluangkan masa bersama anak
Kajian menunjukkan keluarga yang meluangkan masa berkualiti bersama, akan mengurangkan risiko untuk anak-anak terdedah dengan aktiviti berbahaya.
Lebih baik lagi, kanak-kanak yang bermain bersama keluarga cenderung untuk mendapat keputusan dalam akademik yang lebih baik. Itu berita baik, bukan?
Jom kita lihat apa lagi kebaikan yang diperolehi apabila meluangkan waktu dengan anak-anak:
Kurang masalah tingkah laku
Anak-anak yang meluangkan masa berkualiti bersama ibu bapa mereka dikatakan akan kurang cenderung untuk berdepan masalah berkaitan tingkah laku, sama ada dalam keluarga mahupun ketika di sekolah.
Apabila anak-anak dapat berasakan bahawa mereka disayangi dan dihormati oleh ahli keluarga yang lain, sebarang perselisihan faham dapat dielakkan.
Anak yang gembira, disayangi dan mempunyai sikap yang baik akan kurang berdepan masalah untuk mendengar arahan di sekolah.
Secara statistik, mereka ini juga akan kurang terlibat dengan masalah negatif seperti penyalahgunaan dadah apabila mereka meluangkan masa berkualiti dengan keluarga.
Kesihatan mental dan emosi
Wajar seorang kanak-kanak berasa disayangi dan dikasihi. Ibu bapa perlu untuk hadir dalam setiap detik kehidupan anak-anak mereka dan sudah pasti cara terbaik adalah dengan meluangkan masa bersama.
Hadir hanya pada waktu mustahak atau krisis adalah tidak mencukupi. Ini kerana anak-anak perlu mendapatkan kasih sayang dan perhatian yang sewajarnya untuk manfaat daripada aspek mental dan emosi.
Mereka akan belajar untuk berinteraksi dengan individu lain berdasarkan apa yang dilihat dan dipraktikkan di rumah.
Maka penting untuk bukan sekadar menyatakan anda menyayangi mereka, sebaliknya anda perlu menunjukkannya melalui perbuatan juga.
Kesihatan fizikal
1 kajian yang diterbitkan dalam jurnal Pediatrics menyimpulkan bahawa masa berkualiti yang kurang dalam hubungan antara ibu dan anak pada awal-awal tahun kehidupan mereka mengakibatkan anak berdepan 2.45 kali risiko obesiti.
Masa makan bersama keluarga juga akan dapat membantu dalam aspek penjagaan kesihatan anak. Ia dapat membantu mengurangkan tabiat pengambilan snek ringan yang tidak sihat oleh anak ketika berada di rumah.
Jadi individu lebih baik
Apabila anda meluangkan masa bersama anak, ia membantu mereka untuk menjadi individu yang lebih baik. Malahan apabila anak meluangkan masa bermain dengan adik-beradiknya ia akan menimbulkan kecenderungan untuk melakukan perbuatan baik.
Kenangan bersama
“Masa yang berlalu tidak mungkin akan kembali.” Anda mungkin tidak mengendahkan tentang ini, sekarang. Namun apabila anak semakin dewasa, anda pasti akan mula merindukan saat-saat mereka kecil.
Anak-anak tidak memerlukan hadiah mahal. Namun saat anda meluangkan masa dengan mereka, adalah 1 hadiah yang tidak ternilai.
Bukan barangan yang diinginkan anak anda, tetapi mereka hanya mahukan anda untuk bersama mereka. Jadi gunakanlah masa 2 minggu ini, sebaik-baiknya, okay?
Bagi ibu bapa yang masih perlu bekerja sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan ini, jangan pernah menganggap kehadiran anak sebagai gangguan. Sebaliknya, ambillah peluang ini untuk meluangkan masa bersama anak.
Berikan anak peluang untuk berasakan keberadaan anda bersama mereka. Jangan terlalu sibuk dengan kerja sehingga mengabaikan anak-anak, okay?
