Berjalan sudah, kini mak ayah meniti hari untuk mendengar anak bercakap dengan lebih baik dan lancar. Jangan dibiarkan anak tanpa interaksi, sebaliknya bantulah anak agar lebih cepat bercakap dengan lancar.

Menurut Pn Aisyah Kassim, Patalogis Pertuturan Bahasa, menggunakan elemen kata kerja dalam komunikasi dan ketika bermain dengan anak membuatkan anak lebih cepat faham dan ingat satu-satu perkataan. Ini lapan panduan yang dikongsikan oleh beliau untuk turut membantu merangsang penggunaan bahasa anak-anak kita.

Anak Lagi Cepat Bercakap Kalau Kena Caranya, Guna Kata Kerja, Buat Anak Lagi Ingat & Faham!


8 Tips Stimulasi Bahasa Untuk Kanak-kanak.

1) Gunakan kata kerja untuk diikuti
Sebagai contoh: duduk, lompat, jalan, berhenti, makan.

2) Menyanyi lagu yang terdapat kata kerja/kata nama
Lagu yang biasa digunakan: “If you’re happy and you know it”, “Pak Mamat Ada Kebun” dan lain-lain lagi.

Anak Lagi Cepat Bercakap Kalau Kena Caranya, Guna Kata Kerja, Buat Anak Lagi Ingat & Faham!

3) Bermain sorok-sorok menggunakan barang
Biar anak anda nampak objek tersebut, dan nyorokkan dengan dia melihat. Sebagai contoh, tunjukkan epal, sebut “epal” dan nyorokkan di belakang kerusi dengan dia melihat.

IKLAN

Kemudian bertanya, “mana epal?”. Teruskan permainan dengan menyorokkan epal tersebut tanpa dia melihat, tetapi sedikit terkeluar supaya dia tahu di mana untuk mencarinya.

4) Membuat buku skrap
Konsepnya seperti flashcard, ibubapa boleh jadikan aktiviti ini sebagai aktiviti bersama. Tunjukkan anak gambar sesuatu objek, ulang beberapa kali kepadanya sehingga dia boleh menyebut, dan tampalkannya di dalam buku skrap.

Di kala masa lapang, ibubapa boleh menggunakan buku skrap ini untuk refresh dan menguatkan ingatan anak-anak terhadap objek tersebut.

5) Latih anak ikut arahan 2 bahagian
Sebagai contoh: “ambil botol, letak sini”, “kayuh basikal, parking sini”, dan lain-lain lagi.

IKLAN

6) Latih anak untuk menggunakan perkataan apabila dia mahukan sesuatu.
Sebagai contoh sekiranya anak anda mahu biskut, tetapi dia hanya sebut “nak” dan tunjuk ke arah biskut, anda boleh ambil biskut itu dan pegang. Sebut “biskut” sehingga dia ulang, dan baru berikan biskut kepadanya.

Anak Lagi Cepat Bercakap Kalau Kena Caranya, Guna Kata Kerja, Buat Anak Lagi Ingat & Faham!

7) Panjangkan perkataan
Sekiranya anak anda meminta biskut dengan berkata “biskut”, anda boleh panjangkan lagi menjadi “biskut coklat”. Dengan mendengar perkataan lebih panjang akan membantu mereka untuk menggunakan perkataan tersebut di masa hadapan.

8) Ajar bahagian badan & kepunyaan.
Boleh gunakan ayat seperti “hidung mama”, “mulut adik”, “kaki ayah”, dan lain-lain lagi. Kemudian boleh bertanya dengan menunjukkan ke arah anggota badan tersebut; “kaki adik ke ni?”, “kaki mama mana?”, atau “mama nak makan kaki adik!” sambil cuba menggigit kaki mereka.

IKLAN

Anak Lagi Cepat Bercakap Kalau Kena Caranya, Guna Kata Kerja, Buat Anak Lagi Ingat & Faham!

Kesimpulannya, anak-anak lebih mudah mengingati dan belajar jika kita menggunakan kaedah kondusif buat mereka iaitu bermain. Anak-anak lumrahnya untuk bermain, dan kita boleh menjadikan semua permainanan kepada sesi pembelajaran yang seronok dan menarik bagi mereka.

Biarkan mereka bermain dan selamat mencuba!

Artikel berkaitan: Jangan Lambat Rangsang Anak, Cuba 8 Tips Simple Ni Tarik Perhatian Anak Bercakap

Cara Simple Rangsang Anak Berat Mulut Bercakap, Buat Kerap, Memang Menjadi!

Nak relaks, jom cuci mata di SINI.

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI