Kita merasakan kita sudah terlebih ramah dengan anak, rangsang setiap masa untuk anak bercakap. Namun rupanya teknik dan cara kita salah. Patutlah anak lambat bercakap.

Bagi memudahkan anak bercakap, biasakan anak mendengar dengan baik. Inilah yang dikongsikan oleh Teacher Nizam dalam merangsang anak bercakap. Sentiasa ulang juga apa yang selalu disebut oleh guru atau pengasuh anak kita. Barulah anak makin terbiasa.

Ini panduan dan dua teknik yang dikongsikan oleh beliau untuk panduan mak ayah.

Anak Lambat Bercakap, Biasakan Anak Mendengar Dengan Teliti, Ikut 2 Teknik Ni!

 


Saya akui nak mengajar kanak-kanak bercakap ni bukan mudah. Walaupun dia boleh fokus tengok mulut cikgu dia bercakap, tapi belum tentu dia boleh terus tiru.

Ada rahsia ke nak ajar anak tiru bercakap? Tak ada rahsia..cuma pastikan:

👉🏼 Anda ulang perkataan yang cikgu/pengasuh selalu sebut dekat anak.
Untuk bercakap, kena banyak mendengar. Dah tentu perkataan tu perlu diulang-ulang. Sebab tu penting cikgu & parents ajar perkataan yang sama.

Yang ni melibatkan Auditory Memory. Anak mampu ingat apa yang dia dengar. So macam mana nak bagi anak dengar perkataan yang banyak, lepastu INGAT?

IKLAN

Anak Lambat Bercakap, Biasakan Anak Mendengar Dengan Teliti, Ikut 2 Teknik Ni!

Guna teknik

1️. Self Talk
Walaupun anak main sorang-sorang, kita duduk sebelah, kita pun main sorang-sorang.
Sambil main tu, kita cakap sorang-sorang.

“Wuuu bestnya Abi/Mama main kereta ni..Vroom Vroomm lajunyaaa!”

Tujuannya nak tarik perhatian anak sambil bagi ransangan bahasa. So anak tak stress sebab kita tak paksa dia cakap.

IKLAN

Anak Lambat Bercakap, Biasakan Anak Mendengar Dengan Teliti, Ikut 2 Teknik Ni!

2️. Parallel Talk
Nampak anak main sorang-sorang? Kalini kita duduk jauh pun takpe. Yang penting kita bercakap, bercerita macam pengulas sukan tu.

Perhati anak tengah main lompat-lompat, kita cakap..

“Tingginya adik LOMPAT. Lompat macam Kangaroo. Lompat lompat lompat!!”

Tujuan kalini nak ransang bahasa dengan cara kita fokus pada anak yang tengah main tadi. Sama jugak supaya anak dapat “tangkap” perkataan yang kita sebut tanpa ada rasa STRESS!

IKLAN

Moga bermanfaat.

Teacher Nizam 

Menarik: Tak Perlu Sekat Apa Anak Buat, Biar Dia Cuba Semua Perkara, Jadi Lagi Berani!

Anak Lambat Bercakap, Biasakan Anak Mendengar Dengan Teliti, Ikut 2 Teknik Ni!

Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!
Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.

Nak join? Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/bakat-cilik/ atau untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi https://wa.me/+60179701167

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI