Bercerita mengenai aktiviti luar, tentu ramai yang bersetuju bahawa udara segar, sinaran matahari serta senaman adalah baik untuk kanak-kanak. Namun, sejauh mana aktiviti luar ini dapat membantu perkembangan kanak-kanak dan mengasah kemahiran mereka.

Puan Norashikin Ahmad, guru Pendidikan awal kanak-kanak dan berpengalaman lebih 14 tahun dalam dunia pra sekolah berkongsi ilmu buat ibu bapa. Menurut Kenneth R.Ginsburg yang diterbitkan dalam jurnal American Academy of Pediatrics menyatakan bahawa bermain merupakan penyumbang kepada perkembangan kognitif, fizikal, sosial dan emosi serta kesejahteraan kanak-kanak.

Main Di Luar, Anak Jadi Bijak. Jangan Biar Terperap Dalam Rumah!

Kanak-kanak juga digalakkan untuk bermain di luar kerana ruang yang luas. Mereka boleh berlari bebas dan ini membantu mereka tidur dengan lebih lena pada waktu malam dan mengurangkan risiko obesiti.

Pakar perkembangan kanak-kanak pernah mengatakan bahawa kanak-kanak yang banyak menghabiskan masa di luar mempunyai perilaku yang lebih baik, kurang nakal serta lebih mudah dikawal.

Main Di Luar, Anak Jadi Bijak. Jangan Biar Terperap Dalam Rumah!

Kepentingan Bermain Di Luar
Menurut seorang ahli terapi occupationalpediatrik, Angela Hanscom:
“ Kanak-kanak yang tidak merangkak akan mudah hilang kemahiran mengimbangkan badan. Proses merangkak sebenarnya membantu mengekalkan pergerakan cecair dalam telinga mereka.

“Selain daripada kemahiran merangkak, beliau juga menggalakkan ibu bapa untuk membawa keluar bayi mereka dan membenarkan anak-anak untuk menyentuh rumput. Ini supaya mereka mendapat lebih banyak input sentuhan”.

Oleh demikian, dapat kita katakan aktiviti outdoor seperti ini patut dimulakan sejak awal lagi. Anak kecil di usia setahun dua sepatutnya diberikan masa di luar untuk menyentuh pelbagai objek dan merasai pelbagai jenis rasa sentuhan. Ia adalah penting untuk tumbesaran fizikal mereka. Sudah tentu, pada usia sekecil ini, ibu atau bapa patut ada di sisi untuk menjaganya, tetapi jika anak anda sudah mencapai usia 8 tahun ke atas, dia sepatutnya diizinkan untuk bermain dengan anak jiran serta rakannya yang lain secara bebas.

Main Di Luar, Anak Jadi Bijak. Jangan Biar Terperap Dalam Rumah!

Melihat dari segi perkembangan anak-anak, aktiviti luar dapat:
* Mendukung pertumbuhan tulang yang sihat di mana sinaran matahari membantu meningkatkan vitamin D pada tubuh yang baik untuk pertumbuhan tulang anak-anak. Selama 10 hingga 15 minit sudah mencukupi anak-anak menerima vitamin D untuk pertumbuhan tulang mereka.

*Menguatkan otot dan tubuh anak-anak selain dapat belajar untuk berkawan dengan rakan sebaya yang baru.

IKLAN

*Dapat melihat alam semulajadi malah meneroka flora dan fauna di sekeliling mereka dan memberikan pengalaman baru yang bermakna buat mereka.

* Aktiviti bermain di luar adalah bebas dan tidak berstruktur, minda mereka akan lebih berkembang kerana mereka perlu memikirkan apa yang perlu dilakukan – berbanding sekadar menatap skrin televisyen atau gajet. Melalui proses ini, anak-anak belajar untuk membuat keputusan, tindakan, dan menguruskan emosi. Semua ini membantu mereka berasa lebih konfiden.

Main Di Luar, Anak Jadi Bijak. Jangan Biar Terperap Dalam Rumah!

* Menggalakkan interaksi dan ekspresi emosi yang sihat. Ini disokong oleh pelbagai pemerhatian yang mendapati bahawa anak kecil akan menggunakan 5 kali ganda lebih banyak perkataan semasa bermain di luar rumah berbanding di dalam.

* Aktiviti luar bukan saja menyeronokkan, tetapi ia juga boleh membantu anak untuk menyalurkan tenaga mereka yang ‘tak pernah habis’. Bila tenaga ini dapat disalurkan dengan betul, mereka sebenarnya dapat tidur lebih awal. Sikap agresif dan tantrum merupakan salah satu tindakbalas untuk anak mengeluarkan tenaga dan mengekspresikan perasaan mereka.

* Anak bergerak lebih aktif berbanding duduk diam sahaja dan membantu langkah awal untuk mengelakkan komplikasi penyakit seperti diabetes, serangan jantung, rabun jauh, dan sebagainya.

Main Di Luar, Anak Jadi Bijak. Jangan Biar Terperap Dalam Rumah!

Masalah Yang Mungkin Akan Berlaku Apabila Kanak-Kanak Kurang Diberi Pendedahan Bermain di Luar
Ramai antara ibu bapa yang tidak sedar bahawa kekangan pergerakan yang diberikan kepada anak-anak, walaupun atas apa sebab sekali pun, boleh membawa banyak keburukan kepada perkembangan minda dan fizikal anak-anak.

IKLAN

Ini kerana kanak-kanak yang tidak atau kurang terdedah kepada aktiviti outdoor akan menjadi lebih lemah dari segi emosi dan fizikal.
Antara kesan yang berlaku kepada anak-anak ini apabila tidak diberi peluang untuk bermain aktiviti luar adalah:
* Tidak dapat membina otot
* Kurang membakar kalori
* Kurang kemahiran mengawal emosi
* Kurang membina kreativiti
* Kurang kemahiran penggunaan minda dan sekaligus, melemahkan kemahiran akademik (kesan jangka panjang)

JANGAN ‘BUNUH’ PERKEMBANGAN ANAK
Mungkin kita tidak menyedari bahawa anak kita selama ini ‘terasing’ daripada alam semulajadi seperti tumbuhan, haiwan, batu-batuan, awan, dan langit. Mereka sepatutnya mampu melempar bola, melompat, berlari, meneroka, menyentuh, dan menikmati masa di luar. Semua ini adalah manfaat bermain di luar yang merangsang perkembangan saraf motorik.

Tak perlu jauh, bermain di halaman rumah atau taman permainan awam pun dah cukup bagi mereka. Walaupun nampak kecil, ia adalah dunia yang serba gergasi untuk mereka terokai.

Main Di Luar, Anak Jadi Bijak. Jangan Biar Terperap Dalam Rumah!

Pilih Aktiviti Dengan Anak
Bercerita mengenai aktiviti luar, ibu bapa jangan hanya membiarkan anak bermain sendiri. Sebolehnya cari aktiviti luar yang membolehkan ibu dan ayah turut serta supaya selain membentuk kecerdasan, bonding di antara ibu bapa dan anak juga terjalin lebih erat. Peruntukkan hujung minggu untuk pelbagai aktiviti yang menjadi kesukaan anda.

Pilih Berenang
Jika dilihat dari segi aktiviti luar yang melibatkan kemahiran anak-anak seperti berenang, ia merupakan aktiviti fizikal yang tentunya disukai oleh kanak-kanak. Aktiviti ini memberi peluang untuk bermain dengan air dan memberikan manfaat pada anak-anak. Ia banyak kelebihan dari segi kesihatan seperti menguatkan sistem kardio-respiratori, menambah stamina dan menguatkan sendi. Selain kecergasan fizikal ia juga boleh meningkatkan keyakinan diri.

* Tip ibubapa – Bawa anak ke pantai atau kolam di hujung minggu dan bermain serta berenanglah bersama-sama. Mewujudkan permainan sukaneka air bersama juga disarankan untuk menguatkan bonding.

Berkebun Dengan Anak
Selain itu juga, aktiviti yang melibatkan berkebun, anak-anak akan belajar bertanggungjawab, berdisiplin tanpa perlu dipaksa, belajar hargai alam semulajadi, minat dengan sains dan peka terhadap alam semulajadi. Ini semua dapat meningkatkan keyakinan diri anak-anak, menambah pengetahuan sekaligus mencergaskan fizikal dan mental mereka. Jika aktiviti sebegini dapat mengasah kemahiran dan membantu perkembangan kanak-kanak, secara tidak langsung, ia akan menggalakkan lebih banyak aktiviti menyelesaikan masalah (problem solving skill), terutamanya dalam diri anak-anak kecil.

IKLAN

Dalam sebuah artikel yang diterbitkan di The New York Times, penulis buku iBrain:Surviving the Technological Alteration of the Modern Mind, Dr Gary Small mengatakan anak-anak yang menghabiskan terlalu banyak waktu dengan teknologi cenderung mengalami gangguan interaksi serta kebolehan komunikasi. Tidak hairanlah, ia juga dikaitkan dengan masalah speech delay.

* Tip ibubapa – Ajar anak sama-sama menanam pokok dengan anda di rumah, siram dan perhatikan pokok yang ditanam ini sebagai satu semangat serta rasa tanggungjawab.

Main Di Luar, Anak Jadi Bijak. Jangan Biar Terperap Dalam Rumah!

Jogging
Berjongging misalnya antara aktiviti kardio yang baik untuk kesihatan jantung. Bukan hanya anak, bahkan ibu dan ayah juga boleh turut serta untuk menyihatkan badan. Mahu lebih seronok, bawalah bekalan dan berkelahlah dengan harmoni dan gembira sambil menghirup udara segar.

Menarik: Resipi Cucur Jagung Oat Simple, Sesuai Untuk Anak Tolak Nasi, Wajib Cuba!

Main Di Luar, Anak Jadi Bijak. Jangan Biar Terperap Dalam Rumah!

Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!

Untuk mendaftar, klik https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-detik-indah-bersama-si-manja/

Mama jom rileks jap, klik link NI!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI