Setiap perkembangan anak kita berbeza-beza, baik anak lelaki mahupun anak perempuan. Namun satu hal yang ibu perlu ketahui adalah menjadi perkara biasa bila anak lelaki kita sedikit lambat perkembangannya. Jadi ibu jangan mudah panik ya.
Menurut Puan Aisyah Kassim, Patalogis Pertuturan Bahasa daripada Aisyah Kassim Academy, perkembangan anak lelaki sememangnya sedikit lambat namun ia tidak membimbangkan selagi berada pada usia yang tepat.
Ya BETUL..
Ads
Memang perkembangan kanak-kanak lelaki lebih lambat sikit berbanding anak perempuan, termasuk la bercakap. Tapi sikit saja tau.. Hanya 2-3 bulan sahaja.
Dan kena ingat lambat sikit tu tak terkeluar dari JULAT PERKEMBANGAN NORMAL KANAK-KANAK.
Ads
Contoh: Purata kanak-kanak start bercakap pada usia 1 tahun. Mungkin kanak-kanak perempuan dah start sebut perkataan pada usia setahun, tapi kanak-kanak lelaki sebut perkataan pada usia 1 tahun 3 bulan.
Kalau dah lebih dari 1y 6m dan masih lagi tidak sebut perkataan bermakna, jaga-jaga, sebab ianya dah masuk border line speech delay yang ringan. Jika dibiarkan, akan makin teruk lah.
Ads
Tapi tak kisahlah lelaki ke perempuan, tugas kita jangan berhenti beri rangsangan. Tak mustahil anak lelaki lebih cepat bercakap dari anak perempuan jika rangsangan yang diterima lebih banyak.
Apa yang ibu boleh lakukan di rumah adalah sentiasa merangsang anak setiap hari. Jangan pernah jemu bagi melihat perkembangan anak yang lebih progresif.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Apabila anak suka bertanya, jangan rasa terbeban kerana ia petanda anak anda pintar. Sebagai ibu bapa, anda hanya perlu sabar untuk memberikan jawapan yang munasabah. menghadapiny. Malah menurut ahli perkembangan anak, anak yang berusia 2 hingga 4 tahun sedang mengalami pembentukan kemampuan kognitif untuk memahami mengapa sesuatu itu terjadi dan ingin mengetahuinya antara satu sama lain. Dan apabila usia mencapai empat hingga enam tahun, perasaan ingin tahu kanak-kanak semakin meningkat. Mereka sudah mula mahu berfikir dan belajar menerima tentang perkara sekeliling mereka. Justeru, kita perlu bersedia untuk menjawab soalan-soalan anak-anak. Hakikatnya pertanyaan anak ini petanda bahawa sel-sel otak mereka berhubung selari dengan perkembangan kognitif anak.
Perkongsian Hazhari Ismail yang merupakan Pensyarah Pendidikan Awal Kanak-Kanak Universiti Sultan Azlan Shah dalam Facebooknya mengenai ‘Kanak-kanak dan Perasaan Ingin Tahu’ diharap dapat membantu ibu bapa untuk lebih bersemangat untuk menjawab soalan-soalan anak.
Minggu lepas saya masuk Taman Agroteknologi MARDI yang terletak di Cameron. Di satu taman antara banyak-banyak taman di dalam itu, saya ‘diganggu’ dengan perbualan si anak dan ayah. Sangat ‘bising’.
“Ini pokok apa?”
“Kenapa kena letak dalam bekas (pasu)?”
“Kenapa pokok ini tajam?”
“Kenapa warna dia merah?”
“Kenapa pokok tu ada di atas? (menjalar)”
Saya mendengar si ayah tabah menjawab segala persoalan si anak. Tanpa lelah. Didukungnya anak menyentuh buah labu air yang menjalar di atas kepala. Disuruhnya anak untuk memegang duri kaktus yang tajam. Ditunjuknya cara untuk menghidu bunga ros yang wangi. Dan si anak tidak berhenti bertanya dan bertanya.
RUPANYA SEJAK BAYI LAGI
Perasaan ingin tahu (curiosity) dalam kalangan kanak-kanak adalah sesuatu perkembangan yang normal. Mereka akan meneroka sekeliling dan mencari jalan tentang bagaimana ia berfungsi. Umum mengetahui manusia mempunyai 5 deria. Melihat, menghidu, menyentuh, mendengar dan merasa – dengan menggunakan organ-organ deria yang tertentu.
Sebab itu, walaupun bayi yang masih belum tahu untuk bercakap jangan dianggap mereka tidak meneroka. Semua deria berperanan untuk membantu proses pembelajaran yang positif.
Jika ada barang di atas lantai, Si bayi akan melihat bola tersebut dengan mata, memegang bola tersebut dengan jari, membunyikan bola jika ada, menghidu bola walaupun tiada bau dan akan memasukkan bola ke dalam mulut untuk merasa.
Ini adalah perkara yang normal. Itu adalah cara bagaimana perasaan ingin tahu seorang bayi akan bertindak.
IBU BAPA PERLU BERI GALAKKAN
Perasaan ingin tahu memberi kesan kepada pencapaian akademik. Ada banyak kajian yang sudah dilakukan. Contohnya, ada satu kajian mengkaji ibu bapa yang sering menggalakkan anaknya bertanya, akan memberi impak yang positif untuk subjek Sains.
Perasaan ingin tahu juga membenarkan kreativiti berlaku. Untuk menyelesaikan sesuatu perkara, banyak persoalan perlu ditanya sebelum mencuba dan mencari jalan penyelesaian. Jika cara A tidak boleh, kita guna cara B atau cara C. Ia bermula dengan sifat ingin tahu yang ada.
Selain itu, ia mampu menambahkan perbendaharaan kata. Walaupun bayi berumur 12 bulan tidak mampu lagi bercakap dengan banyak, tetapi mereka mampu untuk memahami sehingga 60 perkataan! Dalam tempoh sehingga 18 bulan, perkembangan Bahasa berlaku dengan drastik – maka ibu bapa perlu bersedia dengan soalan-soalan yang bakal diberikan.
Persoalan dari kanak-kanak makin lama makin rumit. Bermula dengan bayi yang tidak bercakap. Kemudian, diteruskan dengan soalan yang berbentuk ‘Apa/What’, kemudian ‘Kenapa/Why’, kemudian ‘How/Bagaimana’ dan seterusnya.
Maka, makin banyak mereka bertanya, makin banyak mereka tahu dan belajar – dan seterusnya meningkatkan pencapaian akademik yang didambakan.
Menurut kajian, 4 tahun kanak-kanak boleh menyoal sehingga 437 soalan dalam sehari!
Ibu bapa jangan malas untuk menjawab ya.
Di dalam kelas, saya menunjukkan video gajah kepada anak murid. Kata saya, gajah adalah haiwan darat yang terbesar.
“Teacher, saya tahu haiwan yang lagi besar dari gajah. Titanosaurus.”
“Apa tu? Nak tengok teacher.” jerit rakan sekelas yang lain.
Kadang-kadang, soalan yang diberikan oleh kanak-kanak mencabar pengetahuan sedia ada kita – juga mencabar kesabaran. Cuma, jika kita tidak teruskan perasaan ingin tahu mereka, maka ia akan membunuh semangat dan perasaan tersebut. Maka simple respons yang saya boleh beri ketika itu ialah,
“Boleh tak awak ceritakan kepada kawan-kawan mengenai Titanosaurus?”
Kemudian, dengan teknologi yang ada, saya terus Google Image haiwan tersebut dan kelas menjadi riuh melihat keterujaan mereka melihat haiwan itu.
Jelas, dengan perkongsian ini menunjukkan kanak-kanak suka meneroka apa yang ada dipersekitarannya. Oleh itu, sebagai ibu bapa atau pendidik, kita harus memberi panduan dan jawapan yang dapat merangsang minda anak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Meluangkan masa dengan anak adalah hadiah yang paling bermakna yang boleh diberikan untuk mereka. Dalam jadual harian yang sangat padat, perhatian terhadap si kecil tidak diabaikan.
Hubungan antara ibu bapa dan anak adalah sangat penting bagi kerana ia membina asas kepada segala perhubungan yang bakal wujud dan menjadi sumber kepada pembentukan perasaan kasih sayang, keintiman sesebuah perhubungan, kepercayaan dan rasa selamat.
Keakraban ini adalah asas kepada pembentukan 90% daripada otak anak pada enam tahun pertamanya. Ia termasuk;
1. Perkembangan yang melibatkan sensori yang menjadi permulaan kepada pembentukan otak.
2. Perkembangan emosi.
3. Perkembangan perhubungan rapat dengan anak.
4. Pembentukan memori.
Pasangan hos rancangan Pa&Ma, Scha & Awal meluangkan masa dengan puteri kesayangan, Lara Alana setiap hari.
Lara yang bakal menyambut ulang tahun kelahiran yang kelima pada 22 Julai sedang bersekolah di sebuah sekolah swasta. Apa yang lebih menarik Lara kini sudah boleh membaca!
Dalam paparan Instagram, Awal & Scha sering menyediakan masa dengan Lara untuk aktiviti seharian. Antara aktiviti yang sering dilakukan bersama ialah;
Membaca jambatan ilmu. Aktiviti ini amat baik untuk dilakukan anak bersama dengan ibu bapa. Selain memperbetulkan bacaan, ibu bapa juga boleh mengetahui tahap penguasaan si kecil. Seperti yang dilakukan Awal kepada Lara ini.
Berenang aktiviti bonding antara Lara dan Awal. Seringkali dilihat bersama berenang sejak Lara bayi lagi. Berenang bukan sahaja kemahiran semata-mata, ia malah menenangkan dan memberi keyakinan diri.
Pada peringkat pra sekolah, perhatian di rumah juga amat mustahak. Awal & Scha turut menyediakan masa untuk bersama-sama dengan Lara membaca dan menulis.
Scha dan Awal meluangkan masa untuk melakukan aktiviti fizikal bersama Lara pada masa senggang. Jogging dan bersenam di taman merupakan masa keluarga yang sangat berkualiti.
Pa&Ma kembali untuk musim ke-5, dengan kupasan topik episod 2 ‘Urus Simpanan Anak Dengan Bijak” bersama pasangan pengacara Scha & Awal, setiap Rabu jam 9 malam hanya disaluran Astro Prima (ch 105) , Prima HD (ch 121) dan Astro Go (apps). #majalahpama#pamatv#pamamusimke5
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kenapa anak sukar apabila disuruh tidur awal? Masalah anak-anak tidur lambat sering diperkatakan oleh ibu bapa. Apabila kanak-kanak lewat berjaga maka akan sukar untuk bangun pagi. Malah tidak mahu bangun pagi dan letih adalah alasan anak-anak tidak mahu ke tadika. Menurut Pakar Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Dr Bustam Kamri, kanak-kanak yang cukup rehat akan berasa segar untuk bermain, belajar dan mengurangkan stress keluarga. Keluarga merasa stress apabila terpaksa menunggu melayani anak yang sukar tidur. Keadaan ini mengganggu waktu tidur ibu bapa yang bekerja keesokan harinya.
Umumnya tidak ada panduan yang benar-benar boleh diikuti dan tidak ada salah betulnya jika anda mencuba menyelesaikan masalah kanak-kanak lewat tidur. Cara penyelesaian setiap kanak-kanak adalah berbeza dengan kanak-kanak lain. Ibu bapa hendaklah peka dengan sifat anak-anaknya. Ibu bapa dan keluarga seisi rumah hendaklah member kerjasama dalam membantu anak yang selalu tidur lewat.
Tidur penting untuk pertumbuhan tubuh anak
Jumlah purata jam yang diperlukan untuk kanak-kanak yang berusia 4 tahun hingga 6 tahun berehat untuk tidur ialah antara 10 jam hingga 11 jam. Sebenarnya tidur membantu pertumbuhan tubuh kanak-kanak. Sewaktu kanak-kanak tidur pertumbuhan hormon berlaku dalam masa beberapa jam.
Bagaimana nak didik anak tidur awal? Boleh cuba 6 tip ini.
1.Jadual masa tidur
Mama papa kena pastikan masa untuk tidur hendaklah tetap mengikut jadual yang ditetapkan pada setiap malam. Sekiranya anda mahukan anak tidur jam 9.00 malam. Jadual untuk tidur tidak boleh berubah-ubah. Sekiranya setiap malam berubah-ubah jadual akan meletihkan kanak-kanak. Anda perlu bertegas dengan peraturan waktu tidur dengan anak anda. Perlu diingat sebenarnya kanak-kanak menguji ibu bapa jika selalu mengikut kehendaknya. Oleh itu jangan melayani kerenah anak dan bertegas dengan jadual yang telah anda tetapkan. Peringkat permulaan agak sukar tetapi apabila jadual yang ditetapkan diikuti ia akan menjadi kebiasaan.
2.Jangan layan permintaan anak
Cuba tidak melayani kehendak anak apabila disuruh tidur. Contohnya meminta tunggu sebentar kerana belum habis bermain atau main gajet. Semua permintaan dijadikan sebahagian dalam rutin sebelum tidur. Sekiranya dengan membenarkan permintaan yang sesuai sebagai rutin sebelum tidur. Misalnya membenarkan membawa satu alat mainan sebagai teman untuk tidur. Pastikan dengan jelas satu permintaan adalah had yang peruntukan yang diberi. Jangan layani permintaan yang lain. Kanak-kanak yang mempunyai masalah untuk tidur akan menguji anda dengan membuat berbagai permintaan sebagai helah untuk melewatkan masa.
3.Mama papa kena tegas
Apabila anak anda telah masuk bilik tidur atau telah baring di atas katil pastikan anda bertegas dengan peraturan. Anak anda tidak dibenarkan bangun dari katil atau meninggalkan bilik tidur. Jangan pedulikan protes atau rungutan anak anda. Kurangkan interaksi dengan anak anda. Jika anak anda berterusan mahu keluar bilik anda memberi amaran akan mengunci bilik tidur. Jika anda tegas dengan peraturan, anak anda akan memahami dan mematuhi pada hari-hari berikutnya.
4.Pujuk dan beri pujian jika tidur awal
Sentiasa memberi pujian jika anak anda sudah mahu bergerak ke arah tempat tidur. Temani sebentar sambil memberi dorongan ketika anak anda berada di tempat tidur. Kata-kata semangat dan pujian menjadikan dia memahami kepentingan tidur. Beritahu kepada anak anda tentang persiapan ke tadika memerlukan tidur awal. Memberi kata-kata semangat yang positif yang mudah difahami dapat memberi ketenangan sebelum anak itu tidur. Contohnya memberitahu badan yang sihat dan cergas baik untuk belajar di tadika.
5.Baca buku untuk rehatkan minda atau selawat bersama anak
Sebaik-baiknya anda digalakkan membacakan sebuah buku yang digemari sebelum tidur. Secara tidak langsung dapat merehatkan minda anak dengan membacakan buku cerita. Pastikan memilih buku yang sesuai dan bukan buku yang menyeramkan dan menakutkan anak-anak. Pilih buku yang mengembirakan dan memberi ketenangan kepada anak anda sebelum tidur. Ada juga ibu bapa memilih selawat bersama-sama anak sebelum tidur dan membaca suruh lazim. Jadikan ia rutin setiap malam.
6.Tutup televisyen dan tutup lampu
Masalahnya jika mempunyai keluarga besar atau adik beradik yang ramai. Semua pihak hendaklah bekerja sama. Waktu menonton televisyen hendaklah dihadkan dan tutup lampu supaya bilik gelap. Masa bermakna masa tidur sudah bermula! Memang pengaruh persekitaran agak menyulitkan untuk melaksanakan rutin tidur kepada anak yang berusia lima tahun dan juga anak-anak kecil yang lain. Faktor gangguan persekitaran menjadikan masalah untuk tidur. Pengorbanan ahli keluarga diperlukan untuk membantu anak-anak mematuhi jadual tidur yang dirancang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!