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Khalish yang masih kecil bertarung dengan sel kanser, hanya tangisan menjadi luahan kesakitan.
Muhammad Khalish Affan, 1 tahun 5 bulan, anak yang aktif dan ceria kini sering diserang demam. Semenjak beberapa bulan yang lalu selepas disahkan menghidap leukemia, selera makannya tidak seperti dulu. Malah rambutnya yang lebat kini semakin menipis. Badannya yang dulu tembam dan gebu kini menyusut.
Menurut ibunya, Nuhanabilla Hazani berkata ketika mula-mula dia melihat itu Khalish sering demam dan kurang selera makan, tidak menyangka ada sel kanser sedang menyerang. Paras Hb ketika itu hanya 5 dan platelet juga sangat rendah. Ketika itu Khalish berusia 11 bulan. Ketika leukemia mula-mula dikesan, kira-kira 15% sel kanser sedang agresif di dalam darah anak kecil ini. Ia meningkat kepada 28% ketika kali kedua.
HB & PLATELET RENDAH
Sejak itu, Khalish telah pun melalui beberapa kali kimoterapi dan kini memasuki cycle ketiga. Hati ini mana yang dapat melihat kesakitan ditanggung anak. Setiap kali mendengar tangisan kesakitan anak, ia benar-benar menghiris hati ibu ini. Tapi Nabilla perlu terus kuat.
Penderitaan cinta hati ummi abi. Tak sanggup lihat adik begini, ummi reda apa yang berlaku & berserah kepada Allah.
Sel darah putih meningkat, bimbang sel kanser aktif balik. Ada nanah pada chemoport, patutlah demam suhu tinggi 40.4°C
Ada nanah dalam perut Khalish sebesar 2sm berdekatan limpa.
Tak pernah terlintas membesarkan Khalish di hospital. Ketika anak seusiamu belajar untuk berjalan dan bercakap, Khalish terlantar di sini. Ummi rindu gelak tawa & selera makan Khalish.
Demam tinggi & nanah dalam perut belum selesai. Selera makan tak ada langsung. Berat dari 10kg dah menyusut ke 8.2kg.
Keputusan imbasan menunjukkan nanah dalam perut masih dalam keadaan yang sama.
Rawatan chemo terpaksa tangguh Khalish demam. Patelet dan Hb semakin menurun. Kos pembayaran sampel darah RM600 dipermudahkan dengan sumbangan & bantuan.
Dalam perkembangan terkini, Khalish bertahan. Anak kecil yang comel ini anak yang kuat. Menurut Nabila, Khalish akan melalui rawatan kimoterapi semula esok.
“Khalish masih macam ni, tak ada perubahan. Esok start treament chemo balik. Lama dah tangguh kimo ni sebab dia demam. Kalau demam tak boleh kimo. Nanah dalam perut tu masih ada.
“Minggu lepas kami membuat bayara RM700 untuk hantar sampel darah ke Australia. Nanah dalam perut bermula dari bulan 11 tahun lepas dan punca tidak diketahui sama ada kuman atau pun sel kanser.
BANYAK DUDUK WAD DARI RUMAH. BALIK RUMAH HANYA TIGA EMPAT HARI DATANG SEMULA
“Khalish banyak berada di wad hospital berbanding di rumah. Mula-mula masuk ward 3 bulan duduk hospital tak balik-balik. Pernah sekali selepas balik tak sampai 24 jam datang balik hospital kerana Khalish tiba-tiba demam,muntah. Paling lama duduk rumah ialah 3, 4 hari je. Apabila sakit, Khalish hanya mampu menangis. Saya hanya mampu memujuk diri supaya terus bersabar dan berdoa,” kata Nabila.
Kepada yang ingin menghulurkan sumbangan kepada Muhammad Khalish Affan boleh menyalurkan sumbangan anda kepada akaun Agro Bank 2006362000090140 milik Nurhanabilla Hazani atau akaun CIMB 7051760371 Mohamad Khairul Azhar Bin Khalir.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.